Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 31, 2009

SLOGAN DEMI SLOGAN - DASAR TAK UBAH

DEB - Dasar Ekonomi Baru
Wawasan 2020
BCA - Bersih Cekap Amanah
Malaysia Boleh
Islam Hadari
CGT - Cemerlang, Gemilang & Terbilang
1 Malaysia


Slogan diatas adalah satu menisfesto kepimpinan yang reka cipta oleh ketika-tiga Perdana Menteri terakhir Malaysia. 2 dari tujuh slogan tersebut adalah dikhususkan untuk membangunan dan penyusunan semula ekonomi dan masyarakat di Malaysia. Kerana peristiwa 13 mei 1969 telah membuka mata pemimpinan agar penyusunan semula ini adalah diperlukan.

Masyarakat Melayu terus ketinggalan dari semua aspek, dan mereka masih menjadi penghuni di luarbandar, India masih ramai di estet-estet dan kaum Cina adalah kaum yang memonopoli di semua bidang, baik ekonomi mau pun pendidikan, cuman yang gahnya pada orang melayu masih memerintah di tanahairnya, hasil pemerintahan di berikan kepada kaum Cina.

Dasar yang digubal mengunjurkan agar Melayu ada peningkatan ke 30% khusus dalam bidang ekonomi dalam tempoh pelaksanaan DEB. Tempoh masanya ialah 30 tahun. Memang tidak dinafikan DEB menemui jalan buntu dan dasar ini gagal untuk pencapaian apa yang diharapkan. Untuk itu setelah tamat DEB, pemimpin mencari formula lain untuk memastikan kesenambungan DEB dapat di teruskan. Ujud dan lahirlah " Malaysian The Way Forward " dan di singkatkan ke Wawasan 2020. Tarikh tamat pencapaiannya ialah pada tahun 2020. Apakah ianya akan tercapai - lu fikirlah sendiri.

Untuk memastikan DEB dan Wawasan 2020 mencapai unjurannya, kepimpinan negera perlu melahirkan pemimpin yang amanah, bersih dan cekap. Untuk itu Tun Mahathir mencipta satu lagi slogan yang dikhususkan untuk kepimpinan agar pemimpin negera dapat berkhidmat dengan telus dan jujur lahirlah slogan " bersih, cekap & amanah " tapi apakah mereka benar-benar lahir untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan?
" Cemerlang, Gemilang & Terbilang " ianya sebagai pengukur kepada sejauh mana pemimpin memimpin negera. Ianya juga berlandaskan keujudan " Islam Hadari " Kepimpinan Tun Dolah lebih memikirkan untuk melahirkan pemimpin yang telus, amanah dan berintegriti.slogan ini di cipta di bawah Tun Dolah. Apakah benar dan nyata keujudan slogan-slogan ini Malaysia dapat menzahirkan pemimpin yang dilaungkan dengan slogan-slogan tersebut? - fikir-fikirlah sendiri.

Slogan yang agak berjaya ialah " malaysia Boleh " kerana ianya berfokus untuk kegemilangan sukan. Agak berjaya, ramai pemain dilahirkan setanding dengan pemaian diperingkat dunia, seperti squash, badminton, memanah dan yang cukup gemilang ialah kerana dapat melaksanakan sebagai tuan rumah sukan Commonwealth pada 1998 tempoh hari.

Zaman DS Najib, satelah melihat kekalahan teruk di PRU12, ianya merasakan masyarakat yang berbilang kaum telah memisahkan diri untuk hidup bersatu padu, mereka perlu menghadapi realiti dalam penghidupan harian, mereka tahu bawaha DEB, Wawasan 2020 ianya lebih mementingkan orang Melayu saja. jadi apabila di lahirkan satu program untuk keujudan kaum berbilang kaum, terus ianya mendapat sokongan. Setelah diperhati, di kaji, dianalisis, secara keseluruhan satu slogan baru yang perlu penglibatan semua kaum perlu ada. Maka lahirlah 1Malaysia. kita lihatlah sejauh mana slogan 1M ini dapat memberikan impak yang baik untuk DS Najib. Kelahiran 1M telah memberikan satu petunjuk yang masyarat berbilang kaum perlu bersatu tapi tidak mengikut acuan 1M, kerana 1M juga menyerupai slogan-slogan yang lain.

Malaysia hanya kaya dengan slogan tapi pelaksanaan, dan perubahan dasar tidak diujudkan, jadinya, slogan hanya satu mimpi ngeri buat masyarakat Malaysia - lu fikir-fikirlah sendiri.

Sunday, August 30, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP - 9

25- Failure is the opportunity to begin again, more intelligently. - Henry Ford

Once again, Henry Fords, simplicity strikes me. Failure was never final to him, nor was it fatal, Like his contemporary, Thomas Edison, he expected failure on the way to success. Its was all part of the learning process. He allowed failure to tutor him, then he continued on down the path that much smarter and wiser.

26- Show me the thoroughly satisfied man, and I will show you a filure - Thomes Edison

I find it terribly difficult to understand a person who is so satisfied with their present accomplishments that they have no desire to risk attempting something new. There is nothing wrong with spirutal contentment with our possessions and resources, but each of us should carry to our grave a holy dissatisfaction with our achievements.

27- I will have no man work for me who has not the capacity to become a partner - J.C Penny

I have heard many single women say they won't date a man who isn't a potential marriage partnet. They don't want to waste thier time with unproductive emotinoal entanglements. J.C Penney looked at employees the same way. He looked for the raw ability in all of them - the capacity to rise in the organization. If necessary, it is wise to create a positionn for those kind of people when you find them.

The Power of Leadership - John C. Maxwell

Saturday, August 29, 2009

WE SAYS SORRY TO UMNO - 2

WE says sorry to UMNO - 1, menceritakan bagaimana Malaysia yang menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi tapi tidak melaksanakan dasar dan perundangan yang termaktub dalam Perundangan Islam.

Bagaimana pula dengan peranan dan tanggongjawab yang dimainkan oleh media - cetak dan elektronik - khususnya yang di perintah olah kerajaan Malaysia, Akhbar perdana seperti utasan Malaysia, Berita harian, The Star, TV 1, 2 & 3, apakah mereka telah memainkan peranan jelas untuk memaklumkan dan bertindak sebagai pengantara antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan bermaksud bukan ( BN )BN ialah parti, kerajaan ialah pentadbir sesebuah negara. Negara pula di huni oleh berbagai kaum. Dan dalam negera yang mengamalkan demokrasi berbagai-bagai parti dibenarkan. Dengan itu sepatutnya media tidak mengamalkan " double standar " dalam menyediakan berita.

Sejak kebelakangan ini didapati peranan yang dimainkan oleh kedua-dua jenis media ( cetak dan elektronik ) ini lebih memberikan fokus dan keuntungan kepada UMNO / BN sahaja. Semua isu yang dilemparkan pasti memburukkan pembangkan, kepada sidang pengarang seolah-olah sudah hilang jati diri, bertindak tidak profesional, sudah tidak mengikut etika kewartawanan. Isu kecil dibesar-besarkan, tidak ada isu di cipta dan di reka agar menjadi isu, tapi sebaliknya jika ada isu dari pihak pemerintah, terus di sembunyikan. Berdolak dalih sehingga apa yang ditulis amat memalukan.

Semua orang tahu, media sebagai alat penghubung, pembimbing, pelapor malahan sesekali boleh di ibaratkan "guru' kerana banyak pengajaran yang boleh di dapati melalui bacaan dan tontonan. Tapi malang waktu dan masa ini media sudah hilang kredibiliti tugasannya.Atas dasar itu peranan akhbar adalah sebagai penyambung, melapor, pemaklum juga sebagai pembimbing kepada setiap pembaca, setiap artikel yang ditulis di sertakan dengan fakta dan isi serta andaian yang bernas untuk tatapan dan bacaan pembaca.

Tapi apakah peranan itu pada masa kini masih releven seperti di mana negera belum merdeka, setiap tulisan berlandaskan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan, memberikan kekuatan serta rasa pertanggojawaban setiap rakyat untuk menyertai perjuangan kemerdekaan tersebut. Inti pasti jelas, dan akhirnya, negera mencapai kemerdekaan.

Dunia terus berubah, dari hanya ada Utusan melayu ( Malaysia ), Suara Merdeka, utusan Zaman kini negera Di negera kita telah dibanjiri dengan media cetak mengikut keperluan pembaca, orang Melayu dengan akhbarnya Cina dan India juga demikian. Akhbar bukan lagi sebagai penghubung, penyampai maklumat sebenar tapi telah dijadikan alat penghubung untuk kepentingan tertentu.

Pelaporan yang disampaikan banyak " memberikan " sokongan kepada parti tertentuk, menabor fitnah serta mengubah suai setiap kenyataan yang diberikan terutama oleh pihak pembangkang. moral penerbit, penulis, ketua pengarang sudah dikongkong untuk kepentingan orang tertentu. Dunia penerbitan terus memainkan peranan untuk apa yang dinyatakan tadi. Sebagai langkah " menentang " terbit pula akhbar tabloid yang dimilik oleh pihak pembangkang pula, peranannya agar sama dengan apa yang dilakukan oleh akhbar terbitan hak kerajaan. Pembaca menjadi delima, perlu beli kedua-dua keluaran untuk mendapatkan maklumat tetap.

Kini dunia di abad ke 21, zaman cyber, peranan akhbar dan media elektronik sudah menjadi lapok, dunia dihujung jari, maklumat cepat di dapati, baca di internate hari ini esok baru keluar di media cetak. maklumat lebih telus dan sentiasa di kemaskinikan. masyarakat menggunakan alternatif ini, kini mereka mendapat maklumat yang sudah benar.

Tapi apa yang mendukacitakan pada masa ini, peranan akhbar sudah lari dan menyimpang jauh dari peranan melapor dan memaklumkan perkara yang benar. Tulisan boleh merobohkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada sesebuah institusi kerajaan.

Friday, August 28, 2009

WHY WE SAY SORRY TO UMNO - 1

Dalam Ramadhan yang mulia ini, umat Islam di Malaysia teruji lagi dengan atau tidaknya melaksanakan hukum Allah untuk Kartika, beliau di dapati bersalah kerana meminum arak di khalayak ramai, hukum di putuskan oleh mahkamah Syariah di Kuantan Pahang dengan denda dan sebatan sejumlah 6 kali. Kartika memilih untuk disebat.

Pemilihan untuk disebat ini telah menjadikan ianya satu isu besar dan membuka pekong Negara Malaysia yang selama ini meletakan Islam sebagai agama rasmi tapi persediaan untuk melaksanakan amanah dan hukum yang berlandaskan Hukum Allah ini gagal untuk dilaksanakan.

YB Dato Seri Hisyamuddin menteri Dalam Negeri: walau pun undang-undang tubuh Pahang menetapkan hukuman sebat tapi dukacita negara yang sudah merdeka 52 tahun dan meletakan Islam sebagai agama rasmi masih gagal menyedia seorang " perotan " yang mampu melaksanakan tugasan ini, pihak KDN belum menyediakan manusia yang dapat melaksanakan tugasan tersebut. DS Hisyamuddin, kenapa sampai macam itu sekali alasan yang diberikan, apakah DS Hisyamuddin tidak ada penasihat keagamaan untuk berbincang dan ambil keputusan untuk melaksanakannya, dimana alim ulama dan mufti yang bernaung di bawah UMNO panggil mereka dan mintalah pandangannya.

YB senator Sharizat ( Wanita UMNO ) dan Norhayati ( SIS ), perjuangan yang anda lakukan seolah-olah perjuangan yang berpilih-pilih, kadang-kadang tindakan mencerminkan pembelaan yang amat sangat tapi entah macam mana apakala ianya melibatkan kepimpinan negara mau pun orang seangkatan dengan daya pemikiran yang sama, ianya terus didiamkan saja. seperti kes sorang wanita juru jual bernama Norita Shamsuddin, dimana pernan wanita, puteri, sis.

Memang tidak dinafikan kemampuan kepimpinan dalam UMNO yang menerajui negara tahap pendidikan agama mereka rendah, tapi kenapa mereka tidak mau memohon restu dari alim ulama yang disediakan, setiap negeri disediakan mufti sebagai pembimbing setiap masalah berkaitan dengan agama. Kini jelas apabila sesuatu isu berkaitan dengan penglibatan pemimpin pembangkang semua mufti berperanan dan majlis fatwa juga bercakap, tapi kini mengapa majlis fatwa membisu, di mana menghilangnya mufti Tansri Harun Sani, mana perginya Mat Nor Gadut, mengapa institusi sebagini membiarkan kalangan tertentu mengluarkan pandangan khusus berkaitan dengan keagamaan, silap-silap nanti aqidah boleh gugur.

Kalangan pemimpin agama bertindaklah segera, bimbinglah mereka, buatlah kenyataan untuk kepentingan bersama, jangan nanti sampai semua orang menindakan agama Islam. Kesucian dan keharmonian Islam akan diganggu gugat oleh mereka yang memimpin tapi tidak ada didikan keagamaan.

Thursday, August 27, 2009

ROSAKNYA NEGARA KERANA PEMIMPIN

Semakin hari semakin rumit, semakin hari semakin di rundong malang negaraku ini, apakah yang akan terjadi jika gulongan yang menjadi pemimpin langsung tidak memahami akan peranan dan tugas mereka.

" Leadership is the capacity to translate vision into reality " - warren G. Bennis.

Kalaulah kenyataan ini diambil kira sebagai ukuran kepada kepimpinan dinegara kita waktu ini, pasti kita membayangkan pemimpin yang ada waktu ini " mentranslate " visi mereka ke arah merobohkan sebuah negera dan memperdayakan rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Kenyataan ini berlandaskan kepada keadaan di beberapa buah negari ketika ini ianya semua dalam keadaan tidak tenteram, semuanya hurahara, semuanya cuba memastikan mereka menjadi pemimpin, lihat apa yang berlaku di Terengganu, rebut antara Deris Jusoh dan Mat Said masih berlarutan, kepentingan rakyat di negeri ini sudah diabaikan, kononnya ada tekanan untuk mendapatkan royalti minyak semula hampir berjaya, tapi oleh kerana politik dan keakbaran dengan pemimpin di KL perlu dikekal dan di intimkan cadangan ini perlu di tamatkan. Sahlah perjuangan ini bukan untuk rakyat.

Atas pergeseran tersebut, datanglah tiupan angain sepoi-sepok bahasa yang mencanangkan geng 10 akan meninggalkan UMNO dengan menyertai parti lain serta sanggup menjadi pembangkang. Tapi cepat dinafikan.

Lihat pula apa yang berlaku di Perak, dimana rampasan kuasa oleh pihak UMNO terhadap kerajaan yang sah Pakatan Rakyat di nafikan dengan cara yang rakus dan tidak bermoral sekali oleh gulongan yang tamak dan tidak pernah puas untuk mengaut kekayaan. masih belum selesai, siapa yang rugi, pemimpin ke atau pun rakyat?

Kenapa setalah 52 tahun merdeka, pemimpin tidak faham erti " BEBAS "
dalam Kamun dwiBahasa keluaran Sasbadi - Bebas bermaksud - boleh berbuat apa saja ( tapi di kawal oleh undang-undang & perlembagaan ) tapi yang peliknya kala ini adalah pemimpin yang mengistiharkan diri BEBAS tapi Menyokong satu pihak.

Di Selangor, dengan menggunakan agensi kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kakitangan dan pegawai mereka bertindak untuk memasti kerajaan yang ada di hapuskan dengan apa cara sekali pun, kenapa agaknya SPRM tidak bertindak secara profesional sebaliknya lebih emotional dalam setiap tindakan, kerana mereka perlu mengikut apa yang diarahkan. Kerana Gaji dan pendapatan serta hidup mewah mereka adalah di taja oleh kerajaan yang sedang memerintah. Untuk itu dicadangkan agar perkataan Suruhanjaya itu digugurkan dan kembalilah ke pangkal jalan dengan identiti BPR sahaja. Dengan menggunakan Suruhanjaya ianya memalukan saja.

Kecamokan dalam kepimpinan dan pentadbiran negeri tidak tinggal sedemikian saja, kerana MCA sebuah parti kedua terbesar dalam BN kini sedang retak menunggu belah, apa tidaknya, di satu pihak Presiden menggantung Timbalan presiden kerana kes salahlaku sex, dan di Perak pula 6 bahagian MCA mencadangkan agar presiden di gantong tugasnya, mana yang perlu diikut oleh rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka? Tidak ketinggalan juga dalam MIC pucok kepimpinan sanggup bertegang leher untuk memastikan calon nombor 2 kekal tapi ianya ditentang oleh pemimpin yang pernah di tendang oleh presiden. Untuk itu didoakan agar kedua-dua parti ini bubar dan menyertai samaada PKR mau pun DAP ( tidak dicadangkan untuk PAS ) kerana PAS masih belum membukakan pintunya untuk non muslim, tapi boleh menerajui kelab penyokong saja.

Disudut yang lain pula, apa nak jadi dengan Islam sebagai agama rasmi, kerana hukum tubuh kerajaan Pahang, perkara 136 dalam enekman pengtadbiran dan adat istiadat melayu Pahang dengan undang-undang syarainya dipertikaikan oleh rakan seangkatan. Hukuman sebat jelas dan terang ujud dalam undang-undang tubuh kerajaan Pahang, dan undang-undang syarai pula tidak boleh diatasi oleh undang-undan sivil ini jelas dalam perkara 121 ( a )perlembagaan persekutuan. Mengapa mereka membantah, yang membantah pula langsung dari kalangan yang tidak mendalami hukum hakam perundangan Islam, ini kah yang dinama ISLAM AGAMA RASMI NEGERA KU MALAYSIA.

Kepada pemimpin UMNO bermuhasablah untuk kepentingan semua dan bukan memikirkan kepentinga semasa kerana kita semua akan mati dan menjalani hukuman di akhirat kelak. Layarilah bahtera kepimpinan dengan memberikan kebajikan dan keuntungan untuk semua pihak dan fikir-fikirkanlah generasi Melayu yang akan mewarisi kita nanti.

Wednesday, August 26, 2009

THE POWER OF LEADER SHIP 8

22- The moment you stop learning - you stop leading - Rick Warren

Leaders are learners. Once a person feel they have a firm grasp on all the answers, they have quit being teachable and will soon cease from leading. Their thoughts and methods will become dated, and eventually stale. Good leaders a hungry for learning, all the way to the grave.

23- A good leader is a guy who can stop on your toes whithout messing up your shine - John Wooden

I've seen some of the best pastors and business excutives in the country at work. They all seem to have the keen ability to speak the truth, to lah out the impreatives, and to communicate the marching orders to theri people. At the same time, they do with such warmth and understanding, with such humor and sensitivity thaet no one feel pushed. They actually like experince and feel they are better for it.

24- we are what we repeatedly do: excellence than is not an act, but habit - Aristotle

Success is not an event, It is an ongoing prosess we engage in, time and time again. Aristotle says it in a profound way. Anyone can succeed one or twice. And, anyone can fail of lose a battle or two along the way. What we must focus on is the habit of excellence, practicing success, repeatedly, day after day.

The Power of Leadership - John. C. Maxwell

UMNO DAPAT KHIDMAT KAUNSELING DR. FADHILAH

Sudah 8 PRK diadakan selepas PRU 12, hasilnya memang membanggakan untuk PR, semua kerusi yang dipetandingkan di Semananjung Malaysia di menangi oleh PR ( sama ada calon dari PAS, PKR mau pun DAP ) cuma kemengangan 'single' di Batang Ai oleh BN. Sejaran PRK pada kali ini amat unik sekali, selepas mengosongkan Parlimen Permatang Pauh oleh DSWA isteri kepada DSAI kemengangan dari PR ke PR, kemudian di Kuala Terengganu atas kematian Dato Razali, Timbalan Menteri Pelajaran dari UMNO, kemenangan perubah tangan dari UMNO ke PAS. Kemudian yang ketiga kemenangan juga berpihak kepada PAS dari UMNO di Parlimen Bukit Gantang. PRK yang tiga ini adalah di peringkat parlimen.

Yang lebihnya dari DUN Sarawak di Batang Ai, Pulau Pinang di Penanti dan Permatang Pasir, Kedah di Bukit Selamba dan Manek Urai di Kelantan. Apa yang peliknya, dalam PRK ini cuma Batang Ai dan Kuala Terengganu saja yang diperintah oleh UMNO / BN selebihnya alah negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selain Batang Ai, hanya Kuala Terengganu PR ( PAS ) dapat merampas kerusi dari UMNO selainnya memang hak PR ( PAS atau PKR )

Selepas kekalahan di Permatang Pauh, tekanan dan penggunaan Polis amat ketera sekali di Kuala Trengganu mengikut laporan hampir puluhan juta dibelanjakan untuk pasokan polis sahaja. Dalam setiap PRK ini memang tidak dapat dinafikan UMNO / BN berbelanja seperti orang 'mabuk' langsung tidak mengenal erti berjimat, banyak wang ringgit kepunyaan rakyat di pergunakan. Hasilnya 'zero'.

SPR pula mengguna serta mencari jalan bagaimana proses pengundian dan sistem pilihanraya dapat membantu kemengangan kepada UMNO / BN, berbagai-bagai undang-undang direka, dan 2 PRK yang terakhir di Manek Urai " pondok panas " tidak dibenarkan, tapi malang inya masih tidak diperindahkan oleh semua parti yang bertanding, kereta tak boleh mengibarkan bendera parti, walau pun kereta tersebut digunakan untuk membawa pemilih, perayu undi tidak dibenarkan, semakan daftar pemilih hanya dengan pihak SPR sahaja. Tapi sedih di Manek Urai arahan dan pesetujuan ini dilanggari oleh parti yang bertanding. Kemenangan memihak kepada UMNO / BN ( dapat mengurangkan majoriti undi yang amat ketara sekali ( PAS cuma menang dengan 69 undi majoriti sahaja dari dulunya lebih seribu undi.

Kemenangan mengurangkan majoriti ini telah memberikan laluan kepada kepimpinan UMNO untuk meneruskan penguasaan dan menganak tirikan semua agensi kerajaan yang boleh memberikan kredit kemenangan kepada mereka. Jadi pada PRK Permatang Pasir, ATM digunakan sepenohnya, walau pun di MU mereka menjalankan kerja pembinaan tapi di PP mereka turut mengiringi Puteri UMNO pergi berkempen, khidmat kesihatan juga diberikan. Amat bertuah kepada kawasan yang mengadakan PRK, kawasan itu seperti 'kawasan anak mas', harap-harap banyak lagi berlakunya PRK.

Perananan SPRM, SPR, jabatan kerajaan yang lain tak perlu dibincangkan kerana pegawai-pegawai mereka memang menjadi talibarut UMNO/ BN setiap kali PRK, cuma pada PP kali ini ATM terlibat secara total. Tapi apakah hasilnya memberansangkan?

Sebagai ingatan kepada pemimpin UMNO - jangan salahkan rakyat jika masih kalah, cuba cari kelemahan yang ada pada diri sendiri. Akurlah dengan permasalahan yang sedang dipikul, apa kata dapatkan khidmat kaunseling Dr. Fadhilah Kamsah untuk memperbaiki buruk perangai yang dimiliki oleh majoriti pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang ada, kita perlu akur kepada kelemahan, ketidak amanah, penyalahgunaan kuasa, melibatkan agensi kerajaan malahan wang rakyat di pergunakan dengan bagitu rakus sekali.

An inportant question for leader, " Am I building people, or building my dream and using people to do it ?" - John. C Maxwell - The Power of Leadership.

Tuesday, August 25, 2009

PAS MENANG

Berita di kemaskini pada jam 7.15mlm, PAS mendahului UMNO / BN dengan majoriti yang lebih bergaya, melebihi 4000 ini disebabkan pengundi yang keluar menunaikan tanggongjawab bawah 75%. Tapi yang penting PAS mengauasai kerusi di DUN ini. UMNO / BN perlu memikirkan apa yang perlu diambil tindakan samada bubur parlimen atau tanggong malu di PRU 13.

Syabas dan tahniah. untuk PAS.

Monday, August 24, 2009

PERSONALITI - BEHRANG & LUNAS ADA PERSAMAAN

Parti Keadilan Rakyat ( PRK ) kini buat hal lagi, apakah keujudan PKR ini yang bersetuju untuk bergabung bawah Pakatan Rakyat ( PR ) akan memberikan bebanan kepada gabungan ini, kerana kini sudah 3 wakil rakyat di bawah parti ini meninggalkan gabungan serta bertindak sebagai wakil bebas tapi menyokong UMNO / BN; faktor ini juga menjadi pelik ketika negara sudah pun merdeka ke 52 tahun. Dimana adalah wakil bebas tapi bernaung di bawah parti yang tidak dianggotai nya. MALAYSIA BOLEH.

Selepas, wakil PKR + DAP berjaya meruntuhkan kerajaan PR di Perak, dengan tindakan celeka oleh 2 orang wakilnya wakil Behrang dan Changkat Jering serta Jelapang, mereka juga kedua-duanya adalah EXCO kerajaan negeri. Apa yang berelaku di Kedah pula ada persamaan dengan yang di Perak. Cuma di Kedah dengan ketiadaan wakil PKR tersebut tidak mengganggu gugat kerajaan negeri, Kerajaan Kedah bawah PR masih stabil. Apa tah lagi satu " by election " akan diadakan kerana kegagalan wakil UMNO / BN menghadirkan diri untuk turut sama dalam 2 kali berturut-turut mesyuarat kerajaan negeri. kekosongan ini pasti di guna secara optima oleh kerajaan PR untuk merampas kerusi ini.

Bebalik kepada ADUN Lunas, Mohd. Radhi, beliau seangkatan dengan YB dari Behrang di mana beristeri 4 lebih 1 dari Behrang, dalam jawatan kedua-duanya ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Kenapa mereka meninggalkan PKR? apa salah PKR? apa salah PR, salah siapa, siapa yang bersalah, PR atau PKR, benarkan kepimpinan PKR mementingkan diri sendiri, benarkan kerajaan negeri tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada mereka ( yang lari dari parti asal ). persoalan ini menghantui ahli dan pengikut parti.

Apa yang jelas, Mohd. Radhi telah pun berputus arang dengan PKR, peningalan beliau turut meruntuhkan Bahagian PKR di kawasan tersebut. Memang tidak dinafikan kekutan dalaman antara orang PAS dan PKR ( yang Melayu ) amat jauh berbedza. Orang PKR mudah di lobi dengan wang ringgit tapi ianya tidak di kalangan orang PAS, syabas dah tahniah kepada PAS.

Orang PKR yang mana asalnya dari UMNO memang sudah biasa dengan hidup mewah, sentiasa tinggal di hotel-hotel mewah, bergandingan dengan wanita cantik, kereta mewah jadinya apakala menyertai PKR yang cuba berjuang untuk kepentingan orang bawah dengan melaksanakan penjimatan di setiap aspek sudah tentu ianya memberikan kesan untuk mewah kepada kepimpinan PKR. Ada kalangan kepimpinan PKR bercita-cita untuk mewah satelah di angkat sebagai Wakil Rakyat apatah lagi dilantik menjadi EXCO, inilah masa untuk mencari harta ( ini adalah budaya orang UMNO / BN ) Tapi tidak berlaku pada PR - tambahan pula PR di pimpin oleh PAS ( Kedah ) kepimpinan PAS memang biasa hidup dengan sederhana - harta kerajaan bukan untuk wakil rakyat tapi ianya adalah untuk kemudahan dan kemewahan rakyat. Jadi dari teori ini hampalah wakil rakyat untuk mengaut kekeyaan sementera menjadi wakil rakyat.

DSAI perlu mengajar wakil rakyat dan pemimpin PKR agar tahu macam mana untuk hidup sederhana dan jika tak mampu jangan kawin lebih dari satu. Satu pun cukup. Ceritakan kepada mereka bagaimana cara menginap di lokap / penjara, bagaimana di dera, bagaimana berulang alik ke mahkamah, bagaimana menghadapi setiap fitnah yang di limparkan. Ajar mereka DSAI - sdr. sahaja yang boleh mentarbiahkan mereka.

Sunday, August 23, 2009

MALAYSIA TERUS HURAHARA

Apa nak jadi dengan negera kita pada ketika ini, semua rakyat baik pemimpin mau pun yang dipimpin sentiasa bercakap pasal politik, di mana saja politik adalah isu yang sentiasa di bibir mereka, di kedai kopi, perhentian bas, warong-warong hatta kini bualan politik sepanjang pantai dari waktu menunggu berbuka puasa, lepas berbuka, lepas sembahyang magrib, hingga selesai sunat tarawih isu politik menjadi tajuk nombor satu dalam perbualan.

Pelik juga, keadaan politik negera juga seolah-oleh memastikan peminat dan pencinta politik bercakap tentang politik, apa tidaknya, sejak PRU 12 kini dah masuk PRK yang ke 8 - setiap PRK tersebut di menangi oleh PR kecuali di Batang Ai. Waktu terkini di Permatang Pasir kemudian timbul pula isu tidak hadir ke persidangan 2 kali di DUN Kedah, batang tubuh kerajaan Kedah pula mensyaratkan tidak hadir 2 kali berturut-turut secara otomatik kelayakan sebagai ADUN guguh, SPR tak dapat nak kata apa lagi.

Di pagi hening hujung minggu ini tertera pula ADUN Lunas yang juga seorang EXCO kerajaan di Kedah meninggalkan PKR dan mengikut Treganukite, terus bahagian PKR tersebut di bubarkan. Kenapa ini harus berlaku? Kalau benar cerita ini, nampaknya ketahanan mentaliti orang PKR cukup rapuh, memang tidak dinafikan mereka adalah tahi UMNO tapi kenapa harus memperjudikan nasib rakyat di bawah pemerintahan mereka. Suka tanding dan nak suka dah menang letak jawatan atau keluar dari parti.

Kita lihat di calon BN di P. Pasir, memang calon yang dikemukakan dapat sambutan dari setiap lapisan masyarakat untuk membincangkan tabiee yang ada pada dirinya, seorang yang tidak amanah, kahwin pandai jaga maruah tak pandai.

Tragegi demikian adalah salah satu penyebab di mana orang ramai lebih suka bercakap berkaitan dengan politik. ada kalanya ahli politik di adu dumba, surat khabar juga tidak ketinggalan memainkan peranan untuk tujuan yang sama, lihat saja bagaimana Berita Harian di arahkan membayar denda rm140K kepada Naib Presiden PAS Dato Mahfuz.

Malaysia negera kecil, wakil rakyat ramai, raja ramai tapi qualiti wakil rakyatnya lebih mementingkan diri sendiri dari membela rakyat.

Saturday, August 22, 2009

SPR DI KAMBING HITAMKAN OLEH KJ

Selamat menunaikan Rukan Islam ke 3, berpuasa di bulan Ramadhan seterusnya puasa sunat 6 hari di bulan syawal nanti. selepas menunaikan sunat terawih, menonton TV dan seterusnya melayari internate untuk mendapatkan maklumat terkini khusus berkaitan dengan apa yang terjadi di DUN N11 Permatang Pasir. Setalah mendapat beberapa input mata tidak mengizinkan lagi untuk melayari internate, dan keletihan pada mata amat terasa sekali dan malam ini kita perlu bangun lebih awal dari biasa, kalau sebelum ramadhan bangun jam 5.30 pagi kerana untuk fardhu subuh tapi mulai malam ini perlu bangun lebih awal untuk mengamil sunat sahur pula.

Sementara sajian sahur di sediakan tangan sungguh mengeletek untuk menulis berkaitan dengan " sense of shame " ( tidak ada perasaan malu )apakah perangai sebagini memang menjadi mainan ahli politik khususnya kepada pemimpin politik pemerintah? kenapa agaknya mereka tidak berani bersemuka dengan apa yang terjadi? Kenapa mereka perlu " mengkambing hitamkan " orang lain untuk kepentingan orang tertentu? Kenapa mereka tidak mengaku kesalahan dan kelemahan mau pun kesilapann yang terlah dilakukan?

Kalau mantan PM ( Tun M ) dan pemimpin senior dalam UMNO boleh mengkritit pemilihan Calun BN di N11 Permatang Pasir, mengapa mereka tidak pertikaikan kritikan terbuka tersebut. Agaknya bagaimanakah perasaan PM ketika ini yang menerima makluman yang calon terpilah adalah dari kalangan mereka yang tidak amanah. Setakat ini beliau masih belum memberikan apa-apa komen ( yang saya tahu ) apa yang berlaku beliau perlu bercuti di London.

Berbagai helah dan tipu daya di laungkan semata-mata untuk mempertahankan pemilihan tersebut, pertahanan yang diberikan langsung tidak menarik minat kepada semua yang membaca dan mendengarnya. Satelah pecah amanah sebagai seorang peguam timbul pula ceria calon ini berbini dua berbini dua tak apa kerana dibolehkan sahingga 4, tapi yang menjadi masalah pernikahan tidak ikut normal yang sepatutnya.

Kepada insiden lain, KP - KJ pula mempersoalkan dan mengesahkan adanya " pengundi hantu " sebelum ini terus dan sentiasa mempertikaikan dan akhirnya menjemput pula pegawai dari SPR terlibat sama dengan pemindahan pemilih ke kawasan Permatang Pasir. Sudah pasti jika UMNO / BN kecundang di N11 Permatang Pasir ini pasti kambing hitam kali ini ialah pegawai SPR. Kepada sdr. KJ sdr. telah kalah dan perlu berdiam diri atau pun tinggalkan saja parti yang di dokong waktu ini, kerana keperluan untuk menyimpan sdr. sudah tidak perlu lagi. patut sdr. sudah sedar dengan hukuman yang diterima. Jawatan dalam parti ada sebagai Ketua Pemuda tapi tidak di iktiraf untuk apa-apa jawatan di kerajaan. Mungkin agaknya sense of akuantabiliti mau pun sense of responsibility sdr. di tahap yang rendah.

Janganlah asyik menyalahkan orang lain, jika apa yang kita buat sudah semuanya tak kena, tanya diri sendiri apakah tidakan dan perbuatan kala ini mencermin kesungguhan dalam melaksanakan tugasan atau menguruskan kepentingan peribadi semata-mata.

Friday, August 21, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP - 7

19- No man will make a great leader who wants to do it all himself, or
to get all the credit for doing it
- Andre Carnegie

Leadership, by definition, cannot be a one man show. If I don't possess the
humility and desire to enable me to praise others and give them credit for
their success. I'll be severely handicapped in my leadership. If my ego is so
big that I insist on the applause, attention, and affirmation, potential
partners will leave me alone, and I will end up with only what one person can
accomplish.

20- The most effective leadership is by example, not edict - Ralph Waldo Emerson

Nearly 90% of how people learn is visual. It's what they see. Another 9% of our
learning is verbal, or what we hear. About 1% is through our other senses. This
along explains why effective leadership is more caught them taught. people need
to sees a sermon, more than hear it, to relly embrace it. A leader's
credibility and his right to be fllowed are based on his life, as much as his
lip.

21- Today a reader - tomorrow a leader - W. Fusselman

One of the principles I've always tried to practice is to be well-read. I believe every meeting I enter without the preparation of good informations is one where I can't easily assume my leadership role. Knowledge is power. As the leader, I must know more about the options if front of us, than my boards and comittees. Reading helps my leading.


The Power the Leadership - John C. Maxwell

THE TWO SENSE

Rakyat dan pemastautin di Malaysia kini sudah mula merasakan ketidak tenteramnya tinggal di negara ini, ianya dikuatkan lagi dengan cara hidup sebilangan besar pemimpin dan pengikut parti pemerintah, mereka sudah hilang pedoman dalam melayari kehidupan harian. Perasaan tamak,iri hati, hasad dengki serta penaboran fitnah memfitnah telah menjadi mainan dalam penghidupan.

Kita lihat dari kaca mata yang sederhana, macam mana daya fikir mereka masih tidak di merdekakan lagi, mereka terus menerima apa saja yang dilaungkan oleh pemimpin, kalau pemimpin kata Si A Pengkhianat semua ikut kata Si A pengkhianat, kalau pemimpin kata Si B jatuh dan terus mati semua ahli dan penyokong dan pengampu terus kata sedemikian, kalau pemimpin kata Orang Kafir haram baca Quran - semua pengikut baik yang bertaraf profesional, baik dari kalangan guru, perkeranian, hatta pemimpin NGOs pun kata memang betul tindakan orang Kafir memang tak boleh baca quran. laporan polis di buat, terpampang gambar keluar di muka dada akhbar.

Dimana letaknya rasa malu " sense of shame " apakah mereka tak boleh berfikir yang mana betul dan yang mana salah. Dalam kes calon BN di P. Pasir, jelas dan nyata satu pecah amanah telah dilakukan, mengapa perlu mengambing hitamkan orang lain, mengapa perlu kita mempertahankan juga orang yang sudah besalah. terima hakikah kesalahan dan carilah jalan penambahbaikan, bukannya mencari jalan dan mencari kambing hitam untuk di jadikan batu loncatan.

Perhatikan pula dalam kes PKFZ, jelas sekali pihak yang dipertanggongjawabkan telah melakukan pecah amanah, dimana peranan ahli UMNO dan kerabat BN yang lain, mengapa tidak diberikan kata dua kepada mereka yang terlibat. Yang buka pekong bukan orang lain, ianya dari rakan dalam BN sendiri. Ini jelas menunjukan rasa pertanggongjawaban " sense of accountability " lansung di ujud pada kepimpinan, ahli dan penyokong UMNO / BN. Sepatutnya peranan dan siasatan perlu dilakukan oleh SPRM, dari sudut politik pula kerabat BN perlu memberikan reaksi yang positif kepada salah laku ini, tapi mereka semua menyembunyikan diri. seolah-olah mereka bersubahat dalamkes ini.

Merdekakanlah daya fikir kita, nyatakan yang benar walaupun ianya pahit untuk kepentingan dan pembangunan negera, sampai bila, pemimpin, ahli dan penyokong UMNO / BN perlu bertindakan sedemikian rupa. Ingatlah rakyat sudah mula sedar dari lamunan selama 52 tahu. Daya fikir yang jumud masih di tanggong oleh ahli dan pengikut UMNO, tapi kerabag BN yang lain sudah mula memerdekakan daya fikirkan mereka

Thursday, August 20, 2009

PERMATANG PASIR - PASIR SALAK - KOD ETIKA RENDAH

Kini negara telah bermandikan satu demi satu permasalahan yang di mainkan oleh pemimpin politik. Permasalahan yang bersar ialah berkaitan dengan kredibiliti seseorang pemimpin, atau pun bakal calon yang akan memikul amanah untuk meneraju kepimpinan negara dan menjadi sorang manusia yang boleh diharapkan. Pembongkaran demi pembongkaran akan dibongkarkan. Pada masa satu ketika, rakan niaga, apabila tersepit rakan akan menyatakan yang sebenarnya.

Implikasai dari PRU12, dengan di ikuti PRK yang kelapan di Permatang Pasir ini, terbukti berjaya memaparkan salah laku dan berintegriti yang rendah kepada kepimpinan UMNO. Lepas satu-satu peristiwa dan tragedi serta salah laku di papar atau di ketengahkan.

Rupa-rupanya memang benarlah untuk menjadi sorang pemimpin dalam kepimpinann UMNO " putar belit " mesti pandai, main cakap mesti hebat, tipu muslihat perlu di tahap yang membanggakan. Perangai dan disiplin diri mesti rendah. Apa kurangnya kalau nak dikirakan Calon BN di Permatang Pasir dengan Pemimpin di Pasir Salak. Kalau Permatang Pasir pernah pecah amanah Pasir Salak pernah kena tangkap di Genting Highlangs.

" SENOHONG GELAMA IKAN DURI, PANDAI CAKAP BOHONG LAMA-LAMA JADI MENTERI "

Tengku Razali - pemimpin UMNO veteran juga terkejut dengan pemilihan Rohaizat Othman untuk di ketengahkan, apakah kini UMNO memang memuja atau memang semua pimpinan di cawangan, bahagian dan MKT perlu bersikap dan memiliki perangai yang sedemikian, perlu pecah amanah, perlu pandai berjudi, perlu menjadi penghuni di kelab-kelab karaoke.

Kita rasa sedih dengan apa yang dimilik oleh Sdr. Rohaizat, usia bagitu muda, berpelajaran tinggi, jawatan baik tapi tersalah langkah dengan menyertai UMNO, kerana dengan menyertai UMNO sikap dan perangai seseorang itu boleh berubah dari biasa mengamal perintah Allah lambat laun akan meninggalkan setiap perintah yang diperintahkah olah Nya. Kesian kepada ahli Koperasi Pekebun Getah, itulah wang yang ada untuk memperolehi esset tapi mereka yang di pertanggongjawabkan tidak amanah, maka punahlah harapan dan masa depan koperasi.

Selepas PRK di Permatang Pasir ni, berkemungkin besar akan ke Seputeh di Kedah pula, dah diberikan tanggongjawab tapi tak tunaikan tanggongjawab, apa nak jadi dengan pemimpin UMNO. Tapi yang anehnya kebanyakkan PRk semua di negeri di bawah pentadbiran PR. bila pula agaknya akan diadakan di negeri-negeri bawah BN.

Tuesday, August 18, 2009

DULU, KINI & SELAMA-LAMANYA 2 - TIDAK RELEVEN LAGI

Sejak diadakan PRK selepas PRU ke 12, PRK yang agak aman dan tenteram hanyalah berlaku di PRK Penanti. Kenapa ianya berlaku sedemikian? Apakah keadaan di Penanti tidak memberikan apa-apa pengertian kepada setiap masyarakat khususnya ahli-ahli politik, kenapa kerahan tenaga polis tidak begitu di pentingkan, kerana anggota keselamatan hanya bertugas untuk menjaga keselamatan sahaja.

Kita lihat dan renungkan, pihak SPR juga sudah penat dan leteh kali ini sudah 7 PRK diadakan, bagitu banyak peruntuka perlu disediakan. Tapi malang bagi penduduk di Penanti kerana tidak ada projek " Maggi " yang disediakan, bantuan keperluan harian juga tidak dibekalkan, murid-murid sekolah juga gagal untuk mendapatkan manafaat seperti apa yang belaku di Manek Urai, tiada pemimpin yang hadir untuk membantu orang kampong, kalau petani ada pembantu, kalau penoreh dan pembantu kalau tak ada anak, pada waktu itu ada anak angkat, makanan sentiasa tersedia, semua kemudahan hak milik kerajaan Malaysia turut sama membantu - kita lihat sahaja di semua PRK kecuali di Penanti.

PRK Penanti seolah-olah tidak diperlukan oleh setengah pihak, PRK cukup tenang, manusia berunifom biru tua ada tapi tak ramai, kerana kehadiran mereka juga perlu untuk ketenteraman, semua orang tau, tak payah teka di semua PRK mesti melibatkan UMNO/BN cuma di Penanti mereka cuba menarik diri kerana sudah tahu pasti tidak menang bukan kalah.

Apakah PAS sudah tewas, apakah rakyat sudah mula termakan dakyat UMNO / BN untuk meraih dan ada rasa simpati kepada mereka? Walau pun hanya dengan kurang 100 undi, PAS boleh berlagak sombong kerana, peperangan itu bukan PAS lawan UMNO / BN tapi PAS bertembong dengan Kerajaan Malaysia. Semua agensi kerajaan dan separoh kerajaan di kerahkan untuk bertugas dan memastikan kemenangan memihat kepada UMNO / BN, bilik gerakan pejabat milik kerajaan menjadi bilik gerakan UMNO. jadinya memanglah PAS kuat dan kemenangan tersebut melambangkan PAS masih dan sedang diterima oleh semua piha.

Kini di Permatang Pasir, belum apa-apa pun ugutan telah kedengaran, nak projek mesti memastikan kemenangan memihak kepada UMNO, kalau tak dapat Permatang Pasir cukuplah kepada peti undi yang memberikan kemenangan dalam PRK ini. Kawasan Peti Undi yang memihak kepada UMNO / BN akan diberikan dan disediakan projek. Kenapa cara ini harus berlaku? Kenapa ugutan sentiasa di laksanakan? Apakah kepimpinan UMNO tidak ada akal untuk berfikir dan memberikan ruang berfikir untuk rakyatnya?

Jadi jika dikaitkan dengan apa yang terjadi di semua PRK kecuali di Penanti, jelas jika pertandingan di PRk itu melibatkan UMNO / BN kekecohan memang tidak dapat dinafikan, agaknya memang mereka merancang untuk mengadakan kekecohan, kenapa harus demikian, kini yang terbaru, kenapa Pemuda UMNO pula mendakwa dah ujudnya pengundi hantu, kankah sudah lama di maklumkan, tapi mereka UMNO / BN menidakkan.

Kepada kepimpinan UMNO / BN hanya satu cadangan dan pandangan kenapa kita tidak perlu berfikiran terbuka, rakyat telah pun di didik dengan berbagai-bagai " thingking " jadi sudah tentu daya fikir mereka tidak seperti 50 tahun yang lalu, tapi kenapa daya fikir kepimpinan UMNO masih seperti 50 tahun yang lalu, untuk adalah lebih baik " dulu, kini selama-lamanya" cogan kata ini di tukarkan saja dengan cara fikir orang di zaman ICT ini.

Monday, August 17, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP - 6

16- Leadership development is a lifetime journey - not a brief trip - John C. Maxwell

I believe this now more than ever. About fifteen years ago, I though I had a handle on leadership No doubt, I did understand some significant leadership principles. But the more I grow, the more I recognize that my own leadership development will take a lifetime. it's not something we can pick up from a weekend conference. We must commit out lives to it.

17- The test of leadership: Turn around and see if anyone is following you - John. C Maxwell.

This is the acid test of leadership. If you want to evaluate your own leadership, look at the people following you. Is anyone following? What kind of people to you attract? Does your vision compel people to follow? Are they committed to the vision? This is a simple series of questions every leader should ask himself.

18- My responsibility is to be a supervisor, not a super-worker - Fred Smith

Sometimes when we experience growth in our organization, we forget that our role as a leader must evolve too., The larger our organization grows, the less we can do by ourselves. We must commit ourselves to the task of oversight, or we will be overworked. While we must always model work, out chief task is empowering others to work.

The Power of Leadership - John. C. Maxwell

Thursday, August 13, 2009

PENGKHIANAT MLM PENDUSTA

Kita akan terus bincangkan masalah Melayu di kala ini. Siapa yang benar dan siapa pula yang dikatakan pengkhianat. Dari kaca mata UMNO dan seluruh NGOs yang berkiblat kepada UMNO termasuk DPMM - Perak, semua menuduh DSAI yang menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negera. Tapi sebaliknya dari pihak pembangkang tidak pula menuding jari kepada kepimpinan negera terkini mengatakan mereka pengkhianat, perasuah dan penyalah guna kuasa.

Sebaliknya, semua pandangan dan pertududan di kemukakan dengan bukti-bukti yang cukup jelas dan nyata sekali. Seperti PKFZ, Khair Toyo, Trageji Gadis Monggolia, dan penafian kes liwat DSAI, semuanya di kemukakan bukti untuk pengesahan sama ada ianya berlaku mau pun sebaliknya.

Cuba kita ambil contoh, kes DSAI dengan Shaiful, semua pihak termasuk Hospital termasuk pakar perubatan di Puswari dan HKL mengesahkan tidak ada kes dalam hal Shaiful di liwat, tapi kenapa perlu di bicarakan, apakah soerang peguam boleh mengatasi kepakaran seorang doktor, dalam masalah kesihatan dan sakit seorrang itu, kan kah ini yang dikatakan satu permuafakatan yang licik dilaksanakan untuk membunuh seseorang yang tidak di senangai, semua pertuduhan dan pembuktian jelas salah laku pegawai dan kakitangan kerajaan tapi oleh kerana mereka berkhidmat dengan pemimpin yang rakus dan sombong, tingkah laku mereka di tenggelamkan sahaja.

Dimana kes " correct, correct, correct ", dah selesai ke siapa yang bersalah dan siapa yang di penjarakan? semua orang tau.

Kepada DPMM ( dewan perniagaan Melayu Malaysia ) mereka sepatutnya menyokong dan mesti bersekongkol dengan kepimpinan dan kerajaan kalau tidak rezeki akan punah, tidak ada siapa nak bagi projek lagi. Sokongan merek bukan kerana benar tapi kerana projek.

Kenapa ini harus berlaku di zaman ini, kenapa mereka tidak bertindak atas kebenaran, kenapa kezaliman menjadi satu kemestian, adakah untuk terus hidup dan terus menjadi pemimpin seseorang itu perlu meneruskan " kemunafikannya " tepuk dada dan berfikirlan untuk kebaikan.

LEADER MUST LIVE WITH PEOPLE TO KNOW THEIR PROBLEMS, AND LIVE WITH ALLAH IN ORDER TO SOLVE THEM - The Power of Leadership.

Wednesday, August 12, 2009

DSAI, MAHYUDDIN DAN RIBUT TAUFAN

Suara dan herdikatan " anwar pengkhianat " terus di kemundangkan oleh ahli-ahli UMNO yang bertindak bagi pihak ketua mereka, pencetus " anwar pengkhianat " ialah TPM / Menteri Pelajaran. Tan Sri Mahyuddin Yasin. Semasa Anwar menjawat jawatan TPM dan di khianati dan di terajang keluar oleh Tun M, Mahyhuddin adalah antara pemimpin UMNO yang bersama-samanya, Mahyuddin hadir memberikan semangat dan dorongan agar Anwar dapat menerima tragedi tersebut sebagai satu qada' dan qadar untuk nya.

Muafakat antara mereka ketika itu amat intim, tapi qada' dan qadar juga yang menentukan waktu ini semasa menjawat jawatan TPM, Mahyuddin perlu menunjukkan sikap menyebelahi Najib pula, kerana pada ketika ini Najib adalah PM, kegagalan untuk memberikan sokongan dan dokongan untuk Najib pasti menjadi penghalang kepada kecapaian untuk bergerakan lebih cemerlang dalam arena politik.

" kill or to be kill " adalah kata-kata yang sinomim dengan orang-orang politik. Siapa cepat, siapa pantas, siapa pandai bermuka-muka akan berjaya dalam politik. Lihagt saja Zahid Hamidi, walau pun turut sama di tangkap semasa Anwar kena tangkap, tapi cepat sedar dan terus memberikan sokongan kepada TUN M maka masa kini beliau hidup dengan cerah, berjaya pula bermesra dengan pemimpin Israel. Malahan tindakan Zahid dianggap sebagai wira melayu yang berani berdepan dan menganggah menteri israel tersebut. Apakah yang akan terjadi jika DSAI yang berjumpa dengan orang Israel? Pasti sebulan cerita ini disiarkan untuk tatapan umum. Sah Anwar adalah Pengkhianat.

Kenapa, ahli- dan pencaci UMNO masih tidak dapat membezakan antara buruk dengan elok, antara kaca dan emas, antara salah dan betul, antara batu dan permata, antara rasuah dan sumbangan, antara komisyen dan entah apa lagi, kenapa kekeyaan yang dilaporkan mereka tidak ingin lansung untuk menyiasat, kenapa mereka mengizinkan kelakuan buruk perangai ini berlaku di kalangan kepimpinan mereka. Kenapa mereka mengiakan saja perilaku tersebut.

Balik kepada kisah Mahyuddin dan DSAI, Mahyuddin janganlah begitu keterlaluan menuduh yang bukan-bukan, kerana masing-m asing tahu arah cara perjuangan yang telah dimainkan antara satu sama lain. Kalau di bandingkan ketahanan diri antara Mahyuddin dan Anwar - seperti langit dan bumi, Tan Sri Mahyuddin kalau tak mau bermaafan cara terbuka dengan Anwar mohonlan kemaafan melalui doa selepas sembahyang, kerana Allah itu maha pengampun- Tan Sri juga pasti maklum dan dapat menilai kepimpinan antara DSAI dengan Najib, Khir Toyo, Muhamad Taib, Annuar Musa, Hishanmuddin hatta dengan Khairi Jamaluddin. Agaknya atara mereka dengan DSAI siapalah yang patut di lebalkan dengan " pengkhianat "

Politik akan berubah dan bertermu di mana-mana ada keperluan nya nanti. Bagaimana jahaatnya Rais Yatim, memutar belitkan keperluan dan hak royaliti minyak semasa PAS memerintah Terengganu tempoh hari. Bukan kah Rais telah menjadi " pengkhianat " kepada semua orang Terengganu, tak kira mereka orang PAS mau pun UMNO atau lain-lain parti.

Langit tidak selalu cerah, sampai masanya langit akan mendong dan hujan akan turun dan kadang-kadang hujan di iringi oleh ribut taufan. Kemana kita nak lari. fikir-fikirlah untuk kepentingan bersama.

Tuesday, August 11, 2009

REPLIKA NAJIB, KINI NAJIB MERENCANA UNTUK KALAHKAN UMNO

Apa lagi nak kata, dulu DSAI dimaki hamun kerana terpampang potrait di Batu Cave, semua pihak menuduh, mengkirit malahan ada yang memfitnah inilan orang yang akan menjualkan bangsanya. Tak sedar diri. Dari sekecil-kecil pemimpin hingga lah mereka yang bertaraf mufti semua menyelar dan mengeluarkan fatwa. Kini apa nak jadi?

Najib dikalungkan dengan kalungan yang sebenar anak biri-biri, di apit dengan gadis-gadis peranakan Monggolia, siapa yang berani nak tegor, siapa yang berani buat kenyataan, dimana hilangnya mufti, dimana hilangnya kepimpinan NGOs yang bertaut kepada UMNO, GPMS, Perwaris, BBPM, sdr. Brahim Ali, buatlah kenyataan dan berikan pendapat khusus tentang yang berlaku kepada Najib.

Berdirilah dengan kaki yang kuat untuk menyatakan sesuatu dan bukan menyelar satu-satu individu untuk kepentingan peribadi.

Padan muka, mana nak sorokkan muka, di mana media cetak perdana, apakah akan tersiar gambar ini di dada-dada akhbar perdana kelak. Kalau di siarkan pasti penerbit akan di tamatkan perkhidmatan mereka. Najib kini terperangkap dengan tindakan beliua sendiri. 100 hari kedua yang penoh dengan dukacita.

Satu lagi isu untuk Permatang Pasir. Isnyaallah Permatang Pasir akan mencatat satu sejarah kegemilangan menjelang PRK nanti. doakan untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Monday, August 10, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP - 5

13- You cannot push anyone up the ladder unless he is willing ti climb a
little - Andrew Carnegie


No one can succeed for you. Succdess isn't gift to be given away. Believer me,
I have tired many times to " jump start " one of my stafff, just to help them
make it beyond where they miht have gone alone. Some responded and reose to the
challenge. Others, despiter my optimism, wsere unbale of uneilling to climb s
step up the ladder.


14- An important question for leaders: " Am i building people, or
building my dream and using people to do it?" - John c. Maxwell


Jack Hauyford taught me something yeare ago. He said, " our goal isn't to
build a big mosque - but, to build big people. " If we invest in people and
develop- them into mission-driven disciples, we will see our dream for the
mosque accomplished. People quickly ascertain whether we are building them or
using them.

15- Leadership is not wielding authority - it's empowering people -
Becky Brodin


Too many leaders make the mistake of thingking when they reach the top, it
means they can use thier position and power to force certain behaviors from
their subordinates. We've all make the statement, " if / were in charge -
things would be different ... " Howerver, leadership is not about a power trip,
but about giving power to the people under you. It's about giving them the tools
they need to do the job.

BERBUKA PAUSA, JAMUAN TARAWIH, SUNAT SAHOR - TAJAAN UMNO

Sepanjang awal Ramadhan ini, penduduk di Permtang Pasir pasti akan menikmati Ramadhan dengan penoh rasa di pertanggongjawabkan oleh pihak kerajaan, penduduk dan surau-surau sudah pasti keramaiannya akan bertambah, penyokong, pengundi, peraih undi, penceramah dan lain-lain jenis manusia yang berminat dengan " SISTEM DEMOKRASI " bikinan Malaysia pasti membanjiri Permatang Pasir.

Majlis Sunat Sahur, majlis berbuka puasa, jamuan selepas sunat tarawih pasti di taja oleh mereka yang tertentu. Penaja-penaja ini akan memastikan setiap pengundi yang hadir, hadir dengan ceramah dan menetapkan pendirian bagi menentukan sama memberi kemenangan seterusnya kepada PAS ( PR ) atau sebaliknya kepada UMNO ( BN ) dalam PRK ke lapan ini.

Bagi PR, PRK kali ini sudah tentu ingin memastikan kemenangan ke 7 dari 8 PRK. Bermula dari Permatang Pauh, Ke Kuala Terengganu, singgah di Penanti, balik ke Bukit Gantang serta ke Bukit Selambau bergerak ke Penanti dan terhenti di Batang Ai ( Sarawak ), serta berjaya dengan bangga di Manik Urai ( kenapa bangga - kerana UMNO banyak menghabiskan duit kerajaan untuk memejoritikan hanya 65 undi sahaja )

Walaubagaiman pun, sepanjang dari 17 ogos hingga 25 ogos, insyallah Ahli PAS dan Ahli UMNO akan menunaikan rukan Islam ke 3 - berpuasa di bulan ramadhan. Untuk itu, mulut, mata, telingan dan setiap gerak geri, setiap ungkapan percakapan perlu berhati-hati agar ianya tidak memudaratkan amalan puasa yang di jalani.

Kepada, pemilih di DUN Permatang Pasir, yang dulu 2008, PAS memonopoli hampir 6 ribua majoriti, yang pasti pada kali ini perlu dipertingkatkan lagi, TAPI YANG PENTING MESTI MENANG. Jadikan Permatang Pasir sebagai kawasan yang membencikan UMNO, segalan apa yang berlaku di Manik Urai, kita lupakan terus, biarkan MU dengan strategi kegelojohan UMNO dan PS pula tempat kita membalas ingauaan riang pemimpinan UMNO dengan penambahan majoriti kemenangan.

LAWAN TATAP LAWAN, PASTI KEMENGAN MEMIHAK KEPADA PAS ( PR )

Sunday, August 9, 2009

ANWAR & RAJA GULA - PENGKHIANAT NEGERA

Satelah Anwar di kurniakan dengan gelaran " pengkhianat " bangsa kini raja gula pula diberikan gelaran tersebut kerana memastikan pengedaran gula di tanah air dapat disekat untuk kepentingan semasa demi strategi untuk menaikan harga. Kini kedua-dua " pengkhianat " tersebut memainkan peranan masing-masing untuk kepetingan tersendiri.

