Sudah 8 PRK diadakan selepas PRU 12, hasilnya memang membanggakan untuk PR, semua kerusi yang dipetandingkan di Semananjung Malaysia di menangi oleh PR ( sama ada calon dari PAS, PKR mau pun DAP ) cuma kemengangan 'single' di Batang Ai oleh BN. Sejaran PRK pada kali ini amat unik sekali, selepas mengosongkan Parlimen Permatang Pauh oleh DSWA isteri kepada DSAI kemengangan dari PR ke PR, kemudian di Kuala Terengganu atas kematian Dato Razali, Timbalan Menteri Pelajaran dari UMNO, kemenangan perubah tangan dari UMNO ke PAS. Kemudian yang ketiga kemenangan juga berpihak kepada PAS dari UMNO di Parlimen Bukit Gantang. PRK yang tiga ini adalah di peringkat parlimen.
Yang lebihnya dari DUN Sarawak di Batang Ai, Pulau Pinang di Penanti dan Permatang Pasir, Kedah di Bukit Selamba dan Manek Urai di Kelantan. Apa yang peliknya, dalam PRK ini cuma Batang Ai dan Kuala Terengganu saja yang diperintah oleh UMNO / BN selebihnya alah negeri-negeri Pakatan Rakyat. Selain Batang Ai, hanya Kuala Terengganu PR ( PAS ) dapat merampas kerusi dari UMNO selainnya memang hak PR ( PAS atau PKR )
Selepas kekalahan di Permatang Pauh, tekanan dan penggunaan Polis amat ketera sekali di Kuala Trengganu mengikut laporan hampir puluhan juta dibelanjakan untuk pasokan polis sahaja. Dalam setiap PRK ini memang tidak dapat dinafikan UMNO / BN berbelanja seperti orang 'mabuk' langsung tidak mengenal erti berjimat, banyak wang ringgit kepunyaan rakyat di pergunakan. Hasilnya 'zero'.
SPR pula mengguna serta mencari jalan bagaimana proses pengundian dan sistem pilihanraya dapat membantu kemengangan kepada UMNO / BN, berbagai-bagai undang-undang direka, dan 2 PRK yang terakhir di Manek Urai " pondok panas " tidak dibenarkan, tapi malang inya masih tidak diperindahkan oleh semua parti yang bertanding, kereta tak boleh mengibarkan bendera parti, walau pun kereta tersebut digunakan untuk membawa pemilih, perayu undi tidak dibenarkan, semakan daftar pemilih hanya dengan pihak SPR sahaja. Tapi sedih di Manek Urai arahan dan pesetujuan ini dilanggari oleh parti yang bertanding. Kemenangan memihak kepada UMNO / BN ( dapat mengurangkan majoriti undi yang amat ketara sekali ( PAS cuma menang dengan 69 undi majoriti sahaja dari dulunya lebih seribu undi.
Kemenangan mengurangkan majoriti ini telah memberikan laluan kepada kepimpinan UMNO untuk meneruskan penguasaan dan menganak tirikan semua agensi kerajaan yang boleh memberikan kredit kemenangan kepada mereka. Jadi pada PRK Permatang Pasir, ATM digunakan sepenohnya, walau pun di MU mereka menjalankan kerja pembinaan tapi di PP mereka turut mengiringi Puteri UMNO pergi berkempen, khidmat kesihatan juga diberikan. Amat bertuah kepada kawasan yang mengadakan PRK, kawasan itu seperti 'kawasan anak mas', harap-harap banyak lagi berlakunya PRK.
Perananan SPRM, SPR, jabatan kerajaan yang lain tak perlu dibincangkan kerana pegawai-pegawai mereka memang menjadi talibarut UMNO/ BN setiap kali PRK, cuma pada PP kali ini ATM terlibat secara total. Tapi apakah hasilnya memberansangkan?
Sebagai ingatan kepada pemimpin UMNO - jangan salahkan rakyat jika masih kalah, cuba cari kelemahan yang ada pada diri sendiri. Akurlah dengan permasalahan yang sedang dipikul, apa kata dapatkan khidmat kaunseling Dr. Fadhilah Kamsah untuk memperbaiki buruk perangai yang dimiliki oleh majoriti pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang ada, kita perlu akur kepada kelemahan, ketidak amanah, penyalahgunaan kuasa, melibatkan agensi kerajaan malahan wang rakyat di pergunakan dengan bagitu rakus sekali.
An inportant question for leader, " Am I building people, or building my dream and using people to do it ?" - John. C Maxwell - The Power of Leadership.
No comments:
Post a Comment