Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 14, 2010

NIZAR BERJAYA PERANGKAP UMNO/BN

Di Malaysia tanah air ku, medan politik adalah medan dan profesion yang amat di gemari oleh masyarakatnya, ini dapat dibukti dengan penglibatan semua pihak, cuba lihat dari generasi muda berusia lingkongan belasan tahun telah di panggil untuk bersama-sama di arena tersebut. Keujudan Puteri, Pemuda, adalah bukti jelas kenyataan di nyatakan diatas. memang tidak dinafikan perlembagaan negara menetapkan corak pentadbiran tersebut.

Parti politik dibenarkan, parti politik boleh bergerak mengikut perlembagaan masing-masing asalkan tidak menjejaskan keharmornian kaum sudah cukup, tidak mengadu dumbakan kaum yang ada di negera ini, masyarakat di Malaysia ada lah masyarakt berbilang kaum, berbagai jenis agama anutan, berbagai suku kaum yang ada. Jadi setiap parti politik perlu memahami hakikat ini. Parti yang ulung seperti UMNO, MCA, MIC, PAS adalah parti pengasas dalam sistem demokrasi di tanah air. PAS pula terbit dari UMNO. Keujudan PERIKATAN ( UMNO, MCA dan MIC ) adalah gabungan yang memerdekakan Persekutuan Tanah Melayu. Sejak 1957 merdeka dan piliharaya pertama 1955 Negara Ku terus aman dan kepimpinan saling faham memahami antara satu sama lain, walau pun pada 1955 dari 55 kerusi perlimen hanya 1 dimenangi oleh PAS.

Piliharan Raya 1969 telah menampakan satu senario yang menakutkan untuk Tanah Melayu ujudnya Malaysia dan Perikatan ujud lah Barisan Nasional juga lahirlah DEB ( Dasar Ekonomi Baru ) di matlamat utama ialah penyusunan semula masyarakat Malaysia. Pada PR tahun 2004 berlaku lagi kejutan di mana kerajaan BN di Terengganu runtuh dan Terengganu di kuasai oleh PAS.

Dari kekalahan ini, BN mula menggunakan kuasa dan kepakaran mereka untuk membaca dan menterjemahkan undang-undang negara, yang penting akta petroleum juga di pinda demi dendam mereka kepada kerajaan PAS di Terangganu, hak royaliti minyak di Terengganu di tukarkan kepada Wang Ehsan, maka kerajaan PAS terengganu bersedih kerana wang ehsan diberikan terus kepada JPP ( jawatankuasa Pembangunan Persekutuan ) bermakna pemberian terus kepada pucuk pimpinan UMNO. Malanglah nasih pemimpin PAS. Teruslah mereka berdukacita dan perputih mata. Menteri yang bertangongjawab mengubah dan mentafsir undang-undang petroleum ialah Rais Yatim. Sama juga masa kini.

Peristiwa di atas ada kaitan dengan apa yang disarankan oleh YB Nizar, saranan ini juga ada kaitan dengan " peristiharan " Zambry sebagai MB Perak. kerjasama boleh dilaksanakan kata Nizar tapi apakah kerjasama itu untuk kepentingan UMNO sahaja atau untuk kepentingan rakyat ? Tuntutan seperti, menggunakan semua kemudahan untuk semua parti seperti dewan orang ramai, ADUN dari pembangkang juga perlu bersama-sama dalam semua jawatankuasa sama ada di peringkat negeri mau pun di peringkat daerah, terutama jawatankuasa pembangunan. Apa tah lagi peruntukan untuk semua wakil rakyat juga perlu dinikmati oleh semua YB terutama dari kalangan pembangkang. hanya itu yang diperlukan untuk " kerjasama " kedua-dua belah pihak.

Tapi dukacita semua tuntutan ini amat berharga untuk UMNO, jika tuntutan ini diberikan sudah tentu kelibat Pakatan Rakyat akan bertambah di geruni oleh UMNO / BN. mereka tak mau dan memberikan berbagai-bagai alasan. YAB Timbalan Perdana Menteri seperti orang bodoh mendengar permintaan tersebut. Bagi beliau ianya cukup menyiksakan. bagi UMNO / BN istilah " win win " tidak ada dalam kamus mereka. Akhirnya PR akan terus di hukum dan semua kemudahan sebabagai wakil rakyat tidak akan diberikan keistemewaan.




No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA