Parti Keadilan Rakyat ( PRK ) kini buat hal lagi, apakah keujudan PKR ini yang bersetuju untuk bergabung bawah Pakatan Rakyat ( PR ) akan memberikan bebanan kepada gabungan ini, kerana kini sudah 3 wakil rakyat di bawah parti ini meninggalkan gabungan serta bertindak sebagai wakil bebas tapi menyokong UMNO / BN; faktor ini juga menjadi pelik ketika negara sudah pun merdeka ke 52 tahun. Dimana adalah wakil bebas tapi bernaung di bawah parti yang tidak dianggotai nya. MALAYSIA BOLEH.
Selepas, wakil PKR + DAP berjaya meruntuhkan kerajaan PR di Perak, dengan tindakan celeka oleh 2 orang wakilnya wakil Behrang dan Changkat Jering serta Jelapang, mereka juga kedua-duanya adalah EXCO kerajaan negeri. Apa yang berelaku di Kedah pula ada persamaan dengan yang di Perak. Cuma di Kedah dengan ketiadaan wakil PKR tersebut tidak mengganggu gugat kerajaan negeri, Kerajaan Kedah bawah PR masih stabil. Apa tah lagi satu " by election " akan diadakan kerana kegagalan wakil UMNO / BN menghadirkan diri untuk turut sama dalam 2 kali berturut-turut mesyuarat kerajaan negeri. kekosongan ini pasti di guna secara optima oleh kerajaan PR untuk merampas kerusi ini.
Bebalik kepada ADUN Lunas, Mohd. Radhi, beliau seangkatan dengan YB dari Behrang di mana beristeri 4 lebih 1 dari Behrang, dalam jawatan kedua-duanya ahli mesyuarat kerajaan negeri.
Kenapa mereka meninggalkan PKR? apa salah PKR? apa salah PR, salah siapa, siapa yang bersalah, PR atau PKR, benarkan kepimpinan PKR mementingkan diri sendiri, benarkan kerajaan negeri tidak memberi layanan yang sewajarnya kepada mereka ( yang lari dari parti asal ). persoalan ini menghantui ahli dan pengikut parti.
Apa yang jelas, Mohd. Radhi telah pun berputus arang dengan PKR, peningalan beliau turut meruntuhkan Bahagian PKR di kawasan tersebut. Memang tidak dinafikan kekutan dalaman antara orang PAS dan PKR ( yang Melayu ) amat jauh berbedza. Orang PKR mudah di lobi dengan wang ringgit tapi ianya tidak di kalangan orang PAS, syabas dah tahniah kepada PAS.
Orang PKR yang mana asalnya dari UMNO memang sudah biasa dengan hidup mewah, sentiasa tinggal di hotel-hotel mewah, bergandingan dengan wanita cantik, kereta mewah jadinya apakala menyertai PKR yang cuba berjuang untuk kepentingan orang bawah dengan melaksanakan penjimatan di setiap aspek sudah tentu ianya memberikan kesan untuk mewah kepada kepimpinan PKR. Ada kalangan kepimpinan PKR bercita-cita untuk mewah satelah di angkat sebagai Wakil Rakyat apatah lagi dilantik menjadi EXCO, inilah masa untuk mencari harta ( ini adalah budaya orang UMNO / BN ) Tapi tidak berlaku pada PR - tambahan pula PR di pimpin oleh PAS ( Kedah ) kepimpinan PAS memang biasa hidup dengan sederhana - harta kerajaan bukan untuk wakil rakyat tapi ianya adalah untuk kemudahan dan kemewahan rakyat. Jadi dari teori ini hampalah wakil rakyat untuk mengaut kekeyaan sementera menjadi wakil rakyat.
DSAI perlu mengajar wakil rakyat dan pemimpin PKR agar tahu macam mana untuk hidup sederhana dan jika tak mampu jangan kawin lebih dari satu. Satu pun cukup. Ceritakan kepada mereka bagaimana cara menginap di lokap / penjara, bagaimana di dera, bagaimana berulang alik ke mahkamah, bagaimana menghadapi setiap fitnah yang di limparkan. Ajar mereka DSAI - sdr. sahaja yang boleh mentarbiahkan mereka.
No comments:
Post a Comment