Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, February 1, 2010

NEGERI BAWAH PR AKAN MERDEKA

Pakatan Rakyat di belenggu dengan kerenah antara pemimpin sama ada antara parti gagasanya mau pun antara mereka sendiri. Yang jelas kini, ramai dari ADUN, MP dari PKR telah menampakkan belang masing-masing, di Pulau Pinang bekas Pengerusi PKRnya sendiri menempelak Ketua Umum parti, juga menempelak Ketua Menteri. Dalam Pas pergesaran juga berlaku antara MP dari Shah Alam dengan Ketua Perhubungan PAS Selangor. Dua-dua kena hukum tapi biasale ketua mesti ringan dari pengikut.

Yang peliknya UMNO / BN sungguh gembira atas pergeseran tersebut, terus mempelawa mereka yang berminat untuk besama-sama dengan UMNO / BN, kata ketua penerangannya " kecil tapak tangan nyiru ditadahkan " Apakah beliau sedar apa yang berlaku dalam komponon BN itu sendiri dengan MCAnya, MIC juga dan PPP masih belum selesai lagi. UMNO tak berkrisis tapi kepimpinannya main tarikh dalam selimut sahaja. Sebab itulah Menteri Pertahanan membongkar kisah kehilangan injin jet, kerana pada ketika itu Najib yang menjadi menterinya.

Kini isu baru pula timbul, Ku Li dengan nada yang bersungguh-sungguh menyarankan agar kedudukan negeri Kelantan di kaji semula dalam Malaysia, bukan kerana apa hanya kerana Kuala Lumpur langsung tidak amanah dengan negeri-negeri di bawah PR, semua peruntukan tidak diberikan kepada kerajaan negeri sebaliknya kepada JPP yang di ketuai oleh UMNO / BN. Yang anehnya, semua negeri bawah pemerintahan PR juga turut membayar semua cukai yang diperlukan, juga membayar hutang peninggalan UMNO / BN. Tapi untuk peruntukan " Perkapita " di lambatkan dan menyiksa sekali.

Atas cadangan Ku Li tadi patut disambut baik oleh semua Negeri bawah PR, setelah merdeka nanti sudah tentu minyak yang ada di perairan Kelantan akan menjadi hak kelantan dan semua pemimpin UMNO / BN boleh pindah ke KL.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA