Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 12, 2010

PUTRA JAYA KINI MASIH SAMAR DAN KELAM


Penguman 9 feb. yang mengesahkan YB Dr. Zamry bertitle YAB MB, maka sahlah DS Nizar telah kehilangan jawatan tersebut, memang di ketahui penyebab utama adalah " lompatan " yang di lakukan oleh YB dari PKR - Changkat Jering dan Behrang serta di bantu oleh YB dari Jelapang. kenapa agaknya YB dari PKR ini melompat? Nak katakan tak berjawatan mereka adalah EXCO kerajaan negeri dan timb. Speaker, tapi apa yang mereka mau?
Kini peperangan dan cemuhan amat ketara dari 2 lagi YB dari PKR, tapi kali mereka bukan dari ADUN tapi dari AP. Kawasan yang terlibat ialah Bayan Baru di Pulau Pinang dan Kulim Bandar Baru di Kedah. Perang mulut, perang akhbar antara mereka dengan kepimpinan negeri dan kepimpinan parti amat ketara hinggakan mereka dapat laluan untuk membentang permasalahan di layar kaca TV.

Kalau kita renong dan fikirkan, apakah sebab utama perlunya mereka meninggalkan PKR, adakah mereka ini didatangkan dari Kelompok UMNO, kenapa demikian, kerana kalau dari kelompok UMNO memang kita faham kerana mereka sudah biasa hidup mewah, dan apabila sudah menjadi YB dan tak dapat apa yang diharapkan maka perlulah tinggalkan parti yang memastikan mereka bergelar YB. Perkara ini jelas kerana pengakuan DS Zahrin sendiri kerana beliau di gugurkan dari satu jawatan di Pulau Pinang.

Apa yang pasti kedudukan DSAI dalam kancah politik negara memang sukar untuk dilalui, memang banyak batu penghalang untuk beliau berjaya, dari peristiwa pemecatan, peristiwa di penjara dan di aibkan kini beliau sekali lagi cuba di aibkan. DSAI tidak putus asa, dengan daya kepimpinan yang ada dan setelah pengorbanan DSWA di Permatang Paut, DSAI kembali ke Parlimen serta berjaya membawa 2 lagi rakan pembangkang di bawah satu gagasasn Pakatan Rakyat.

Keujudan Pakatan Rakyat dengan mentadbir 4 negeri ( asalnya 5 ) telah memberikan satu kekuatan kepada DSAI serta rakan dalam gagasan tersebut untuk terus maju dan agak Putrajaya sudah dalam hampir untuk di huni. Putrajaya menjadi idaman bukan " gila kuasa " tapi ingin memperbaiki kelemehan, penyelewengan, salah guna kuasa, kronisme, nepotisma yang amat buruk di waktu ini berlakunya.

Cuaca yang tenang rupanya ada langit yang di selubungi oleh awan hitam untuk hujan, tanda-tanda nak hujan dah mula, tanda-tanda nak ribut dah ada, mungkinkah akan berlakunya gempa bumi dalam gagasan PR ini dan di ketuai oleh keadaan dalam PKR itu. Perisletakan jawatan AP Bayan Baru memberikan impak yang hebat dan kini Kulim Bandar juga sedang berusaha untuk tidak bersama-sama dengan PKR.

Apakah masih ada esok untuk PKR khususnya dan amnya gagasan PR amnya? Atau apakah Putrajaya akan terus di kuasi oleh UMNO / BN.

Yang penting kini, DSAI perlu mengenali siapa kalangan ADUN / AP dari PKR yang terus memberikan kesan negatif perlu di singkirkan dan " groom " bakal-bakal pemimpin yang sentiasa setia kawan, yang sanggup melalui zaman suka duka secara bersama.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA