Apa yang ditunggu telah pun diputuskan, dan apa yang diharapkan seperti biasa tak menjadi juga, malahan tekaan undian hakim kepada 4-1, 3-2 untuk YB Nizar juga hampa apa kala semua hakim dengan aggregate 5-0 memberikan kemengangan kepada YB Zambry. Penyokong PR terus memberikan harapan untuk menentukan arah tuju sebelum terbitnya PRU 13 nanti. Otak mencari-cari, berfikir-fikir dan mendongak ke langit untuk mencari formula kemenangan pada PRU 13 nanti.
Apakah PR boleh mengecap kemenangan atau setidak-tidaknya memastikan 88 kerusi yang ada tidak diganggu gugat oleh UMNO / BN?

![[hamsah2.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXjy5Xq7UtXJcGsVJf2GvFuC2WbgWmKvWOZlOUTuD4n1yHYtGzFHX9VoT9waLDcuYhn_7htXMK1LGMbRsA9SDKXtRL5pThHvi9lg9u0cTba15oIbs640Q3YBf2Nj9F2Uili6gF7wD1fpY/s1600/hamsah2.jpg)
Berakhirnya PRU 12, terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat di 5 negeri, Kelantan, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor, tapi dengan menggunakan setiap kemudahan yang ada pada kerajaan pusat akhirnya Perak di rampas semula oleh UMNO / BN ( tak kiralah apa cara sekali pun - yang penting mereka dapat balik Perak ). Mereka dari UMNO / BN merasa teruja dengan kekalahan di PRU 12, malahan mereka juga saling salah menyalahi parti komponen dari MCA, MIC, PPP, Gerakan hampir semua tewas. Mereka juga berkelahi antara pemimpin dengan pemimpin, antara pengikut dengan pemimpin dan seolah-olah sudah hilang taring untuk meneruskan kepimpinan negera.

Entah kenapa pula sejak akhir-akhir ini PR - kepimpinannya pula sering bermasalah, ada saja perkara yang perlu di " kelahikan " PAS dengan masalahnya sendiri, PKR dengan masalah PKR yang majoriti ahli-ahli kalangan orang UMNO yang pernah satu ketika hidup mewah dengan harta sekeliling pinggang. DAP dengan DAP, tapi diantara ketiga-tiga gagasan PR ini DAP adalah parti komponen yang paling sikit menimbulkan masalah.
Apakah dengan keterbukaan yang ada pada PR membuatkan semua ahli boleh memberi komen, memberi pandangan, memberi tegoran dan boleh membelasah semasa sendiri?
Macam mana peperangan antara Khalid di Shah Alam dengan Hassan Ali di Selangor. Antara Khalid dari PAS dengan Zulkifli dari PKR. Kenapa perlu PKR di Pulau Pinang menkritik habis-habisan kepimpinan DAP? ini semua memberikan ruang dan peluang kepada UMNO / BN melalui akhbar perdana mereka untuk memburuk-burukkan Gagasan PR. Lihat bagaimana peranan akhbar untuk isu Bakar Geraja, Kepala Lembu dan Kepala Babi Hutan. Itu peranan akhbar.
Bagaimana pula mereka menggunakan agensi kerajaan seperti SPRM, SPR, PDRM, Badan kehakiman. Semuanya langsung tidak memihak kepada PR tapi mereka terus menghukum dan menghambat jika terdapat ruang dan peluang untuk mengheret kepimpinan PR ke kancah permasalahan.
Apakah Kepimpinan PR akan berterusan dengan perlakuan tersebut, tidak kah ini akan memberikan satu impak kepada perjuangan dan perancangan untuk menentukan hidup matinya gagasan ini bagi menghadapi PRU 13 nanti. Apa yang terbaik selesaikan semua kemelut ini dan letakkan titik permulaan dengan kekalahan 5 - 0 penghakiman YB Nizar dalam rebutan jawatan MB Perak tersebut.

No comments:
Post a Comment