Raja Gula - sudah tentu pengkhiana tannya akan menguntungkan diri, apa tidaknya apa bila kerajaan bersetuju untuk menaikan harga gula, yang dapat faedah ialah syarikat perniagaannya. yang sengsara berterusan ialah pengguna, tampahan bula kesesakannya pada awal Ramadhan dan sudah tentunya menjelang Syawal, Kenapa agaknya krisis bahan makanan ini berlaku semasa zaman dan bulan dimana orang melayu amat memerlukan. Boleh ditakan setiap tahun ianya terjadi.

Tapi bagi Anwar hanyalah orang umno saja yang melebalkan beliau pengkhianat, malahan ada kalangan mereka yang sanggup terus terus melembar tuduhan yang lebih dahsyat, seperti meliwat dan sebagainya, apakah mereka sudah hilang pedoman dalam kehidupan?

Zaman ini kalau kita cuba menyatakan kebenaran, cuba menelanjangi satu-satu isu, cuba menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pemerintah, sudah pasti kita tidak selesa dengan kehidupan harian. bagaimana dengan memaparkan kepincangan yang sedang berlaku kini seseorang itu dituduh pengkhianat. menyatakan sesorang itu melakukan rasuah, kita pengkhianat, mendesak agar melakukan satu-satu kebaikan, kita juga dikatakan pengkhianat.

Sebaliknya mereka yang penyokong kepada kedurjanaan, kejahatan, bersyubahat melakukan rasuah, salah guna kuasa mereka pula yang akan di sanjungi, kankah ini satu perkara yang sungguh tidak baik. Apa kata pemimpin itu yang akan di sokong. kalau pemimpin kata, khianat, semua ikut kata khianat.

Apa salahnya, kalau pertuduhan salah laku yang dilakukan itu, dengan kuasa gerakan pemuda, wanita, dan puteri serta putera kita paksa kepada setiap mereka yang melakukan kesalahan buktikan yang kita bersih. Seperti pertuduhan kepada Khir Toyo, sepatunya badan sokongan Pemuda, Puteri, Putera, Wanita serta MAGARAN memaksa sdr. Khir untuk kededapan dan buktikan yang pertuduhan itu palsu. Barulah kita berikan sokongan untuk beliua. itu sokongan yang sejati, bukan sokongan membawa rebah.

PAS Selangor, telah menyuarakan dihadkan jualan arak di kawasan Melayu, dapat tentangan dari bukan Melayu, kenapa UMNO mencabar untuk keluar dari PR. sepatutnya UMNO memberi sokongan kerana zaman UMNO memerintah, UMNO lansung tidak berani bersuara kearah itu, malahan pernah seorang Mufti dipecat semata-mata kerana tegoran arak dan ratu cantik. UMNO banyak bercakap untuk kepentingan politik, memang UMNO tidak iklas dalam perjuangan.

Tuesday, August 4, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP - 4

10- Vision is the art of seeing things invisible - Jonathan Swift

One of my favorite stories of possessing vision is about Walt Disney. Because Walt Had
passed away before the Grand Opening of Walt Disney world. Mrs. Disney was asked to
appear on the stage at the opening ceremony. When she was introduced to come to the
podium and greet the crowd, the master of ceremonies said to her, " Mrs. Disney - I just wish
Walt could have seen this!" Mrs. Disney simply responded " He did!"

11- Pay now, play later, play now, pay later - John C. Maxwell

I learned this simple Truth from my dad. It's helped me to discard the notion of immediate
gratification hundreds of time over the years. If I choose to pay the price for my dreams
now. I'll enjoy the rewards of those dreams later. However, if I choose to play now, I may not
have the opportunity for reward later. I'll be too busy playing the price.

12- Failure to prepare is preparing to fail - Mike Murdock

Oh, I have found this to ber true! I want to be prepared for very event I face. That's why I
read. that's why I listen to tapes. It's why I study. It's why I dialogue with staff, I want o
reduce the " surprise factor" as much as possible - life it self presents enough surprises. even
for the thoroughly prepared. when I fail to prepare in one areas. I set myself up for potential
failure in other ares as a well.
The Power of Leadership - John C. Maxwell

MAGARAN - RAKAN TERBARU UMNO

Kenapa masih ada kalangan kepimpinan NGSs yang sanggup menggadai maruah diri, dengan meletakkan daya fikir, daya faham, daya ingatan, daya imiginasi yang tak setanding dengan apa yang sepatutnya. Kita perlu menyetakan yang sebenar dan bertanggongjawab membetulkan setiap keselahan yang dilakukan. Tapi kenapa di zaman yang penoh dengan " maklumat " di cari dengan hujung jari, dunia sudah tanpa sempadan masih ada kalangan masyarakat yang sanggup menodai diri sendiri. Meletakkan daya fikir, daya juang di kepala lutut, daya fikir dijumudkan.

MAGARAN ( Majlis Gabungan NGOs Pembela Negara ) sudah pasti kepimpinan mereka dari kalangan orang pandai, mungkin ada antara mereka ngaji tinggi sampai puncak pengajian, mungkin ada yang berjawatan hebat sama ada di peringkat swasta mau pun awam, mungkin juga ada kalangan mereka dari wakil rakyat ( khususnya UMNO )atau pun apa-apa jawatan, tapi anih mereka meletakkan diri mereka digunakan seolah-olah mereka langsong tidak boleh berfikir, seperti orang sudah terkena dengan jampi khayalan. Kerana apa, kerena mereka sudah tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak tau mana baik dan buruk, mana silap yang mana betul.

1Malaysia, maknanya tiada apa-apa beza lagi antara bangsa-bangsa yang ada di Malaysia, semua sama, hak masing-masing ada dan ianya berlandaskan perlembangaan negera, berlandaskan undang-undang tubuh negera, sudah pasti hak setiap kaum di negera ini perlu di pelihara. Jadi apa salah setiap tragedi dari mana-mana kaum sekalipun ianya perlu di pertahankan. Kehilangan nyawa dengan cara yang mencurigai perlu di cari penyebabnya.

Kini negera terus bermasalah, kepimpinan terus cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat, rakyat pula sudah boleh menerima yang salah dan menafikan yang benar. kenapa agaknya MAGARAN tidak mendesak kerajaan siasat kes Khir Toyo, peristiwa rampasan kuasa di Perak, pertuduhan terhadap PM yang kita cintai, PM telah di rosakan namanya diperingkat antara bangsa di mana MAGARAN, kenapa tidak mempertahankan PM yang diperlakukan sedemikian? Apakah kepimpinan MAGARAN hanya akan menunjukan diri jika pihak pembangkang menyatakan sesuatu isu yang perlu dibaiki, kena batang hidung kepimpinan kesayangan baru nak tunjukan diri.

diperturunkan bebarapa salah laku yang telah terlaksana yang bagitu menyedihkan rakyat khususnya orang Melayu:
1- penjualan Pulau Pangkor Laut - kini milik Francis Yeoh.
2. tukar hak milik Pulau Redang/ Tioman - Vincent Tan.
3. Banyak hartanah syarikat milik rakyat Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel
Majestic- kini milik Francis Yeoh.
4. Bukit, gunung-ganang, tanah tinggi Genting - kini milik Lim Goh Tong.
5. Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor seluas 25,000 ekar, tanah rizab Melayu yg
dijual ke Singapura, dan kini dikawal pasukan keselamatan republik pulau pura-
pura itu.

Jika ada kalangan pelayar blog ini dari kalangan MAGARAN cuba siasat perkara tersebut sama ada benar ataupun dusta. Atau buatlah siasatan setiap apa yang dinyatakan oleh setiap pemimpin pembangkang atas salah laku kepimpinan negara kini. Tugas pembangkang mencari kesalahan tapi MAGARAN pula cubalah laksanakan tugas dengan mengumpul bukti sejauh mana pertuduhan itu ada kebenarannya.

Jika cara ini dapat dilaksanakan ( salah laku di tunjulkan, ada pula badan bebas yang menyiasat ) kemudian laporkan. Sudah pasti mereka yang bersalah tidak akan melakukan kesalahan di masa akan datang. Tapi kini MAGARAN tersilap langkah dengan bersetuju dengan apa yang dibuat oleh pemimpin yang melakukan kesalahan.

APAKAH INI PERANAN MAGARAN - untuk kebaikan bersama- fikirlah untuk masa depan anak bangsa serta negera yang kita cintai ini.

UTUSAN MELAYO - PENGKHIANAT MINDA

Kini pertengkaran terus hebat, hebat dan seterusnya akan memastikan yang ditelanjangkan ialah orang melayu, satu pihak menuduh satu pihak yang bersalah, Si A kata si B, dan Si B kata si A yang bersalah. Apa salahnya kita dongakkan kepala, buka minda, berfikiran seperti orang yang mempunyai fikiran yang waras.

Kepada semua NGOs, tak kira yang pro dan kontra dengan kerajaan juga berfikirlan dengan waras, buka minda, lapangkan dada lihat sendiri di mana rasionalnya setiap tindakan yang diambil, dan janganlah kita menuduh dan menyokong tanpa berfikri, berfikirlan wahai pemimpin negera ku, baik yang melayu, cina mau pun india. perperangan antara dua pro dan kontra kepimpinan yang merasakan pedih dan sakitnya ialah rakyat.

Kepada kepimpinan kerajaan dan NGOs yang menyokong kerajaan, buktikanlah kebenaran yang perlu dilihat dan ditunjukkan kepada semua pihak, seperti betul atau sebaliknya tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani banyak isu, seperti penglibatan badan-badan kerajaan dalam mainan politik, apakah itu yang sepatutnya dilakukan oleh PDRM, SPRM, SRP, Mahkamah, jika itu sepatutnya dilakukan, apakah ianya releven dengan perundangan negara yang termaktub dalam perlambangaan dan perundangan negara yang perlu dipatuhi dan menjadi tiang seri di RUKUN NEGARA. Kita mesti berfikiran terbukan. Jika ianya salah, kepimpinan NGOS penyokong kerajaan perlu memainkan peranan untuk membaiki kesalahan tersebut bukanya menyokong tindak tanduk tersebut.

Apakah memenjarakan mereka yang tidak bersalah itu betul, apakah membicarakan mereka yang tidak bersalah itu betul, apakah memberikan wang sogokan itu betul, apakah amalan rasuah itu betul. Berkaitan dengan ISA, kenapa selepas tidak lagi memimpin negera TUN DOLAH, TUN MAHATHIR turut mengesorkan agar ISA itu di kaji dan diperbaiki, kenapa selepas tidak berjawatan baru sedar?

Kepada, mereka yang membangkang cuba terus meyakinkan rakyat dengan kesalahan yang di amalkan oleh pemimpin, kesalahan demi kesalahan yang dibuktikan terus mendapat dan diyakini oleh rakyat.

Jadi pemimpin dan NGO kerajaan perlu berfikir, janganlah menyokong yang salah berikanlah tunjuk ajar kepada pemimpin yang telah melakukan kesalahan, jangan jadi perumpamaan " lunci akan terjun dengan labu-labunya "

Sunday, August 2, 2009

KPI - KALANGAN GB/PENGETUA SATU IMPIAN NGERI

Pengurusan kenaikan kalangan kakitangan perkhidmatan awam memang sentiasa di pertikaikan, cuepec, telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menangai isu ini, malahan apa saja berkaitan dengan perkhidmatan awam badan ini perlu dan sentiasa memainkan peranan untuk kepentingan mereka yang perlu diberikan perhatian.

Pernah ujud SSB ( sistem Saraan Baru ) ujud kenaikan dan anugerah MELINTANG DAN MENEGAK SERTA MENDATAR, Dalam pengurusan pendidikan pihak Ketua Pengarah pula lebih pandai dengan menambah pada anugerah tersebut seperti MENDATAR DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG , MENEGAK ATAU PUN MENDATAR TITIK. Tapi kecemerlangan ini tidak membawa apa-apa anugerah. Terus dipertikaikan kerana ada unsur-unsur pilih kasih, akhirnya sistem ini di talqinkan di gantikan dengan SSM ( sistem Saraan malaysia ) ianya diujudkan pula APC ( Anugerah Pencapaian Cemerlang ) juga dipertikaikan.

Kenapa dipertikaikan, selagi manusia di kenali dengan manusia selagi itulah sikap dan buruk berangai yang tak mau patuh pada garisan panduan terus dilaksanakakan. kenapa demikian, kerana ketua jabatan sentiasa mengamalkan " PILIH KASIH " kadang terlalu pilih kasih yang dipilih mesti mereka dari kalangan yang setiasa menyanjung keris puasa turun temurun, kepada kalangan yang mencintai alam maya waktu malam dengan bulan terang pasti seperti kata bidalan ' PUNGGUK MERINDUKAN BULAN '

Kini kenaikan pangkat berdasarkan PPU ( petunjuk prestasi utama ) dalam bahasa PPSMI ialah KPI, KPI ini pula berdasarkan penghasilan dalam Bidang keberhasilan Utama Negera ( NKRA )dengan berlandaskan 6 teras: mengurangkan kadar jenayah, memerangai rasuah, meluaskan aksess kepada pendidikan berkualiti, dan berkemampuan meningkat taraf hidup rakyat.

Sekali pandang memang hebat, tapi pandang dan fikirkan kali kedua, banyak kecatatan yang pastikan berlaku, camana nak kurang jenayah, jika kerja polis tidak berlandaskan kepada "corebisness" mereka lebih tugasan kepada membenteras mereka yang tidak bersalah dan mereka pula sedia mereka cipta kerja-kerja yang memihak kepada pemimpin tertentu, jenayah terus dibiarkan bemaharaja lela. berkaitan dengan rasuah, tak payah nak bincang ini memang sudah menjadi darah daging kepimpinan kala ini.

Berbalik kepada masalah peningkatan dalam pendidikan, KPPM Tan Sri Alumuddin akan memastikan setiap kenaikan pangkat akan merujuk kepada KPI dan tidak lagi mengikut kekanan. Untuk pengetahuan Tan Sri, tak payah maklumkan pun semua para pendidik telah mengetahui bahawa pemilihan akan berlaku sebaliknya, yang pasti siapa guru tersebut lambang apa yang anuti, apa buah fikiranya, kehebatan dan taat setia pada kerja bukan menjadi ukuran ketika ini.

Apa yang dibuat oleh Guru Besar & pengetua , PPD, Pengarah, Kementerian ( Bahagian Sumber Manusia ) semuanya mengikut arahan menteri. yang paling teruk adalah pemilihan di peringkat daerah, PPD ( pegawai Pelajaran Daerah ) mesti menggunakan keris yang tajam kalau tidak kedudukan mereka juga akan tergugat.

Dapatan satu cerita di sebuah daerah, dalam sebuah negeri di sebuah negara yang diperintah oleh gulongan sekularisma, untuk memilih seorang tokoh guru pun mesti memohon perkenan orang politik, kerana orang politik ini penaja utama kepada majlis penyampaian tokoh tersebut. Kan itu melambangkan otak PPD tersebut penuh dengan disaluti dengan taik, kalau tak ikut kata ahli politik tersebut peruntukan akan ditarik balik. Apa punya PPD.

Kita bersetuju dengan pandangan agar pemilihan kenaikan pangkat ikut KPI tapi perlu telus, janganlah apa yang dicadang dan rancang akan di liquidkan untuk memastikan orang pilihan mendapat tempat. Cara ini pasti akan mengecewakan lagi ramai kalangan pendidikan yang sedia bekerja dengan penoh dedikasi.Berilah peluang sama rata kepada majoriti Guru Besar / Pengetua yang telah berkhimat.

PPD mengarahkan Guru Besar / Pengetua memberikan markah prestasi yang terbaik untuk mereka yang cemerlang. hasilnya sekolah cemerlang, tapi sampai pemberian prestasi untuk guru besar / pengetua, mereka menjadi mangsa atas tindak balas pihak PPD, ini membuatkan guru penolong / guru penolong kanan dapat naik pangkat melintasi guru besar / pengetua. Kepada PPD janganlah terlalu bergantong kepada kekuatan politik, nanti yang jadi mangsa anak bangsa.

Saturday, August 1, 2009

PERMATANG PAUH - 2 DUR 2 DUN - HEBAT

Perlimen Permatang Pauh, mencipta rekod tersendiri di zaman ini, mana tidaknya, selepas PRU 12, parlimen ini telah memaksa SPR mengendali uruskan 4 pilihanraya, 2 kali peringkat parlimen dan 2 kali peringkat DUN. perlakuan ini memang tidak diduga dan tidak langsung dirancang tapi apa nak kata Allah adalah perancangan yang terbaik dalam menentukan sesuatu yang di tentukan oleh Nya.

Sebermula perletakan jawatan DSWA, sebagai pemangku AP kawasan Permatang Pauh, dan kekosongan tersebut di isi dengan pertambahan majoriti oleh DSAI, harapan ramai pihak untuk memastikan UMNO menang tipis sekali, mana tidaknya Pertamatang Pauh adalah kubu untuk DSAI, semasa dalam UMNO dulu pun beliau berjaya mengalahkan calon PAS, apa tah kini, DSAI pula sudah sebantal dengan PAS dan DAP melalui PR, sudah pasti kemengan mudah untuk nya.

Kemudia diikuti dengan satu perancangan oleh SPR dengan kerjasama SPRM yang mendapat arahan dari pihak tertentuk merancang untuk menggulingkan kerajaan PR di Pulau Pinang, ADUN Penanti di tangkap atas pertuduhan rasuah, akhirnya ADUN tersebut melepaskan jawatan ADUN dan PRU untuk Penanti di adakan, dan UMNO pula memberikan kemenangan percuma kepada PR.

Kini lagi satu DUN - Permatang Pasir, dengan kembali kerahmatullah ADUNnya Dato Hamdah Abd. Rahman, lagi sekali Permatang Pauh kawasan parlimen akan menerima kunjungan ramai orang untuk merancakan pilihanraya tersebut. Kepada allahyarham Dato Hamdan hanya ucapan takziah kepada keluarga, serta di doakan moga-moga roynya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Sepatutnya UMNO / BN tidak menjualkan diri untuk meletakan calon dalam PRK ini, memandangkan semasa PRU 12 UMNO / BN kalah kesemua kerusi, Parlimen, Penanti dan Permatang Pasir. PRk Permatang Pauh, dan Penanti juga UMNO / BN kalah jadi dicadangkan kepada UMNO / BN jangan menggatal untuk bertanding di Permatang Pasir pula, kita masih ingat berapa bilion yang dibelanjakan semasa di Manik Urai, kalah tetap kalah untuk UMNO.

Disarankan UMNO / BN memberikan penumpuan untuk menyelesaikan masalah semasa yang ditimbulkan oleh rakan pembangkang, pertuduhan Khir Toyo, PFKZ, isu PM, Stadium runtuh, masalah yang dinyatakan jelas akan memberikan kekuatan kepada pembangkang di setiap pilihan raya, kini ditambah pula dengan drama kematian Beng Hock, mana mungkin seorang yang jauh dari tingkat 14, keadaan fizikal badan macam disusun oleh pihak tertengtuk untuk tujuan mengelabui mata pengunjung.

Jom kita ke Permatang Pasir pula, selepas Manek Urai, insyaallah PR ( wakil Pas ) akan mendapat kemengangan nudah kelak. Petugas pula tidak terlalu yakin dan elakan apa yang berlaku di Manei Urai tidak berulang di Permatang Pasir, Dato Hamdan pada PRU 12 mendapat majoriti sejumlah 5433, jadinya PRK ini pasti dan perlu di tambahkan 50% jumlah undi yang patut di terima, kita gagalkan usaha UMNO / BN dengan untuk merampas semula kerusi ini. majoriti perlu ditambh dengan penambahan 50%; lagi.

Kepada UNIT amal, pastikan setiap program yang dianjurkan untuk kemenangan calon PAS perlu pengawasan yang paling maksima.

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA