Generasi akan datang mungkin kurang dari 10 tahun pasti akan berhadapan dengan masalah kekurangan daya juang, kekurangan daya fikir, kukurang daya kekitaan dan mungkin juga mereka akan mengamalkan apa yang dilakukan oleh pemimpin yang ada kini. Mereka perlu menghadapi rintangan untuk terus belajar, kerana dari satu dasar ke satu dasar yang masih belum memastikan kejayaannya.
Kita lihat sahaja sistem PPSMI yang cuba memastikan setiap individu di negara ini dapat menguasai Bahasa Inggeris, kekelamkabutannya masih berterusan, persiapan kearah untuk lebih cemerlang sentiasa di ganggu, yang penting bagaimana pihak tertentu berjaya menggunakan semua peruntukan untuk program tersebut. Anak didik menjadi mangsa.
Dari sistem pendidikan, kita lihat pula bagaimana rakyat negera ini di hidangkan dengan perkara yang mengaibkan, sistem mahkamah berterusan tidak berminat untuk meneruskan amalan dan sikap " berkecuali " sebaliknya mereka walaupun " merdeka " tapi bertindak seperti orang yang masih di kongkong daya fikirnya. Amalan berbohong sudah menjadi perkara biasa, pecah amanah jadi mainan dan entah apa lagi buruk laku yang menjadi intaian para remaja kini.
Kemana agaknya arah tuju anak-anak masa kini pada masa 5 atau 10 tahun lagi? apakah mereka akan meneruskan apa yang ada kini atau pun mereka boleh berubah tingkah laku dari berperangai " buruk laku " ke berkelakuan yang baik. Sama-samalah kita memainkan peranan untuk kepentingan generarsi akan datang.
No comments:
Post a Comment