Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 22, 2009

SPR DI KAMBING HITAMKAN OLEH KJ

Selamat menunaikan Rukan Islam ke 3, berpuasa di bulan Ramadhan seterusnya puasa sunat 6 hari di bulan syawal nanti. selepas menunaikan sunat terawih, menonton TV dan seterusnya melayari internate untuk mendapatkan maklumat terkini khusus berkaitan dengan apa yang terjadi di DUN N11 Permatang Pasir. Setalah mendapat beberapa input mata tidak mengizinkan lagi untuk melayari internate, dan keletihan pada mata amat terasa sekali dan malam ini kita perlu bangun lebih awal dari biasa, kalau sebelum ramadhan bangun jam 5.30 pagi kerana untuk fardhu subuh tapi mulai malam ini perlu bangun lebih awal untuk mengamil sunat sahur pula.

Sementara sajian sahur di sediakan tangan sungguh mengeletek untuk menulis berkaitan dengan " sense of shame " ( tidak ada perasaan malu )apakah perangai sebagini memang menjadi mainan ahli politik khususnya kepada pemimpin politik pemerintah? kenapa agaknya mereka tidak berani bersemuka dengan apa yang terjadi? Kenapa mereka perlu " mengkambing hitamkan " orang lain untuk kepentingan orang tertentu? Kenapa mereka tidak mengaku kesalahan dan kelemahan mau pun kesilapann yang terlah dilakukan?

Kalau mantan PM ( Tun M ) dan pemimpin senior dalam UMNO boleh mengkritit pemilihan Calun BN di N11 Permatang Pasir, mengapa mereka tidak pertikaikan kritikan terbuka tersebut. Agaknya bagaimanakah perasaan PM ketika ini yang menerima makluman yang calon terpilah adalah dari kalangan mereka yang tidak amanah. Setakat ini beliau masih belum memberikan apa-apa komen ( yang saya tahu ) apa yang berlaku beliau perlu bercuti di London.

Berbagai helah dan tipu daya di laungkan semata-mata untuk mempertahankan pemilihan tersebut, pertahanan yang diberikan langsung tidak menarik minat kepada semua yang membaca dan mendengarnya. Satelah pecah amanah sebagai seorang peguam timbul pula ceria calon ini berbini dua berbini dua tak apa kerana dibolehkan sahingga 4, tapi yang menjadi masalah pernikahan tidak ikut normal yang sepatutnya.

Kepada insiden lain, KP - KJ pula mempersoalkan dan mengesahkan adanya " pengundi hantu " sebelum ini terus dan sentiasa mempertikaikan dan akhirnya menjemput pula pegawai dari SPR terlibat sama dengan pemindahan pemilih ke kawasan Permatang Pasir. Sudah pasti jika UMNO / BN kecundang di N11 Permatang Pasir ini pasti kambing hitam kali ini ialah pegawai SPR. Kepada sdr. KJ sdr. telah kalah dan perlu berdiam diri atau pun tinggalkan saja parti yang di dokong waktu ini, kerana keperluan untuk menyimpan sdr. sudah tidak perlu lagi. patut sdr. sudah sedar dengan hukuman yang diterima. Jawatan dalam parti ada sebagai Ketua Pemuda tapi tidak di iktiraf untuk apa-apa jawatan di kerajaan. Mungkin agaknya sense of akuantabiliti mau pun sense of responsibility sdr. di tahap yang rendah.

Janganlah asyik menyalahkan orang lain, jika apa yang kita buat sudah semuanya tak kena, tanya diri sendiri apakah tidakan dan perbuatan kala ini mencermin kesungguhan dalam melaksanakan tugasan atau menguruskan kepentingan peribadi semata-mata.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA