Agak lama juga Dato shahril mendiamkan diri dari arena memberikan pendapat dan pandangan khusus berkaitan dengan kelemahan dan kelembahan UMNO waktu ini, alhamdullilah kini beliau akhirnya bersuara dan memberikan imput berguna kepada pengurusan UMNO agar pada PRU 13 nanti UMNO dapat mengembalikan kerusi yang pernah dimenangi sejumlah 101 pada 2004 dan hilang 23 pada PRU 28 akan kembali cerah dan bersinar semula pada PRU13 nanti. itu kata beliau.

Kecelaruan pemilihan calun oleh PKR dengan UMNO jauh berbeza, kerana calun-calun dari UMNO adalah kalangan mereka yang mulanya papa kedana dan apakala mendapat jawatan sebagai YB dan kemungkinan pula akan menjawat jawatan sebagai Menteri, atau pengerusi agensi kelolaan kerajaan maka disinilah mulanya mereka lupa daratan.
Kalau kita perhatikan apakah calun di PRU 11 2004, dari kalangan calun yang hebat, calun-calun yang berdedikasi, calun-calun yang bencikan rasuah, calun-calun yang tidak menyalah gunakan kuasa, atau pun mereka adalah dari kalangan calun-calun yang yang seperti " singa kelaparan untuk mengaut laba yang tinggi " Kita ambil saja calun dari Parlimen Pekan, beliau pernah melakukan jenayah, beliau merancanakan agar adiknya antara orang terkaya di Malaysia, beliau juga adalah kalangan pemimpin yang langsung tidak kisah dengan malapetaka yang sedang di hadapi oleh masyarak melayu, beliau juga berjaya kerana dapat mencipta berbagai-bagai masalah di Malaysia. Permasalahan yang dicipta beliau telah banyak di dedahkan oleh semua pihak.
Kekalahan BN pada 2008 tidak ada kaitan dengan " silap pilih ", sebenarnya memang rakyat sudah mula memberikan isyarat untuk tidak lagi bersama-sama dengan UMNO / BN. Salah laku mereka bukan dari segelintir calun tapi semuanya sudah rosak. Lihat saja berapa ramai calun-calun mereka yang menang dengan majoriti yang mudah. Seorang calun di Perak, di DUN Kubu Gajah cuma menang dengan kurang dari 50 majoritinya.
Mengapa agaknya Dato shahril masih tidak mengaku, kelemahan dan kekalahan adalah kerena sebilangan besar calun-calun dari UMNO bersikap egoistik, sombong, bongkak, mata duitan, lebih mementing " berseronok " saja dari memberikan tauladan sebagai pemimpin kepada masyarakat yang dipimpin. Baikilah personal pertingkat hemah diri dan berikan keyakinan kepada masyarakat serta perpegang kepada kata-kata pepatah " ular yang menyusur agar tidakkan hilang bisanya "
No comments:
Post a Comment