Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 31, 2009

SLOGAN DEMI SLOGAN - DASAR TAK UBAH

DEB - Dasar Ekonomi Baru
Wawasan 2020
BCA - Bersih Cekap Amanah
Malaysia Boleh
Islam Hadari
CGT - Cemerlang, Gemilang & Terbilang
1 Malaysia


Slogan diatas adalah satu menisfesto kepimpinan yang reka cipta oleh ketika-tiga Perdana Menteri terakhir Malaysia. 2 dari tujuh slogan tersebut adalah dikhususkan untuk membangunan dan penyusunan semula ekonomi dan masyarakat di Malaysia. Kerana peristiwa 13 mei 1969 telah membuka mata pemimpinan agar penyusunan semula ini adalah diperlukan.

Masyarakat Melayu terus ketinggalan dari semua aspek, dan mereka masih menjadi penghuni di luarbandar, India masih ramai di estet-estet dan kaum Cina adalah kaum yang memonopoli di semua bidang, baik ekonomi mau pun pendidikan, cuman yang gahnya pada orang melayu masih memerintah di tanahairnya, hasil pemerintahan di berikan kepada kaum Cina.

Dasar yang digubal mengunjurkan agar Melayu ada peningkatan ke 30% khusus dalam bidang ekonomi dalam tempoh pelaksanaan DEB. Tempoh masanya ialah 30 tahun. Memang tidak dinafikan DEB menemui jalan buntu dan dasar ini gagal untuk pencapaian apa yang diharapkan. Untuk itu setelah tamat DEB, pemimpin mencari formula lain untuk memastikan kesenambungan DEB dapat di teruskan. Ujud dan lahirlah " Malaysian The Way Forward " dan di singkatkan ke Wawasan 2020. Tarikh tamat pencapaiannya ialah pada tahun 2020. Apakah ianya akan tercapai - lu fikirlah sendiri.

Untuk memastikan DEB dan Wawasan 2020 mencapai unjurannya, kepimpinan negera perlu melahirkan pemimpin yang amanah, bersih dan cekap. Untuk itu Tun Mahathir mencipta satu lagi slogan yang dikhususkan untuk kepimpinan agar pemimpin negera dapat berkhidmat dengan telus dan jujur lahirlah slogan " bersih, cekap & amanah " tapi apakah mereka benar-benar lahir untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan?
" Cemerlang, Gemilang & Terbilang " ianya sebagai pengukur kepada sejauh mana pemimpin memimpin negera. Ianya juga berlandaskan keujudan " Islam Hadari " Kepimpinan Tun Dolah lebih memikirkan untuk melahirkan pemimpin yang telus, amanah dan berintegriti.slogan ini di cipta di bawah Tun Dolah. Apakah benar dan nyata keujudan slogan-slogan ini Malaysia dapat menzahirkan pemimpin yang dilaungkan dengan slogan-slogan tersebut? - fikir-fikirlah sendiri.

Slogan yang agak berjaya ialah " malaysia Boleh " kerana ianya berfokus untuk kegemilangan sukan. Agak berjaya, ramai pemain dilahirkan setanding dengan pemaian diperingkat dunia, seperti squash, badminton, memanah dan yang cukup gemilang ialah kerana dapat melaksanakan sebagai tuan rumah sukan Commonwealth pada 1998 tempoh hari.

Zaman DS Najib, satelah melihat kekalahan teruk di PRU12, ianya merasakan masyarakat yang berbilang kaum telah memisahkan diri untuk hidup bersatu padu, mereka perlu menghadapi realiti dalam penghidupan harian, mereka tahu bawaha DEB, Wawasan 2020 ianya lebih mementingkan orang Melayu saja. jadi apabila di lahirkan satu program untuk keujudan kaum berbilang kaum, terus ianya mendapat sokongan. Setelah diperhati, di kaji, dianalisis, secara keseluruhan satu slogan baru yang perlu penglibatan semua kaum perlu ada. Maka lahirlah 1Malaysia. kita lihatlah sejauh mana slogan 1M ini dapat memberikan impak yang baik untuk DS Najib. Kelahiran 1M telah memberikan satu petunjuk yang masyarat berbilang kaum perlu bersatu tapi tidak mengikut acuan 1M, kerana 1M juga menyerupai slogan-slogan yang lain.

Malaysia hanya kaya dengan slogan tapi pelaksanaan, dan perubahan dasar tidak diujudkan, jadinya, slogan hanya satu mimpi ngeri buat masyarakat Malaysia - lu fikir-fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA