Perlimen Permatang Pauh, mencipta rekod tersendiri di zaman ini, mana tidaknya, selepas PRU 12, parlimen ini telah memaksa SPR mengendali uruskan 4 pilihanraya, 2 kali peringkat parlimen dan 2 kali peringkat DUN. perlakuan ini memang tidak diduga dan tidak langsung dirancang tapi apa nak kata Allah adalah perancangan yang terbaik dalam menentukan sesuatu yang di tentukan oleh Nya.
Sebermula perletakan jawatan DSWA, sebagai pemangku AP kawasan Permatang Pauh, dan kekosongan tersebut di isi dengan pertambahan majoriti oleh DSAI, harapan ramai pihak untuk memastikan UMNO menang tipis sekali, mana tidaknya Pertamatang Pauh adalah kubu untuk DSAI, semasa dalam UMNO dulu pun beliau berjaya mengalahkan calon PAS, apa tah kini, DSAI pula sudah sebantal dengan PAS dan DAP melalui PR, sudah pasti kemengan mudah untuk nya.
Kemudia diikuti dengan satu perancangan oleh SPR dengan kerjasama SPRM yang mendapat arahan dari pihak tertentuk merancang untuk menggulingkan kerajaan PR di Pulau Pinang, ADUN Penanti di tangkap atas pertuduhan rasuah, akhirnya ADUN tersebut melepaskan jawatan ADUN dan PRU untuk Penanti di adakan, dan UMNO pula memberikan kemenangan percuma kepada PR.
Kini lagi satu DUN - Permatang Pasir, dengan kembali kerahmatullah ADUNnya Dato Hamdah Abd. Rahman, lagi sekali Permatang Pauh kawasan parlimen akan menerima kunjungan ramai orang untuk merancakan pilihanraya tersebut. Kepada allahyarham Dato Hamdan hanya ucapan takziah kepada keluarga, serta di doakan moga-moga roynya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sepatutnya UMNO / BN tidak menjualkan diri untuk meletakan calon dalam PRK ini, memandangkan semasa PRU 12 UMNO / BN kalah kesemua kerusi, Parlimen, Penanti dan Permatang Pasir. PRk Permatang Pauh, dan Penanti juga UMNO / BN kalah jadi dicadangkan kepada UMNO / BN jangan menggatal untuk bertanding di Permatang Pasir pula, kita masih ingat berapa bilion yang dibelanjakan semasa di Manik Urai, kalah tetap kalah untuk UMNO.
Disarankan UMNO / BN memberikan penumpuan untuk menyelesaikan masalah semasa yang ditimbulkan oleh rakan pembangkang, pertuduhan Khir Toyo, PFKZ, isu PM, Stadium runtuh, masalah yang dinyatakan jelas akan memberikan kekuatan kepada pembangkang di setiap pilihan raya, kini ditambah pula dengan drama kematian Beng Hock, mana mungkin seorang yang jauh dari tingkat 14, keadaan fizikal badan macam disusun oleh pihak tertengtuk untuk tujuan mengelabui mata pengunjung.
Jom kita ke Permatang Pasir pula, selepas Manek Urai, insyaallah PR ( wakil Pas ) akan mendapat kemengangan nudah kelak. Petugas pula tidak terlalu yakin dan elakan apa yang berlaku di Manei Urai tidak berulang di Permatang Pasir, Dato Hamdan pada PRU 12 mendapat majoriti sejumlah 5433, jadinya PRK ini pasti dan perlu di tambahkan 50% jumlah undi yang patut di terima, kita gagalkan usaha UMNO / BN dengan untuk merampas semula kerusi ini. majoriti perlu ditambh dengan penambahan 50%; lagi.
Kepada UNIT amal, pastikan setiap program yang dianjurkan untuk kemenangan calon PAS perlu pengawasan yang paling maksima.
No comments:
Post a Comment