Dunia pendidikan di Malaysia sekali lagi menempuhi dan mencipta sejarah di mana lahir lagi satu aliran pendidikan untuk memastikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, selepas melahirkan sekolah " kluster " kini sekolah yang sama ( bukan semua dari 20 ) terlibat pula dengan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ), tak sampai seminggu SBT diumumkan kini satu lagi pengumuman iaitu untuk memastikan semua pelajar mesti lulus Bahasa Inggeris dan berhak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan juga dalam kajian untuk menempatkan kanak-kanak berusia 6 tahun di tahun satu.
Apakah kini K Pelajaran sedang berusaha untuk memastikan menterinya terkehadapan daripada menteri-menteri lain termasuk Menteri kewangan dalam urus tadbir negara. Juga mungkinkah Menteri Pelajaran akan menamatkan khidmat baktinya kepada negara dalam masa terdekat ini, atau pun sudah mula nampak riak akan diadakan pilihanraya pusat dan ada kalangan menteri kanan yang akan digugurkan. Semuanya tidak mustahil, politik di Malaysia ini memang sentiasa hangat. Penduduknya sudah faham bahawa Politik perlu bergerak sepanjang tahun.
Semua menteri pelajaran menjadikan kementerian ini sebagai sebuah makmal untuk uji kaji demi survival masa depan politik mereka, percubaan demi percubaan, pertukaran demi pertukaran yang dilakukan tapi yang jadi mangsa ialah pelajara itu sendiri dan kakitangan kementerian termasuklah guru itu sendiri. Kita lihat belum pun kering " rubber stamp " PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ) kini ianya sudah hilang dari ingauan gulongan pendidik. Baru lagi kita di hebohkah dengan sekolah Kluster yang dijamin setiap tahun akan bertambah bilangan sekolah terlibat, kini sudah terhenti, digantikan dengan SBT.
Dalam keujudan sama ada Sekolah Kluster mau pun SBT, hanya sekolah tertentu sahaja yang mendapat nikmatnya. cuba kita lihat SBT yang diumumkan 10 sekolah SBP ( sekolah berasrama Penoh ) 4 SM harian dan 6 sekolah rendah. Bukankah kecemerlangan di SBP adalah pelajar dari sekolah rendah? SBP menerima mereka yang telah menerima asas pendidikan di sekolah rendah, tapi nikmatnya mereka di SBP.
Kalau kita ambil contoh, SBP Tengku Kurshiah di Seremban, semua kelengakap telah ada, sekolah ini mampu bergerak dengan jaya dan cemerlangnya, pelajar yang dimasukan ke sekolah ini adalah pelajar yang terpilih, terpilih dari semua aspek, akademik, sahsiah, kokurikulum yang hanya tinggal ialah meneruskan budaya kecemerlangan personal sahaja. Tidak seperti sekolah harian, pelajar yang diterima adalah sebaliknya, untuk sudah tentulah sukar bagi sekolah harian untuk mengatasi " kehebatan " SBP ini.
Harap dapat kiranya pihak di Parcel E blok 8 di Putra jaya memikirkan untuk kesamarataan untuk semua sekolah dan semua gulongan pendidik.
No comments:
Post a Comment