Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Monday, November 30, 2009

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA BERSALAH

Isu-isu yang dimainkan oleh akhbar masa kini jelas cuba memperbodohkan orang ramai, pengarang serta pemberita yang mencari berita langsung tidak bermoral dan sudah hilang etika sebagai seorang pemberita, berita-berita yang ditulis seolah-olah ditapis oleh satu badan lain di tingkat 37 PWTC. Semua berita yang dilaporkan mesti memihak kepada UMNO / BN.

ISU BTN - setak ini belum ada lagi pihak akhbar mewancara dengan peserta yang terlibat dengan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh BIRO TIPU NEGARA ini, yang memberi kenyataan hanyalah dari orang politik yang masih dahagakan jawatan, Seperti Ahmad Maslan, walaupun beliau Tim. Menteri, ahli parlimen rasanya apa yang beliau luahkan memang langsung tidak boleh diterima oleh akal- apa tah lagi si pembaca adalah seorang yang pernah mengikut program anjuran BTN ini.

Sebagai AJKK pada satu ketika dulu, memang di arahkan untuk mengikut programm ini, apa yang disampaikan oleh penceramah Tn. Hj. Ahmad Damanhuri bin Nordin memang jelas beliau menghemtam DSAI, apa yang dibuat oleh DSAI semua buruk, semua tak boleh diguna pakai, DSAI adalah perosak Melayu. Sejarah kemerdekaan negara yang terlibat semuanya orang dan pemimpin UMNO belaka. nama-nama yang kini terlibat dengan parti pembangkang semua di hilangkan.

Kesimpulannya, kenapa kepimpinan UMNO sehingga kini masih ingin menegakkan benang basah, terima sahaja dan buatlah penambah baikan, dan pastikan apa yang perlu di laporkan adalah untuk kebaikan pembangunan negera yang mana masyarakatnya terdiri dari berbagai kaum.

ISU Doa TGNA - kenapa orang yang kena doa langsung tidak mendesak agar TGNA memohon kemaafan ( PM dalam Sinar keluaran 30 Nov. ) sebaliknya mereka yang jelas terlibat dengan melakukan kesalahan meraung dan cukup melenting dan mengarahkan TGNA memohon maaf seperti DR. Zambry. Sepatutnya Dr. Zambry juga dipohonkan kepada Allah agar diberikan pertunjuk akan kebiadapan yang telah dilakkukannya.

Kalau PM iklas dengan masalah royalti minyak, sepatunya beliau berasa menerima tegoran dan doa ini dengan iklas juga, bagaimana apa yang dikatakan oleh T. Razali ( Sinar 30 Nov. ) Kelakuan penyokong Najib ini bertindak seperti pepatah " orang lain makan nangka orang lain dapat getah "

Sunday, November 29, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 3 - BE COOL

Peranan dan tanggongjawab sebagai seorang pendidik memang bukan senang, jawatan pendidik memang sukar untuk dilaksanakan, semua apa yang dibuat, dilakukan, gaya hidup, gaya tutur kata, kata-kata yang digunakan hatta semua tingkah laku akan menjadi contoh dan bahan ikutan oleh murid dan pelajar, kadang kala menjadi bahan bualan oleh masyarakat.

Sebab itu apabila pihak kementerian melarang pelajar merokok, dan menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan larangan merokok, apakah dapat dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru yang sentiasa ketagih dengan rokok?

Lagi satu sikap serta dan perangai yang wajib ada pada seorang guru ialah menjauhkah diri dari sikap " pemarah ". Marah adalah sifat semula jagi manusia, tapi jika kita sentiasa di kawal oleh marah, marah boleh mengganggu daya berfikir seseorang itu juga meningkatkan aras stress kita. Kesan dari sentiasa bersikap MARAH murid / masyarakat akan hilang respect kepada kita, sebaliknya jika sentiasa sabar, bertenang mereka akan lebih bekeyakinan kepada kita.

Guru harus tahu masa bila untuk kita marah, marah apakala keadaan memerlukan, sebagai contoh, jika seorang murid tidak menyiapkan kerja yang diamanahkan, selalu ponteng sekolah, mengganggu dan mengacau kawan yang lain, itu pun marah yang memberikan bimbingan dan pengajaran.

" Calmness is reflected in a calm, soothing voice. Talk slowly and listen well when the other party is talking "

Dicadangkan beberapa cara untuk mengatasi serta tindakan perlu diambil dalam keadaan kita marah.

1- tinggalkan keadaan sementera.
2- ambil masa 2 atau 3 minit bersendirian untuk bertenang.
3- tarik nafas sampai terasa sedikit lega dan selesa
4- datang semula dan bertindak dengan " approach " yang berlainan tapi masalah yang sama
5- elakan dari hilang sabar, jika pendekatan kedua juga gagal cuba ulang balik beberapa perkara yang dinyatakan di atas tadi.

Saturday, November 28, 2009

BAGAIMANA HISTERIA DI JELMAKAN

Kini kita telah mengetahui bagaimana cara ujudnya gejala " histeria " di kalangan pelajar dan penuntut Melayu akhir-akhir ini. kita tek perlu lagi menempelak kepada anasir-anasir tahyul yang membabitkan perubahan sikap mereka ini.

Kejadian dan perlakuan " histeria " ini di pengaruhi dengan hanya menonton siaran yang ditayangkan oleh Astro melaui slot " Jangan Lupa Lirik " dan " Sehati berdansa ".

Hujah ini diperkuatkan dengan setiap minggu melalui siaran ini, hanyalah pemuda dan pemuda Melayu yang menjadi penonton, kita perhatikan gelagat mereka semasa menonton kedua-dua program ini? Bagaimana tingkah laku dan buruk perangai yang ditujukkan. Memang tidak napat dinapikan majoriti penonton adalah dari kalangaan generasi muda, tapi ada juga generai tua yang hadir juga berlagak seperti anak-anak muda, terpekek terlolong untuk memberikan sokongan kepada idola mereka.

Kita tidak nampak dimna pembentukan generasi muda yang diinginkan oleh stesyen TV ini yang sudah pasti ianya mendapat laluan dari pihak Kementerai Penerangan, Telekomukasi. Apakah dengan terpekek, terlonjat sana sini dapat memberikan satu-satu kebaikan, dari kalangan mereka ada juga anak gadis yang bertudung, mereka juga bersikap seperti " sudah di rasok polong ".

Memang dan harusnya kita sebagai orang tua merasa curiga atas program seperti ini, sudah pasti ianya memberikan keburukan dan penambahkan dalam membentuk generasi Muda. Pelaksanaan program pula berselindung di sebalik sumbangan dana untuk badan-badan tertentu, untuk rumah dan pengusahan seperti Badan Kebajikan untuk Penyakit Kanser, Rumah Kanak-kanak Cacat.

Untuk itu adalah diharapkan agar pihak berwajib memikirkan bagaimana cara terbaik untuk menapis setiap program agar dengan adanya program yang berunsurkan pemben tukan sahsiah di berikan keutamaan dalam pembentukan generasi muda untuk Malaysia.

Friday, November 27, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP 22

64 - We are what we repeatedly do, excellence then is not an act, but a habit - Artistotle.

Success is not an event, It is an ongoing process in. time and time again. Aristotle says it in a profound way, Anyone can succedd once or twice. And, anyone can fail or lose a battle or two along the way. What we must focus on is the habit of excellence, practicing success, repeatedly, day after day.

65 - A man who has to be convinced to act before he acts is not a man of action - Georges Clemenceau

I can easily lose patience with people whom I continually have to persuade before they will make a move. people of action don't need a pop talk every time their organization needs to take a risk, I'm not suggesting we don't plan, but men of action often embrace the method that Tom Peters made popular: " Ready. Fire. Aim"

66 - A man who wants to lead the orchestra must turnhis back on the crowd - Stephen Jobs

This little word picture is pregnant with meaning. If a man wants to lead the orchestra, he must first make a solitray decision. He cannot drift along with the crowd, nor can he pay attention to the crowd's response to his leading. He must remain focused, and be willing to stand alone. He must give himself to the few who are cooperating with him, not the masses who are looking on. finally, even if he yerans for the crowd's applause, that cannot be his goal, His goal must be a lead his orchestra with excellence. The applause ia a by - product

The Power of Leadership - John C. Maxwell

Thursday, November 26, 2009

BAJET - UMNO TERUS MENINDAS ORANG MELAYU

Saban tahun apakala satu-satu bajet yang dibentangkan mesti respon ahli, masyarakat khususnya masyarakat yang tidak tahu tentang ekonomi, tidak tahu dimana sumber kewangan negera,tidak tahu bagaimana agihan wang tersebut, menteri mana yang banyak diperuntukan dan entah apa-apa lagi menyatakan yang bajet itu cukup baik, cukup relevan, yang terbaik dan yang " mesra rakyat " dan tahun ini bajet juga mengikut apa yang laung-laungkan oleh pihak PM - bajet 1M rakyat di dahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Kini - mengikut Harakah keluaran 10-12 Zulhijjah / 27 - 29 November edisi 1492, YB Dato Mahfuz Omar dengan penoh yakin dan berkemampuan menyatakan bagaimana pihak Kerajaan yang di tunjangai oleh UMNO menganiyaai orang Melayu, ( Melayu terdiri dari orang PAS, PKR, DAP serta yang paling ramai dari gulongan orang UMNO ), jelas bagaimana mereka menjatuhkan hukuman kepada bangsa sendiri.

MARA - Majlis Amanah Rakyat adalah agensi yang paling kanan dalam memastikan kebangkitan Melayu di Tanah Airnya, di bawah MARA itu sendiri terdiri dari badan-badan yang dikhususkan untuk mendidik, melahir, malahan ditugas untuk memastikan kesenambungan kepimpinan negera juga dilahirkan dari institusi ini.

Tapi malang selepas PRU12, dengan kehilangan kepercayaan dari gulongan CINA dan INDIA, ( MCA DAN MIC serta GERAKAN ) kepimpinan UMNO mula mengorak langkah dan mencari formula di mana untuk memastikan gulongan pemilih dari MCA, MIC Gerakan kembali bersama-sama dengan UMNO dalam BN. Setalah berfikir dan meneliti perancangan yang sesuai, maka bajet 2010 telah digunaka pakai dalam hal ini. dan Agensi MARA yang 100% untuk orang Melayu perlu digunaka pakai.

IKM RM403 juta ( 2009 ) RM143juta ( 2010 )
Giat MARA RM28 juta ( 2009 ) RM28 juta ( 2010 )
MRSM & Kolej Mara RM254 juta (2009 ) RM115 juta ( 2010 )
MARA RM883,785 juta ( 2009 ) RM374,537 juta ( 2010 )

Perkembangan dan kemajuan sesebuah negera adalah melalui perkembangan pendidikan rakyatnya, dan oleh Kerana Malaysia di domisi oleh Melayu tambahan pula adanya akta 153 untuk kepentingan Melayu, kenapa agak nya kepimpinan UMNO sanggup menodai keperluan dan kepentingan bangsanya sendiri. Apakah ini yang dikatakan meletak dan memastikan Melayu tidak hilang di buma Malaysia.

Apa yang menyedihkan ialah, apa yang dilaungkan tidak menjadi kenyataan, malahan orang Melayu yang masih lagi ramai di perkampongan terus di tipu oleh kepimpinan UMNO yang mendapat kepercayaan orang kampong. Sebagai balasan orang kampong ditipu dengan penoh tanggongjawab oleh mereka.

