" Road show 5-0 di Kampong Gajah- mereka yang melibatkan diri terdiri dari Hanapiah Maidin penguambela DSAI dalam Kes Liwat siri 2, YAB MB rakyat YB Ir. Mohd. Nizar serta turut menyampaian ceramah SU Politik MB Perak serta tuan rumah Us. Mustafa bin Shaari. Program ini diadakan pada 20 Feb. 2010 bertempat di markah PAS Kg. Gajah.
antara peminat dan tetamu ada antaranya dari kalangan orang " UMNO " , tapi mereka hadir perlu menyerupai orang PAS, perlu berkopiah putih, ianya juga berlaku kepada pegawai keselamtan seperti polis. Perilaku ini dapat mengelabui mata peminat setia PAS.
Lagi hadirin di majlis tersebut khusus mendengar penerangan dan pendedahan oleh penceramah, mereka cukup ceria dan puas hati dengan pendedahan " mahkamah " yang di berikan oleh Peguam Sdr. Hanapiah maidin.
Tetamu jemputan di majlis tersebut kiri pengerusi majlis, ustas Mustafa shaari, Naib YDP3 PAS Perak juga YDP PAS kawasan Pasir Salak, Us Misbahul Munir dan Sdr. Hanapiah Maidin. YB Nizar sendang menyampaikan ceramah.
Aliran jemputan terus memenuhi ruang ceramah, dan mereka dapat menikmati aneka jualan, seperti buku-buku akademik, agama, gerai buahan, minuman sebelum mengambil tempat yang disediakan di depan pentas utama.
Sdr. Hanapiah Maidin, menceritakan bagaimana kes Liwat 1 DSAI yang penuh dengan misteri, dimana kes liwat ini " belakang lawan belakang ", bagaimana tidak adilnya mahkamah dalam kes siapa berhak menjawat MB Perak. Beliau juga mendedahkan sistem kehakiman di Malaysia kini menujuk ke zaman kehancuran, kerana badan ini telah mencipta terlalu banyak masalah kerana matlamatg mereka untuk memenangkan UMNO / BN. Kini DUN dan Dewan Rakyat boleh bertukar MB atau PM hanya dengan laporan oleh parti yang yang mendapat majoriti kepada Sultan mau pun Agong.Tetamu puas dengan penerangan yang diberikan, dan mereka terus tergagam dengan cerita terus dari seorang peguam bela apa yang belaku di mahkamah, termasuk bagaimana " bodoh " anggota keselamatan semasa dalam perbicaraan.
Peminat YB Niza di Kampong Gajah hampa kali ini kerana YB Nizam yang akhir-akhir ini boleh menyanyai dan suaranya ada mirip Awie tapi malam tadi beliau tidak menyanyai sebaliknya menceritakan bagaimana kisah seorang pelajar tingkatan 5 yang tahap pencapaianya agak lemah dalam setiap peperiksaan bulanan, hinggakan pihak sekolah tidak langsong menaruh harapkan kejayaan beliau, tapi apa yang terjadi apabila result di umumkan, pelajar tersebut setanding dengan pelajar cemerlang di sekolah dengan keputusan 18A.
Diatas kejayaan " cemerlang " ini semua pihak berasa sangsi dan apabila di siasat, ada guru yang rasa malu dan sudah pasti pelajar itu sendiri yang lebih curiga kerana guru yang membantunya memberikan bantuan yang sungguh di luar dugaan.
Masyarakat dapat menerima cerita ini dan mengandaikan cerita sebegini ada kaitan dengan apa yang berlaku dalam perbicaraan antara Niza dan Zambry dalam rebutan YB Perak. Keputusan 5-0 memang macam tidak dipercayaan oleh semua pihak.
No comments:
Post a Comment