Suara dan herdikatan " anwar pengkhianat " terus di kemundangkan oleh ahli-ahli UMNO yang bertindak bagi pihak ketua mereka, pencetus " anwar pengkhianat " ialah TPM / Menteri Pelajaran. Tan Sri Mahyuddin Yasin. Semasa Anwar menjawat jawatan TPM dan di khianati dan di terajang keluar oleh Tun M, Mahyhuddin adalah antara pemimpin UMNO yang bersama-samanya, Mahyuddin hadir memberikan semangat dan dorongan agar Anwar dapat menerima tragedi tersebut sebagai satu qada' dan qadar untuk nya.
Muafakat antara mereka ketika itu amat intim, tapi qada' dan qadar juga yang menentukan waktu ini semasa menjawat jawatan TPM, Mahyuddin perlu menunjukkan sikap menyebelahi Najib pula, kerana pada ketika ini Najib adalah PM, kegagalan untuk memberikan sokongan dan dokongan untuk Najib pasti menjadi penghalang kepada kecapaian untuk bergerakan lebih cemerlang dalam arena politik.
" kill or to be kill " adalah kata-kata yang sinomim dengan orang-orang politik. Siapa cepat, siapa pantas, siapa pandai bermuka-muka akan berjaya dalam politik. Lihagt saja Zahid Hamidi, walau pun turut sama di tangkap semasa Anwar kena tangkap, tapi cepat sedar dan terus memberikan sokongan kepada TUN M maka masa kini beliau hidup dengan cerah, berjaya pula bermesra dengan pemimpin Israel. Malahan tindakan Zahid dianggap sebagai wira melayu yang berani berdepan dan menganggah menteri israel tersebut. Apakah yang akan terjadi jika DSAI yang berjumpa dengan orang Israel? Pasti sebulan cerita ini disiarkan untuk tatapan umum. Sah Anwar adalah Pengkhianat.
Kenapa, ahli- dan pencaci UMNO masih tidak dapat membezakan antara buruk dengan elok, antara kaca dan emas, antara salah dan betul, antara batu dan permata, antara rasuah dan sumbangan, antara komisyen dan entah apa lagi, kenapa kekeyaan yang dilaporkan mereka tidak ingin lansung untuk menyiasat, kenapa mereka mengizinkan kelakuan buruk perangai ini berlaku di kalangan kepimpinan mereka. Kenapa mereka mengiakan saja perilaku tersebut.
Balik kepada kisah Mahyuddin dan DSAI, Mahyuddin janganlah begitu keterlaluan menuduh yang bukan-bukan, kerana masing-m asing tahu arah cara perjuangan yang telah dimainkan antara satu sama lain. Kalau di bandingkan ketahanan diri antara Mahyuddin dan Anwar - seperti langit dan bumi, Tan Sri Mahyuddin kalau tak mau bermaafan cara terbuka dengan Anwar mohonlan kemaafan melalui doa selepas sembahyang, kerana Allah itu maha pengampun- Tan Sri juga pasti maklum dan dapat menilai kepimpinan antara DSAI dengan Najib, Khir Toyo, Muhamad Taib, Annuar Musa, Hishanmuddin hatta dengan Khairi Jamaluddin. Agaknya atara mereka dengan DSAI siapalah yang patut di lebalkan dengan " pengkhianat "
Politik akan berubah dan bertermu di mana-mana ada keperluan nya nanti. Bagaimana jahaatnya Rais Yatim, memutar belitkan keperluan dan hak royaliti minyak semasa PAS memerintah Terengganu tempoh hari. Bukan kah Rais telah menjadi " pengkhianat " kepada semua orang Terengganu, tak kira mereka orang PAS mau pun UMNO atau lain-lain parti.
Langit tidak selalu cerah, sampai masanya langit akan mendong dan hujan akan turun dan kadang-kadang hujan di iringi oleh ribut taufan. Kemana kita nak lari. fikir-fikirlah untuk kepentingan bersama.
No comments:
Post a Comment