Kenapa agaknya tidak ada orang Melayu ( UMNO ) yang terasa dengan tipu helah ini, kepada AP dan ADUN tidak bersuara dengan penoh rasa tanggongjawab untuk membetulkan kecelaruan ini? Sampai bila orang UMNO perlu di perbodohkan. Janganlah sampai cucu cicit kita hidup melarat di buminya sendiri, malahan KEPIMPINAN MELAYU BOLEH BERCAKAP TAPI MALANG TIDAK BOLEH BERTINDAK.

Masyarakat Malaysia kini sanggup menerima setiap kesalahan dan membantah setiap yang benar. Mahkamah juga tidak lagi berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri, sentiasa menyebelahi kepimpinan yang rosak. APA NAK JADI DENGAN KEPIMPINAN UMNO UNTUK MALAYSIA.

SUMBER HARAKAH EDISI 1492

Wednesday, November 25, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 2 - JUJUR DALAM PERKHIDMATAN

" All actions ar judged by the motive propting them " Prophet Mohammad
" Right Intension is to the actions for a man what the soul is to the body, or the root to the tree " Jeremy Taylor -

The Principal Factor Making An Impact in Developing Effective School - by Sharifah Madinah bt. Syed Abdul Rahman

Pendidikan, peranan dan tanggongjawab seorang guru / cikgu adalah satu tugas yang cukup mulia di mana dengan seorang guru yang membela, mengajar, mendidik, serta membentuk masa depan seorang manusia untuk menjadi manusia. Seorang guru perlu memahami hasrat dan kemahuan seorang pelajar di bawah kelolaannya serta perlu memainkan peranan yang penting dalam aspek ini. Guru adalah profesion yang mulia dan bertindaklah sebagai guru / pendidik - bukan berkerja sebagai guru.

Sebagai contoh, semasa Pengajaran dan Pembelajaran " guru " perlu memaksimakan masa yang diperuntukan untuk setiap waktu, " guru " juga menjadi contoh atau idola kepada setiap murid / pelajar, " guru " juga akan menjadi ikutan kepada mereka. Apakah kesan sampingan yang diterima oleh seorang murid / pelajara jika " guru " menasihatkan seorang murid jangan datang lambat sedangkan " guru " sendiri masuk kelas lambat dan kadang kala tanpa persediaan yang sepatutnya.

" what do the people think when you ( teacher ) enter the class ? "

Sebagai guru juga, apa yang diharapkan agar meletakkan ' peranan dan tanggongjawab " dalam pendidikan sebagai satu amanah dan berkerja dengan niat kerja untuk Allah. Bertindak dengan profesional dan bukan emotional adalah satu sikat yang cukup baik, malahan sikap tersebut adalah tuntutan dalam proses pembangunan pendidikan. Jika bertindak dengan " right intentions " ianya akan meninggalkan kesan positif kepada semua pihak khususnya murid-murid dalam kelas .

Kesan dari bersikap jujur dalam perkhidmatan dan kerja ini pasti akan melahirkan manusia yang akan sentiasa mengingati diri kita dan ianya akan menjadi sebutan di masa akan datang sebaliknya jika tindakan negatif juga akan menjadi sebutan tapi sebutan dalam bentuk cemuhan.

Sebagai guru " We must think of each student as a potential top scorer, you have to lead them ", Tell them that " You have the potential to be annything that you want to be. You only need to believe in yourself "

Tuesday, November 24, 2009

KOTA SEPUTEH - UMNO / BN GEMBIRA

PRK Kota Seputeh jika diadakan akan mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negera, sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan yang cukup tidak baik untuk UMNO / BN, itu adalah hujah Peguam Kanan Persekutuan En. Kamaluddin bin Mohd. Nor. Hujah ini untuk mempertahankan agar Kota Seputeh terus menjadi hak milik UMNO / BN.

