WE says sorry to UMNO - 1, menceritakan bagaimana Malaysia yang menetapkan Islam sebagai Agama Rasmi tapi tidak melaksanakan dasar dan perundangan yang termaktub dalam Perundangan Islam.
Bagaimana pula dengan peranan dan tanggongjawab yang dimainkan oleh media - cetak dan elektronik - khususnya yang di perintah olah kerajaan Malaysia, Akhbar perdana seperti utasan Malaysia, Berita harian, The Star, TV 1, 2 & 3, apakah mereka telah memainkan peranan jelas untuk memaklumkan dan bertindak sebagai pengantara antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan bermaksud bukan ( BN )BN ialah parti, kerajaan ialah pentadbir sesebuah negara. Negara pula di huni oleh berbagai kaum. Dan dalam negera yang mengamalkan demokrasi berbagai-bagai parti dibenarkan. Dengan itu sepatutnya media tidak mengamalkan " double standar " dalam menyediakan berita.
Sejak kebelakangan ini didapati peranan yang dimainkan oleh kedua-dua jenis media ( cetak dan elektronik ) ini lebih memberikan fokus dan keuntungan kepada UMNO / BN sahaja. Semua isu yang dilemparkan pasti memburukkan pembangkan, kepada sidang pengarang seolah-olah sudah hilang jati diri, bertindak tidak profesional, sudah tidak mengikut etika kewartawanan. Isu kecil dibesar-besarkan, tidak ada isu di cipta dan di reka agar menjadi isu, tapi sebaliknya jika ada isu dari pihak pemerintah, terus di sembunyikan. Berdolak dalih sehingga apa yang ditulis amat memalukan.
Semua orang tahu, media sebagai alat penghubung, pembimbing, pelapor malahan sesekali boleh di ibaratkan "guru' kerana banyak pengajaran yang boleh di dapati melalui bacaan dan tontonan. Tapi malang waktu dan masa ini media sudah hilang kredibiliti tugasannya.Atas dasar itu peranan akhbar adalah sebagai penyambung, melapor, pemaklum juga sebagai pembimbing kepada setiap pembaca, setiap artikel yang ditulis di sertakan dengan fakta dan isi serta andaian yang bernas untuk tatapan dan bacaan pembaca.
Tapi apakah peranan itu pada masa kini masih releven seperti di mana negera belum merdeka, setiap tulisan berlandaskan semangat untuk memperjuangkan kemerdekaan, memberikan kekuatan serta rasa pertanggojawaban setiap rakyat untuk menyertai perjuangan kemerdekaan tersebut. Inti pasti jelas, dan akhirnya, negera mencapai kemerdekaan.
Dunia terus berubah, dari hanya ada Utusan melayu ( Malaysia ), Suara Merdeka, utusan Zaman kini negera Di negera kita telah dibanjiri dengan media cetak mengikut keperluan pembaca, orang Melayu dengan akhbarnya Cina dan India juga demikian. Akhbar bukan lagi sebagai penghubung, penyampai maklumat sebenar tapi telah dijadikan alat penghubung untuk kepentingan tertentu.
Pelaporan yang disampaikan banyak " memberikan " sokongan kepada parti tertentuk, menabor fitnah serta mengubah suai setiap kenyataan yang diberikan terutama oleh pihak pembangkang. moral penerbit, penulis, ketua pengarang sudah dikongkong untuk kepentingan orang tertentu. Dunia penerbitan terus memainkan peranan untuk apa yang dinyatakan tadi. Sebagai langkah " menentang " terbit pula akhbar tabloid yang dimilik oleh pihak pembangkang pula, peranannya agar sama dengan apa yang dilakukan oleh akhbar terbitan hak kerajaan. Pembaca menjadi delima, perlu beli kedua-dua keluaran untuk mendapatkan maklumat tetap.
Kini dunia di abad ke 21, zaman cyber, peranan akhbar dan media elektronik sudah menjadi lapok, dunia dihujung jari, maklumat cepat di dapati, baca di internate hari ini esok baru keluar di media cetak. maklumat lebih telus dan sentiasa di kemaskinikan. masyarakat menggunakan alternatif ini, kini mereka mendapat maklumat yang sudah benar.
Tapi apa yang mendukacitakan pada masa ini, peranan akhbar sudah lari dan menyimpang jauh dari peranan melapor dan memaklumkan perkara yang benar. Tulisan boleh merobohkan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada sesebuah institusi kerajaan.
No comments:
Post a Comment