Kalau kita perhatikan keadaan negara masa kini amat memalukan rakyatnya, apakah ini cara, gaya dan sistem pemerintahan yang melayakkan Malaysia menjadikan Islam sebagai sistem pemerintahannya? Perkataan Allah di perjuangkan habis-habisan, melaksanakan hukum yang di anjurkan oleh Allah diketepikan. 50 tahun lebih negera di perintah oleh UMNO ( parti tunjung ) dan sudah pasti UMNO ( itu Melayu dan Melayu itu Muslim - hanya kini apakala UMNO mengembangkan sayap ke Sabah dah ada ahlinya dari penganut Kristian ).
Semasa di sekolah kita di war-warkan semua kepimpinan perlu mengamalkan budaya " profesional " bertindak secara " rasional " dan cuba elakan membuat keputusan berdasarkan " emosional " Perilaku ini juga jelas di muatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ). Yang mana Malaysia akan melahirkan rakyat yang berkembang secara seimbang dari segi Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani ( JERI ).
Tapi malang seribu kali malang, kelahiran manusia yang dihasilkan dari FPK tidak menurus ke arah keseimbangan tersebut. Mereka hilang arah, hilang pedoman, hilang daya fikir serta bertindak mengikut emosi dan arahan. Sudah langsung tidak bersikap berkecuali dalam hal-hal perundang, sudah hilang kerohanian dalam batang tubuh, yang masih ada mungkin peningkatan pengurusan jasmani sahaja.
Kita lihat peranan sistem kehakiman, jelas ianya menggunakan sistem " pilih kasih ", di mana letakan akauntabiliti para hakim, di mana simpinan rasa pertanggongjawaban terhadap sesama manusia dan di mana letaknya ' JUSTICE ' yang perlu diamalkan. Yang salah tapi berkuasa perlu di lindungi dan yang bersalah tapi tiada kuasa perlu dihakimi. Tambahan pula kalau mereka yang bersalah itu dari kalangan " penentang " kerajaan. cukup cepat di ambil tidakan.
Hampir semua penguat kuasa undang-undang sudah tidak amanah, tidak adil, berat sebelah, bertindak secara pilih kasih. Walau pun telah banyak di laporkan tapi tindakan tidak diambil, seperti kes Khir Toyo, ( banyak lagi ) langsung pihak SPRM tidak mengindahkan apa yang canangkan oleh pembangkang, mereka meraung untuk menambah baikan sistem pemerintahan negera agar kekayaan negara di nikmat oleh rakyat.
Cuba kita fikir cara profesional bagaimana ingin F5E boleh hilang? siapa yang curi, siapa yang luluskan penghantara ke luar negara. Mengapa pihak berwajib tidak bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas untuk siasatan. Ini terbukti apabila Suruhanjaya Bebas di bentuk untuk menyiasat " mata lebam DSAI " sah ianya dipukul, walaupun peringkat awal ada hujah yang mengatakan lebam tersebut tindakan sendiri. Seperti kes PKFZ - rakyat memerlukan siasatan dan umumkan kepada rakyat.
Kes Liwat 2 DSAI, tidak kah kita ( pemberita ) merasa malu untuk menyiarkan berbicaraan secara detail ( semua sebut ) kalan dalam Liwat 1 tilam pun diangguk di usung kesana kesini sebagai bahan bukti. Tidakkan ianya memalukan?.
Nampaknya, kepimpinan negara yang kita sayangi ini bertindak atas dasar " emosi " dan mereka sudah hilang pertimbangan untuk bertindak secara profesional dan rasional. Jadinya pembentukan FPK yang ingin melahirkan rakyat yang " JERI " pada ketika ini di anggap sebagai gagal.
No comments:
Post a Comment