Dalam Ramadhan yang mulia ini, umat Islam di Malaysia teruji lagi dengan atau tidaknya melaksanakan hukum Allah untuk Kartika, beliau di dapati bersalah kerana meminum arak di khalayak ramai, hukum di putuskan oleh mahkamah Syariah di Kuantan Pahang dengan denda dan sebatan sejumlah 6 kali. Kartika memilih untuk disebat.
Pemilihan untuk disebat ini telah menjadikan ianya satu isu besar dan membuka pekong Negara Malaysia yang selama ini meletakan Islam sebagai agama rasmi tapi persediaan untuk melaksanakan amanah dan hukum yang berlandaskan Hukum Allah ini gagal untuk dilaksanakan.
YB Dato Seri Hisyamuddin menteri Dalam Negeri: walau pun undang-undang tubuh Pahang menetapkan hukuman sebat tapi dukacita negara yang sudah merdeka 52 tahun dan meletakan Islam sebagai agama rasmi masih gagal menyedia seorang " perotan " yang mampu melaksanakan tugasan ini, pihak KDN belum menyediakan manusia yang dapat melaksanakan tugasan tersebut. DS Hisyamuddin, kenapa sampai macam itu sekali alasan yang diberikan, apakah DS Hisyamuddin tidak ada penasihat keagamaan untuk berbincang dan ambil keputusan untuk melaksanakannya, dimana alim ulama dan mufti yang bernaung di bawah UMNO panggil mereka dan mintalah pandangannya.
YB senator Sharizat ( Wanita UMNO ) dan Norhayati ( SIS ), perjuangan yang anda lakukan seolah-olah perjuangan yang berpilih-pilih, kadang-kadang tindakan mencerminkan pembelaan yang amat sangat tapi entah macam mana apakala ianya melibatkan kepimpinan negara mau pun orang seangkatan dengan daya pemikiran yang sama, ianya terus didiamkan saja. seperti kes sorang wanita juru jual bernama Norita Shamsuddin, dimana pernan wanita, puteri, sis.
Memang tidak dinafikan kemampuan kepimpinan dalam UMNO yang menerajui negara tahap pendidikan agama mereka rendah, tapi kenapa mereka tidak mau memohon restu dari alim ulama yang disediakan, setiap negeri disediakan mufti sebagai pembimbing setiap masalah berkaitan dengan agama. Kini jelas apabila sesuatu isu berkaitan dengan penglibatan pemimpin pembangkang semua mufti berperanan dan majlis fatwa juga bercakap, tapi kini mengapa majlis fatwa membisu, di mana menghilangnya mufti Tansri Harun Sani, mana perginya Mat Nor Gadut, mengapa institusi sebagini membiarkan kalangan tertentu mengluarkan pandangan khusus berkaitan dengan keagamaan, silap-silap nanti aqidah boleh gugur.
Kalangan pemimpin agama bertindaklah segera, bimbinglah mereka, buatlah kenyataan untuk kepentingan bersama, jangan nanti sampai semua orang menindakan agama Islam. Kesucian dan keharmonian Islam akan diganggu gugat oleh mereka yang memimpin tapi tidak ada didikan keagamaan.
No comments:
Post a Comment