Sejak diadakan PRK selepas PRU ke 12, PRK yang agak aman dan tenteram hanyalah berlaku di PRK Penanti. Kenapa ianya berlaku sedemikian? Apakah keadaan di Penanti tidak memberikan apa-apa pengertian kepada setiap masyarakat khususnya ahli-ahli politik, kenapa kerahan tenaga polis tidak begitu di pentingkan, kerana anggota keselamatan hanya bertugas untuk menjaga keselamatan sahaja.
Kita lihat dan renungkan, pihak SPR juga sudah penat dan leteh kali ini sudah 7 PRK diadakan, bagitu banyak peruntuka perlu disediakan. Tapi malang bagi penduduk di Penanti kerana tidak ada projek " Maggi " yang disediakan, bantuan keperluan harian juga tidak dibekalkan, murid-murid sekolah juga gagal untuk mendapatkan manafaat seperti apa yang belaku di Manek Urai, tiada pemimpin yang hadir untuk membantu orang kampong, kalau petani ada pembantu, kalau penoreh dan pembantu kalau tak ada anak, pada waktu itu ada anak angkat, makanan sentiasa tersedia, semua kemudahan hak milik kerajaan Malaysia turut sama membantu - kita lihat sahaja di semua PRK kecuali di Penanti.
PRK Penanti seolah-olah tidak diperlukan oleh setengah pihak, PRK cukup tenang, manusia berunifom biru tua ada tapi tak ramai, kerana kehadiran mereka juga perlu untuk ketenteraman, semua orang tau, tak payah teka di semua PRK mesti melibatkan UMNO/BN cuma di Penanti mereka cuba menarik diri kerana sudah tahu pasti tidak menang bukan kalah.
Apakah PAS sudah tewas, apakah rakyat sudah mula termakan dakyat UMNO / BN untuk meraih dan ada rasa simpati kepada mereka? Walau pun hanya dengan kurang 100 undi, PAS boleh berlagak sombong kerana, peperangan itu bukan PAS lawan UMNO / BN tapi PAS bertembong dengan Kerajaan Malaysia. Semua agensi kerajaan dan separoh kerajaan di kerahkan untuk bertugas dan memastikan kemenangan memihat kepada UMNO / BN, bilik gerakan pejabat milik kerajaan menjadi bilik gerakan UMNO. jadinya memanglah PAS kuat dan kemenangan tersebut melambangkan PAS masih dan sedang diterima oleh semua piha.
Kini di Permatang Pasir, belum apa-apa pun ugutan telah kedengaran, nak projek mesti memastikan kemenangan memihak kepada UMNO, kalau tak dapat Permatang Pasir cukuplah kepada peti undi yang memberikan kemenangan dalam PRK ini. Kawasan Peti Undi yang memihak kepada UMNO / BN akan diberikan dan disediakan projek. Kenapa cara ini harus berlaku? Kenapa ugutan sentiasa di laksanakan? Apakah kepimpinan UMNO tidak ada akal untuk berfikir dan memberikan ruang berfikir untuk rakyatnya?
Jadi jika dikaitkan dengan apa yang terjadi di semua PRK kecuali di Penanti, jelas jika pertandingan di PRk itu melibatkan UMNO / BN kekecohan memang tidak dapat dinafikan, agaknya memang mereka merancang untuk mengadakan kekecohan, kenapa harus demikian, kini yang terbaru, kenapa Pemuda UMNO pula mendakwa dah ujudnya pengundi hantu, kankah sudah lama di maklumkan, tapi mereka UMNO / BN menidakkan.
Kepada kepimpinan UMNO / BN hanya satu cadangan dan pandangan kenapa kita tidak perlu berfikiran terbuka, rakyat telah pun di didik dengan berbagai-bagai " thingking " jadi sudah tentu daya fikir mereka tidak seperti 50 tahun yang lalu, tapi kenapa daya fikir kepimpinan UMNO masih seperti 50 tahun yang lalu, untuk adalah lebih baik " dulu, kini selama-lamanya" cogan kata ini di tukarkan saja dengan cara fikir orang di zaman ICT ini.
No comments:
Post a Comment