Papan tanda terpampang melambangkan pengunjung akan menikmati sambil membeli buah-buah tempatan seperti apa yang terlukis. Hanya jarak hampir 20 meter dari papan tanda ini terletaknya gerai-gerai buah-buah tersebut. Gerai-gerai ini disedia dan dibena oleh Majlis Daerah Perak Tengah ( MDPT )
Apa yang mendukacitakan pihak berkuasa ( MDPT ) terlupa bahawa buah-buahan tempat adalah buah yang bermusim ( kecuali pisang ), durian - " king of the fruit " ada musimnya, langsat, duku, rambuatan, pulasan semuanya bermusim sedangkan gerai ini perlu dibayar pada setiap bulan, dimanakan " releven " pengkhususan hanya kepada buah-buah bermusim?
Atas dasar dan alasan itu, pihak pemilik ( mungkin ) keberatan untuk menjalankan urus niaga di gerai ini. Akhirnya gerai ini tinggal tanpa penghuni ( peniaga ) dan seolah-olah ianya menjadi satu projek " gajah putih " untuk penduduk kampong ini. Agaknya yang untuk ialah " kontraktor " yang membina gerai-gerai tersebut.
No comments:
Post a Comment