Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, February 3, 2010

DSAI - DI MAHKAMAH

Akhirnya DSAI singgah juga ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan kali kedua kes LIWATnya. Nampaknya pihak yang menentang DSAI akan terus menerus dan mencuba bagaimana untuk memastikan beliau terus bermastautin di Sungai Buluh. Mungkinkah kali ini adalah kali terakhir DSAI menginap di Sungai Buluh. Ini disebabkan usia beliau sudah pun ke angka 63, kalau di sabitkan kesalahannya beliau akan kena 6 tahun seperti Tun Mahathir dulu bermakna usia beliau 69 semasa meninggalkan Sungai Buluh itu nanti. Apakah masih ada sinar untuk beliau bersama-sama kawan-kawan bertahta di Putra Jaya? Allah sahaja yang mengetahui, kita merancang, Allah juga merancangan, dan rancangan Allah adalah yang tepat sekali.

Kita berdoa agar kali ini, Najib dan Rosmah menjadi saksi, kalau pertuduhan pertama dulu Mahathir dapat mengelak tapi kali ini apakah PM dan isteri juga akan mengunjungi mahkamah, kita tunggu dan lihat sejauh mana janji Karpal Singh untuk memastikan DSAI tidak bersalah.

LAWAN TETAP LAWAN

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA