Kenapa masih ada kalangan kepimpinan NGSs yang sanggup menggadai maruah diri, dengan meletakkan daya fikir, daya faham, daya ingatan, daya imiginasi yang tak setanding dengan apa yang sepatutnya. Kita perlu menyetakan yang sebenar dan bertanggongjawab membetulkan setiap keselahan yang dilakukan. Tapi kenapa di zaman yang penoh dengan " maklumat " di cari dengan hujung jari, dunia sudah tanpa sempadan masih ada kalangan masyarakat yang sanggup menodai diri sendiri. Meletakkan daya fikir, daya juang di kepala lutut, daya fikir dijumudkan.
MAGARAN ( Majlis Gabungan NGOs Pembela Negara ) sudah pasti kepimpinan mereka dari kalangan orang pandai, mungkin ada antara mereka ngaji tinggi sampai puncak pengajian, mungkin ada yang berjawatan hebat sama ada di peringkat swasta mau pun awam, mungkin juga ada kalangan mereka dari wakil rakyat ( khususnya UMNO )atau pun apa-apa jawatan, tapi anih mereka meletakkan diri mereka digunakan seolah-olah mereka langsong tidak boleh berfikir, seperti orang sudah terkena dengan jampi khayalan. Kerana apa, kerena mereka sudah tidak boleh menggunakan akal fikiran, tidak tau mana baik dan buruk, mana silap yang mana betul.
1Malaysia, maknanya tiada apa-apa beza lagi antara bangsa-bangsa yang ada di Malaysia, semua sama, hak masing-masing ada dan ianya berlandaskan perlembangaan negera, berlandaskan undang-undang tubuh negera, sudah pasti hak setiap kaum di negera ini perlu di pelihara. Jadi apa salah setiap tragedi dari mana-mana kaum sekalipun ianya perlu di pertahankan. Kehilangan nyawa dengan cara yang mencurigai perlu di cari penyebabnya.
Kini negera terus bermasalah, kepimpinan terus cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat, rakyat pula sudah boleh menerima yang salah dan menafikan yang benar. kenapa agaknya MAGARAN tidak mendesak kerajaan siasat kes Khir Toyo, peristiwa rampasan kuasa di Perak, pertuduhan terhadap PM yang kita cintai, PM telah di rosakan namanya diperingkat antara bangsa di mana MAGARAN, kenapa tidak mempertahankan PM yang diperlakukan sedemikian? Apakah kepimpinan MAGARAN hanya akan menunjukan diri jika pihak pembangkang menyatakan sesuatu isu yang perlu dibaiki, kena batang hidung kepimpinan kesayangan baru nak tunjukan diri.
diperturunkan bebarapa salah laku yang telah terlaksana yang bagitu menyedihkan rakyat khususnya orang Melayu:
1- penjualan Pulau Pangkor Laut - kini milik Francis Yeoh.
2. tukar hak milik Pulau Redang/ Tioman - Vincent Tan.
3. Banyak hartanah syarikat milik rakyat Keretapi Tanah Melayu di Sentul dan Hotel
Majestic- kini milik Francis Yeoh.
4. Bukit, gunung-ganang, tanah tinggi Genting - kini milik Lim Goh Tong.
5. Empangan Linggiu, Kota Tinggi, Johor seluas 25,000 ekar, tanah rizab Melayu yg
dijual ke Singapura, dan kini dikawal pasukan keselamatan republik pulau pura-
pura itu.
Jika ada kalangan pelayar blog ini dari kalangan MAGARAN cuba siasat perkara tersebut sama ada benar ataupun dusta. Atau buatlah siasatan setiap apa yang dinyatakan oleh setiap pemimpin pembangkang atas salah laku kepimpinan negara kini. Tugas pembangkang mencari kesalahan tapi MAGARAN pula cubalah laksanakan tugas dengan mengumpul bukti sejauh mana pertuduhan itu ada kebenarannya.
Jika cara ini dapat dilaksanakan ( salah laku di tunjulkan, ada pula badan bebas yang menyiasat ) kemudian laporkan. Sudah pasti mereka yang bersalah tidak akan melakukan kesalahan di masa akan datang. Tapi kini MAGARAN tersilap langkah dengan bersetuju dengan apa yang dibuat oleh pemimpin yang melakukan kesalahan.
APAKAH INI PERANAN MAGARAN - untuk kebaikan bersama- fikirlah untuk masa depan anak bangsa serta negera yang kita cintai ini.
No comments:
Post a Comment