Cuba kita huraikan apakah " keadaan tak menentu " yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan tersebut? Andaikan UMNO Kalah

1- Ianya adalah kekalahan yang ke 7 dari 9 PRK yang diadakan.
2- Sudah pasti apa yang terjadi di Bagan Pinang - N9, dimana UMNO / BN menang bukanlah kemenangan yang sejati, tapi ianya berbekalkan dengan undi POS yang mana semua ATM di paksa mengundi UMNO / BN.
3- Kewangan yang menyalahi dan tidak mengikut undang-undang pilihanraya akan digunakan oleh pihak UMNO / BN kerana kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan mereka.
4- Projek Mee Maggi akan dilaksanakan dengan sesegera yang mungkin, dan rakyat akan gelisah melihat pelaksanaan projek tersebut.
5- UMNO / BN sudah pasti " Mengepow " taukeh-taukeh untuk mendapatkan peruntukan bagi membiayaai projek yang diperlukan.
6- kepimpinan UMNO / BN akan terus mendapat malu
7- Menambahkan kegelisahan pemimpin UMNO / BN untuk menghadapi PRU13 nanti.
8- Kerusi PR akan bertambah di Negeri Kedah.
9- Siri ceramah dan kempen oleh PR sudah pasti akan membuka pekong kepimpinan UMNO / BN secara lebih jelas, korupsi seperti PKFZ, pembelian kapal selam, pembinaan dan terlibatnya bekas kepimpinan tertinggi dalam kes PKFZ, landasan berkembar. Kes tragedi malang Altantuya pasti menjadi lebih dramatik, apatah lagi di mana Mr. Bala telah kembali ke tanah air.
10- PR juga akan memberikan penjelasan tentang keterbukaan pemerintahan pemimpin PR, sebagai contoh, dimana Ketua Audit Negera juga telah mengitiraf kerajaan PR telah menggunakan wang rakyat dengan penoh berhemah termasuk negeri Kedah di man PRK yang akan diadakan.
11- Kemenangan hujah peguam Speaker DUN Kedah, sudah pasti memberikan impak kepada apa yang terjadi di Perak.

Kesimpulan, dari sudut guaman dan kesahan dan peranan speaker di DUN dan Parlimen kini sudah di kuasai oleh SPR. SPR kini jelas menjadi agen paling popular untuk memastikan UMNO / BN sentiasa dalam keadaan selesan. Apakah ini peranan mereka, dan apakah ahli guaman pula juga sudah memutar belitkan fakta dan menodai undang-undang tubuh setiap kerajaan negeri terutama kerajaan negeri di Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini terus terhimpit dengan gelagat peguam-peguam yang sudah tidak mengindahkan undang-undang tubuh kerajaan sebaliknya memutar belitkan sehingga dapat memastikan UMNO / BN selesan. Selesa dengan rasuah, penipuan, salah guna kuasa dan rakyat terus di tipu. Kenapa Kepimpinan UMNO berani bertindak demikian, mungkin agaknya mereka sudah disediakankan dengan peguam yang boleh di cucuk hidungnya.

Monday, November 23, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP 21

61 - It is only as we develop others that we permanently succeed - Harvey S. Firestone

In a word, that goal of a leader is to leave a " legacy." He wants to leave behind something permanent after he dies. He wants to have improved the lives of people in some corner of the world, or better yet, see them engaged in a cause that counts. This doesn't necessarily mean fame or wealth. It simple means people who continue in a mission because he has developed them.

62 - It isn't the people you like who make our life miserable, it's the people you don't - Harvey Mackay

Throughout my ministry, I;ve been fascinated by the word Jesus spoke in John 15. Specifically, where He talks about pruning the vine so that the brances could continues to grow. I've must scores of pastor and leaders who are afraid to " prune " went it comes to theirs staff. They think it would not appeared very " Christian". Quite the contray. The concdept is not only biblical, but if we don't practice it in our organizations. someday it may come back to haunt us.

