Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 27, 2009

ROSAKNYA NEGARA KERANA PEMIMPIN

Semakin hari semakin rumit, semakin hari semakin di rundong malang negaraku ini, apakah yang akan terjadi jika gulongan yang menjadi pemimpin langsung tidak memahami akan peranan dan tugas mereka.

" Leadership is the capacity to translate vision into reality " - warren G. Bennis.

Kalaulah kenyataan ini diambil kira sebagai ukuran kepada kepimpinan dinegara kita waktu ini, pasti kita membayangkan pemimpin yang ada waktu ini " mentranslate " visi mereka ke arah merobohkan sebuah negera dan memperdayakan rakyat yang mengangkat mereka sebagai pemimpin.

Kenyataan ini berlandaskan kepada keadaan di beberapa buah negari ketika ini ianya semua dalam keadaan tidak tenteram, semuanya hurahara, semuanya cuba memastikan mereka menjadi pemimpin, lihat apa yang berlaku di Terengganu, rebut antara Deris Jusoh dan Mat Said masih berlarutan, kepentingan rakyat di negeri ini sudah diabaikan, kononnya ada tekanan untuk mendapatkan royalti minyak semula hampir berjaya, tapi oleh kerana politik dan keakbaran dengan pemimpin di KL perlu dikekal dan di intimkan cadangan ini perlu di tamatkan. Sahlah perjuangan ini bukan untuk rakyat.

Atas pergeseran tersebut, datanglah tiupan angain sepoi-sepok bahasa yang mencanangkan geng 10 akan meninggalkan UMNO dengan menyertai parti lain serta sanggup menjadi pembangkang. Tapi cepat dinafikan.

Lihat pula apa yang berlaku di Perak, dimana rampasan kuasa oleh pihak UMNO terhadap kerajaan yang sah Pakatan Rakyat di nafikan dengan cara yang rakus dan tidak bermoral sekali oleh gulongan yang tamak dan tidak pernah puas untuk mengaut kekayaan. masih belum selesai, siapa yang rugi, pemimpin ke atau pun rakyat?

Kenapa setalah 52 tahun merdeka, pemimpin tidak faham erti " BEBAS "
dalam Kamun dwiBahasa keluaran Sasbadi - Bebas bermaksud - boleh berbuat apa saja ( tapi di kawal oleh undang-undang & perlembagaan ) tapi yang peliknya kala ini adalah pemimpin yang mengistiharkan diri BEBAS tapi Menyokong satu pihak.

Di Selangor, dengan menggunakan agensi kerajaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kakitangan dan pegawai mereka bertindak untuk memasti kerajaan yang ada di hapuskan dengan apa cara sekali pun, kenapa agaknya SPRM tidak bertindak secara profesional sebaliknya lebih emotional dalam setiap tindakan, kerana mereka perlu mengikut apa yang diarahkan. Kerana Gaji dan pendapatan serta hidup mewah mereka adalah di taja oleh kerajaan yang sedang memerintah. Untuk itu dicadangkan agar perkataan Suruhanjaya itu digugurkan dan kembalilah ke pangkal jalan dengan identiti BPR sahaja. Dengan menggunakan Suruhanjaya ianya memalukan saja.

Kecamokan dalam kepimpinan dan pentadbiran negeri tidak tinggal sedemikian saja, kerana MCA sebuah parti kedua terbesar dalam BN kini sedang retak menunggu belah, apa tidaknya, di satu pihak Presiden menggantung Timbalan presiden kerana kes salahlaku sex, dan di Perak pula 6 bahagian MCA mencadangkan agar presiden di gantong tugasnya, mana yang perlu diikut oleh rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada mereka? Tidak ketinggalan juga dalam MIC pucok kepimpinan sanggup bertegang leher untuk memastikan calon nombor 2 kekal tapi ianya ditentang oleh pemimpin yang pernah di tendang oleh presiden. Untuk itu didoakan agar kedua-dua parti ini bubar dan menyertai samaada PKR mau pun DAP ( tidak dicadangkan untuk PAS ) kerana PAS masih belum membukakan pintunya untuk non muslim, tapi boleh menerajui kelab penyokong saja.

Disudut yang lain pula, apa nak jadi dengan Islam sebagai agama rasmi, kerana hukum tubuh kerajaan Pahang, perkara 136 dalam enekman pengtadbiran dan adat istiadat melayu Pahang dengan undang-undang syarainya dipertikaikan oleh rakan seangkatan. Hukuman sebat jelas dan terang ujud dalam undang-undang tubuh kerajaan Pahang, dan undang-undang syarai pula tidak boleh diatasi oleh undang-undan sivil ini jelas dalam perkara 121 ( a )perlembagaan persekutuan. Mengapa mereka membantah, yang membantah pula langsung dari kalangan yang tidak mendalami hukum hakam perundangan Islam, ini kah yang dinama ISLAM AGAMA RASMI NEGERA KU MALAYSIA.

Kepada pemimpin UMNO bermuhasablah untuk kepentingan semua dan bukan memikirkan kepentinga semasa kerana kita semua akan mati dan menjalani hukuman di akhirat kelak. Layarilah bahtera kepimpinan dengan memberikan kebajikan dan keuntungan untuk semua pihak dan fikir-fikirkanlah generasi Melayu yang akan mewarisi kita nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA