Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 28, 2010

SPRM - DI MANA KEKUATANNYA

Ketegasan Datuk Zakaria, tim. Pesuruhan jaya ( Pencegahan ) SPRM dalam isu rasuah memang patut di banggakan dan credit perlu diberikan. Beliau tidak pilih bulu dalam soal membasmi salah laku rasuah, tidak kira pangkat dan darjat dan mungkin beliau juga bertanggongjawab untuk memastikan " penyakit " rasuah ini boleh di ubati jika ada ketegasan dari pihak SPRM itu sendiri, tahniah.

Semasa majlis penyerahan tugas, beliau memberikan kesungguhan untuk menyiasat khusus berkaitan dengan laporan dari Pemuda UMNO Kelantan berkaitan dengan sumbangan untuk menunaikan haji kepada Tuan guru Nik Aziz serta salah laku yang dilakukan oleh menantu beliau semasa bertugas di perbadanan Kemajuan Negeri kelantan. Dengan cukup yakin dan bersungguh siasatan pelu di lakukan.

Pelaporan berkaitan dengan sumbangan untuk menunaikan Haji, tapi apakah SPRM juga sanggup menyiasat kepada salah laku yang dilaporkan oleh pihak Pakatan Rakyat, khusus berkaitan dengan rumah banglo Khir Toyo, berkaitan dengan pembelian Kapal selam Tunku ABdul Rahman, bagaimana anak Tun Mahathir dan adik Najib memiliki harta yang bagitu banyak dan banyak lagi isu yang di laporkan tapi pihak SPRM macam tak da mata untuk melihat dan pekak untuk mendengar, mungkin agaknya mereka yang terlibat mempunyai pelindong untuk di siasat.

Atau apakah undang-undang di Malaysia ini yang digubal untuk ada pengasingan antara pihak pemerintah dan pihak pembangkang. Kalau pembangkang perlu di siasat dan sebaliknya pemerintah di lupakan saja. Kita lihat saja, bagaimana peristiwa Beng Hock cuma dikatakan kesalahan cuma RM2k saja, siasatan hingga menghilangkan nyawa.

SPRM tidak ada jalan pintas untuk meyakinkan rakyat semula, kalau SPRM benar benar dan berkeinginan untuk memulihakan semua agensi ini, mereka perlu bertindan dengan tidak memilih " bulu " juga tidak mengasingkan " anak bilis " dan " anak jerong "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA