Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 13, 2009

PENGKHIANAT MLM PENDUSTA

Kita akan terus bincangkan masalah Melayu di kala ini. Siapa yang benar dan siapa pula yang dikatakan pengkhianat. Dari kaca mata UMNO dan seluruh NGOs yang berkiblat kepada UMNO termasuk DPMM - Perak, semua menuduh DSAI yang menjadi pengkhianat bangsa, agama dan negera. Tapi sebaliknya dari pihak pembangkang tidak pula menuding jari kepada kepimpinan negera terkini mengatakan mereka pengkhianat, perasuah dan penyalah guna kuasa.

Sebaliknya, semua pandangan dan pertududan di kemukakan dengan bukti-bukti yang cukup jelas dan nyata sekali. Seperti PKFZ, Khair Toyo, Trageji Gadis Monggolia, dan penafian kes liwat DSAI, semuanya di kemukakan bukti untuk pengesahan sama ada ianya berlaku mau pun sebaliknya.

Cuba kita ambil contoh, kes DSAI dengan Shaiful, semua pihak termasuk Hospital termasuk pakar perubatan di Puswari dan HKL mengesahkan tidak ada kes dalam hal Shaiful di liwat, tapi kenapa perlu di bicarakan, apakah soerang peguam boleh mengatasi kepakaran seorang doktor, dalam masalah kesihatan dan sakit seorrang itu, kan kah ini yang dikatakan satu permuafakatan yang licik dilaksanakan untuk membunuh seseorang yang tidak di senangai, semua pertuduhan dan pembuktian jelas salah laku pegawai dan kakitangan kerajaan tapi oleh kerana mereka berkhidmat dengan pemimpin yang rakus dan sombong, tingkah laku mereka di tenggelamkan sahaja.

Dimana kes " correct, correct, correct ", dah selesai ke siapa yang bersalah dan siapa yang di penjarakan? semua orang tau.

Kepada DPMM ( dewan perniagaan Melayu Malaysia ) mereka sepatutnya menyokong dan mesti bersekongkol dengan kepimpinan dan kerajaan kalau tidak rezeki akan punah, tidak ada siapa nak bagi projek lagi. Sokongan merek bukan kerana benar tapi kerana projek.

Kenapa ini harus berlaku di zaman ini, kenapa mereka tidak bertindak atas kebenaran, kenapa kezaliman menjadi satu kemestian, adakah untuk terus hidup dan terus menjadi pemimpin seseorang itu perlu meneruskan " kemunafikannya " tepuk dada dan berfikirlan untuk kebaikan.

LEADER MUST LIVE WITH PEOPLE TO KNOW THEIR PROBLEMS, AND LIVE WITH ALLAH IN ORDER TO SOLVE THEM - The Power of Leadership.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA