Pengurusan kenaikan kalangan kakitangan perkhidmatan awam memang sentiasa di pertikaikan, cuepec, telah memainkan peranan yang cukup penting dalam menangai isu ini, malahan apa saja berkaitan dengan perkhidmatan awam badan ini perlu dan sentiasa memainkan peranan untuk kepentingan mereka yang perlu diberikan perhatian.
Pernah ujud SSB ( sistem Saraan Baru ) ujud kenaikan dan anugerah MELINTANG DAN MENEGAK SERTA MENDATAR, Dalam pengurusan pendidikan pihak Ketua Pengarah pula lebih pandai dengan menambah pada anugerah tersebut seperti MENDATAR DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG , MENEGAK ATAU PUN MENDATAR TITIK. Tapi kecemerlangan ini tidak membawa apa-apa anugerah. Terus dipertikaikan kerana ada unsur-unsur pilih kasih, akhirnya sistem ini di talqinkan di gantikan dengan SSM ( sistem Saraan malaysia ) ianya diujudkan pula APC ( Anugerah Pencapaian Cemerlang ) juga dipertikaikan.
Kenapa dipertikaikan, selagi manusia di kenali dengan manusia selagi itulah sikap dan buruk berangai yang tak mau patuh pada garisan panduan terus dilaksanakakan. kenapa demikian, kerana ketua jabatan sentiasa mengamalkan " PILIH KASIH " kadang terlalu pilih kasih yang dipilih mesti mereka dari kalangan yang setiasa menyanjung keris puasa turun temurun, kepada kalangan yang mencintai alam maya waktu malam dengan bulan terang pasti seperti kata bidalan ' PUNGGUK MERINDUKAN BULAN '
Kini kenaikan pangkat berdasarkan PPU ( petunjuk prestasi utama ) dalam bahasa PPSMI ialah KPI, KPI ini pula berdasarkan penghasilan dalam Bidang keberhasilan Utama Negera ( NKRA )dengan berlandaskan 6 teras: mengurangkan kadar jenayah, memerangai rasuah, meluaskan aksess kepada pendidikan berkualiti, dan berkemampuan meningkat taraf hidup rakyat.
Sekali pandang memang hebat, tapi pandang dan fikirkan kali kedua, banyak kecatatan yang pastikan berlaku, camana nak kurang jenayah, jika kerja polis tidak berlandaskan kepada "corebisness" mereka lebih tugasan kepada membenteras mereka yang tidak bersalah dan mereka pula sedia mereka cipta kerja-kerja yang memihak kepada pemimpin tertentu, jenayah terus dibiarkan bemaharaja lela. berkaitan dengan rasuah, tak payah nak bincang ini memang sudah menjadi darah daging kepimpinan kala ini.
Berbalik kepada masalah peningkatan dalam pendidikan, KPPM Tan Sri Alumuddin akan memastikan setiap kenaikan pangkat akan merujuk kepada KPI dan tidak lagi mengikut kekanan. Untuk pengetahuan Tan Sri, tak payah maklumkan pun semua para pendidik telah mengetahui bahawa pemilihan akan berlaku sebaliknya, yang pasti siapa guru tersebut lambang apa yang anuti, apa buah fikiranya, kehebatan dan taat setia pada kerja bukan menjadi ukuran ketika ini.
Apa yang dibuat oleh Guru Besar & pengetua , PPD, Pengarah, Kementerian ( Bahagian Sumber Manusia ) semuanya mengikut arahan menteri. yang paling teruk adalah pemilihan di peringkat daerah, PPD ( pegawai Pelajaran Daerah ) mesti menggunakan keris yang tajam kalau tidak kedudukan mereka juga akan tergugat.
Dapatan satu cerita di sebuah daerah, dalam sebuah negeri di sebuah negara yang diperintah oleh gulongan sekularisma, untuk memilih seorang tokoh guru pun mesti memohon perkenan orang politik, kerana orang politik ini penaja utama kepada majlis penyampaian tokoh tersebut. Kan itu melambangkan otak PPD tersebut penuh dengan disaluti dengan taik, kalau tak ikut kata ahli politik tersebut peruntukan akan ditarik balik. Apa punya PPD.
Kita bersetuju dengan pandangan agar pemilihan kenaikan pangkat ikut KPI tapi perlu telus, janganlah apa yang dicadang dan rancang akan di liquidkan untuk memastikan orang pilihan mendapat tempat. Cara ini pasti akan mengecewakan lagi ramai kalangan pendidikan yang sedia bekerja dengan penoh dedikasi.Berilah peluang sama rata kepada majoriti Guru Besar / Pengetua yang telah berkhimat.
PPD mengarahkan Guru Besar / Pengetua memberikan markah prestasi yang terbaik untuk mereka yang cemerlang. hasilnya sekolah cemerlang, tapi sampai pemberian prestasi untuk guru besar / pengetua, mereka menjadi mangsa atas tindak balas pihak PPD, ini membuatkan guru penolong / guru penolong kanan dapat naik pangkat melintasi guru besar / pengetua. Kepada PPD janganlah terlalu bergantong kepada kekuatan politik, nanti yang jadi mangsa anak bangsa.
Homestay untuk di sewa
HOMESTAY UNTUK DI SEWA
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Sunday, August 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kini, Taman Desa Jaya, Kepong adalah satu berita yang sangat buruk kerana salah seorang ahli politik melakukan kerja kotor di Kuil Buddha dan membawa sistem politik bermain di kuil sehingga ahli masyarakat lari dan presiden Kuil ini (Samnak Sambodhi). ) ialah Datuk Yip Kum Fook yang merupakan bekas pengerusi MCA di Taman Daya , Kepong dan pengerusi MCA Gombak
ReplyDeleteLelaki ini (Datuk Yip) selalu menelefon polis untuk menangkap sami Buddha dan menutup pintu Kaabah untuk tidak membenarkan sami Buddha masuk untuk menginap, semua sami Buddha terpaksa menyewa hotel untuk seketika...Mr Tan dan Kelemahan Encik Wah pada hari itu, pasukannya, samseng dan dua anggota polis datang mengganggu Ven. Phra Piyadhamma (Pulau Pinang atau bekas CID dari Singapura)
Sejak kejadian itu, ramai penganut meninggalkan kuil kerana di kuil, mereka melakukan perkara yang tidak baik, kini jawatankuasa mengambil sami Buddha Myanmar untuk berkhidmat kerana mereka tidak mengambil berat tentang masalah Kuil sebelum ini atau Datuk Yip Kum Fook...ini seorang yang sangat kotor kerana dia boleh menipu semua orang
Kini Datuk Yip Kum Fook dan pasukannya akan menderita dan terluka kerana ramai yang tahu apa yang berlaku...ada yang ramai tidak suka Datuk Yip Kum Fook dan dia akan tahu apakah dosa terbesar dalam agama Buddha?
Dikongsi oleh Ah Wah, Selayang Jaya
Forwarded by Khoong, Cheras