63 - The essence of leadership is a vision you articulate clearly and focerfully on every occasion. You can't blow an uncertain trumpet - Theodore Hesburgh

I'll never forget hearing the " vision " of the Pepsi Company a number of years ago: " The tastes of Pepsi-Cola on ht lips of everyone in the world," What a huge overwhelming vision - yet how precise, measurable, and pointed it was, Everyone in the company knew it, and was harnessed to achieve it. Our vision must be heard until our people can embrace it.

The Power of Leadesship - John C. Maxwell

Sunday, November 22, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF 1 - BE POSITIVE

" The art of being youself at your best is the art of unfolding your personality into the person you want to be ... Be gentle with yourself, learn to love yourself, to forgive yuorself, for only when we have the right attitude toward ourselves can we have the right attituted toward others".

Untuk itu sebagai seorang PENDIDIK memiliki budaya " positif " amat penting kerana melaluinya ia akan menjelmakan keseronokan dalam tugas, kerana segala-galanya terpulang kepada hak individu kalau ianya ingin menyatakan itu satu kedukaan ianya boleh melaksanakan kedukaan tersebut juga sebaliknya. " The mind is a kingdom unto itself, it can make a hell from a heaven or a heaven form a hell". Pandangan dari sudut yang positif amat diperlukan.

" The great men achieve their gretness by being positive in their attitude " dengan itu ada kaitan antara sikap positif dan pencapaian seseorang individu tersebut. Selain dari itu setiap individu juga perlu percaya dan yakin dalam setiap tindakan dan perancangan yang akan diambil kerana kata-kata " Whetever you believe you can, or dont " ia bermakna kita sentiasa dalam keadaan yang benar, kerana keputusan di tangan kita. Tidak semestinya " sikap yang positif " dapat menghasilkan setiap perkara dengan cemerlang tapi melaluinya ia dapat membantu ke arah tersebut.

Bersikap " positif " juga dapat mempengaruhi kepercayaan sesorang invidu terhadap kita, ini kerana masyarakat berasa yakin terhadap tindakan dan hasil kerja yang perolehi nanti. Kayakinan sebagini dapat menambahkan keseronokan kepada pelajara / murid-murid yang menjadi anak didik kita. Sikap positif juga perlu diterapkan semasa bersama dengan kaum keluarga murid / pelajar, mereka adalah egen utama dalam perubahan proses pembangunan pendidikan anak-anak mereka.

Sebagai seorang guru - adalah sepatutnya mampu untuk memberikan nasihat khususnya pada hari pertama persekolahan dengan memastikan kalangan ibubapa/penjaga memberikan sokongan, kebajikan, dan pemerhatian kepada perkembangan pembelajaran anak-anak. Mengadakan majlis perhimpunan, hari keluarga, hari kantin, hari ucapan dan penyampaian hadiah serta memberikan pandangan dan tegoran sedara " positif " di sepanjang perjumpaan atau pun setiap kali menyampaikan ucapan.

Guru juga perlu pandai menggunakan PIBG, sebagai penyambung antara pihak sekolah dengan pihak ibubapa.

Saturday, November 21, 2009

GURU - MANAGE YOURSELF WISELY

Pendidikan adalah elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negera, dan tidak ada negera dalam dunia ini yang meninggalkan " pendidikan " dalam proses pembangunannya. Bagi negara kita, mainan politik lebih penting dari pembentukan kemanusiaan sebab itu pernah satu ketika, " pendidikan " ditukar dari " pelajaran ", ini disebabkan " pendidikan " lebih luas skop dari " pelajaran " tapi kekuatan politik dan rasa benci terhadap individu tertentu pengurusan pembangunan manusia dari " pendidikan " dikembalilkan kepada " pelajaran ". Dari Kementerian Pendidikan ke Kementerian Pelajaran.

Pegawai Perkhidmatan Pelajaran nama jawatan yang dipohon tapi GURU - CIKGU adalah nama glamour yang digunaka pakai oleh semua pihak, jadi nama pejawatan sebenar hilang entah kemana, perkataan GURU / CIKGU menjadi lebih utama juga lahirlah satu perayaan HARI GURU.

Dengan itu, peranana dan tanggongjawab GURU amat luas seluan lautan pasifik, semua pertanggongjawab perlu dipikul oleh GURU, apa saja tugasan, yang sudah pasti GURU adalah icon kepada masyarakat, di sekolah mereka adalah pentadbir, pengajar, ahli saikologi, " motivator ", " moderator " bertindak sebagai orang tengah serta mereka juga bertindak sebagai " pegawai perhubungan awam antara sekolah dengan masyarakat, tugasan perlu di laksanakan dengan penoh rasa tanggongjawab.

Sebagai seorang warganegara, GURU juga perlu ada rasa tanggongjawab kepada negera, mengelakkan dari sebarang skandal, tidak terlalu "outspoken". Sentiasa menunjukkan keperibadian yang tinggi dan sentiasa berhemah. Selain dari bertindak sebagai " Guru ", guru juga perlu bertindak sebagai " bapa " semasa di sekolah, dengan itu Guru pandai mempelbagaikan tatacara untuk menangani permasalahan yang dikemukan oleh murid/pelajarnya.

" Guru / teacher are vey busy and hold respected position. Their abality to manage themselves play a critical role int their success principals "

Sebagai " guru " perlu sentiasas cergas, menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran semaksima yang mungkin, berjaya mengawal " stress " serta mengawal tingkah laku. Keberkesanan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan dapat memenimakan kegagalan pelajar di bawah kelolaannya.

Untuk itu faktor-fakor berikut perlu di berikan penekanan oleh seorang Guru demi memastikan kejayaan dalam tugas yang di amanahkan.

Apakah faktor-faktor tersebut - tunggu keluaran akan datang.maaf

Friday, November 20, 2009

UPSR - PERAK MASIH TERTINGGAL

Sehari dua ini, isu yang bermain di kepala ialah berkaitan dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2009. Ujian ini telah menjadi hebat dan dihebatkan dengan pelbagai cara, kerana melalui ujian ini masa depan anak-anak sudah dinilai dan di rancang, kerana kemampuan mereka untuk ke asrama penoh ( Sekolah Berasrama Penoh ) SBP. Umum juga mengetahui SBP ini pula adalah yang bertaraf 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang. Yang 5 bintang seperti Tun Fatimah, Tengku Kursiah, Maktab Melayu, Sekolah Tengku ABdul Rahman dan lain-lain. Disamping itu ada juga asrama yang ditaja oleh jabatan pelajaran negeri itu sendiri. Juga sekolah asrama harian dan rancangan khas.

Pada keseluruhannya, pencapaian tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas ianya mesti meningkat dan juga berjaya merapatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Dengan pencapaian cemerlang pengucupan dari 4.22% ke 3.64% menampak pelajar luar bandar sudah bersedia untuk menandingi pelajar bandar. Bagi pencapaian baik pula, pengucupan cukup ketara dari 6.25 ke 5.55% Pencapaian semua A dari 9.19 ke 9.51% di mana perbedzaan 0.2%.

Walaubagaimana pun Negeri Perak pada tahun ini melihatkan sedikit penurunan dalam pencapaian 5A/7A, 0.27% dari 9.05% tahun 2008 ke 8.78 tahun ini, dari aspek pencapaian maksima mata pelajaran ada menunjukan peningkatan iaitu dari 60.70 ke 61.77peningkatan 1.07%.

Untuk itu Perak masih belum dapat menandingi Terengganu yang terus duduk di singgahsana " juara " dalam UPSR ini, tahniah pada Terengganu dan Perak pula perlu " mencuri " apa yang dibuat oleh terengganu.

Pada keseluruhanya, syabas dan tahniah kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah memberikan kerjasama yang jitu untuk memastikan kelangsungan pencapaian di tahap yang boleh dibanggakan dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

Thursday, November 19, 2009

1M - TV SWASTA TIDAK MEMPROMOSIKANNYA

Kepada semua dan keseluruhan masyarakat Malaysia, memang telah diketahui pada masa zaman pemerintahan Najib, beliau telah berjaya mengtalkinkan " islam hadari " dan mengujudkan slogan " 1Malaysia " yang lebih konsepkan membudayakan masyarakat yang berbilang kaum, semua aktiviti, perancangan, tindakan dan rumusan perlu ada kaitan dengan kepentingan semua kaum. Dalam keghairahan melaksanakan aktiviti 1M, akhirnya dengan satu tragedi di Kuala Dipang, Perkhemahan 1M dengan penglibatan hampir 300 orang murid sekolah rendah seluruh daerah Kinta Selatan dan mengorbankan 3 nyawa yang tidak berdosa.

Dalam keghairahan tersebut, media elektronik adalah media yang cukup memainkan peranan dalam urusan ini, sama ada radio mau pun TV. " Salam 1 Malaysia " yang diungkapkan oleh DJ radio & TV telah menjadi isu satu ketika tapi akhirnya di diamkan sahaja oleh pihak berkuasa agama, dan salam yang tidak tahu kepada siapa ditujukan itu diteruskan juga.

Berbalik kepada penggunaan TV dalan kempen 1M ini, di dapati bukan semua stesyen TV bersama-sama untuk " menjual " idea program ini. kenapa agaknya ya!

Kalau diperhatikan secara terliti dan sila ambil peduli beberapa perkara berikut:

1- Di TV ( hanya RTM ) sahaja di mana pembaca berita mengenakan angka 1 pada kot mereka, sama ada lelaki mau pun perempuan. Kenapa stesyen lain tidak bertindakan mengikut RTM. Apakah ada sabotaj dari stesyen lain?

2- Kita juga perhatikan semasa berita, pada skrin TV ada lambang 1 di sudut kiri kaca TV, itu pun terdapat pada RTM sahaja, sedang TV3, TV9 dan yang lain tidak ada, dan apakah stesyen ini protes program ini? Bukankah TV3, TV9 juga di bawah naungan kerajaan dan bukankah mereka juga bertanggong jawab dalam pelaksanaan kempen tersebut.?

3- Pembaca berita TV selain dari berita perdana tayangan RTM, lansung tidak menyampaikan ucapan " salam 1 Malaysia " kenapa ini terjadi, apakah pihak pengurusan stesyen ini tidak merestui program yang di lancarkan oleh PM?

4- mengiklankan 1M, memang menjadi tanggongjawab RTM, walaubagaimana pun TV3 ada juga menyelitkan sekali sekala itu pun dalam jangka masa yang cukup singkat.

pada keseluruhannya, penglibatan semua pihak ( media elektronik )masih lagi disangsikan untuk kekuatan pelaksanaan 1M ini. Sejauh mana masyarakat khususnya kepada media elektrik dapat memainkan peranan masih boleh dipertikaikan lagi. Apakah ada kalangan terterntu juga berusaha untuk menggagalkan peranan dan hala tuju 1M cetusan PM DS Najib ini. Sama-samalah kita fikirkan.

Wednesday, November 18, 2009

RM1 - DSAI DISIASAT OLEH SPRM

Setelah DSAI dilantik secara rasmi oleh Kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonominya, dan DSAI pula menerima hanya RM1 sebulan sebagai imbuhan kepada jawatan tersebut maka yang ramai berkokok ialah kalangan pemimpin UMNO. Boleh dikatakan semua mereka menyanggah perlantikan tersebut dengan berbagai-bagai vesi.

Kita lihat saja pendapat Noh Omar, ini adalah tektik Kerajaan Selangor untuk merendah dan menjatuhkan mertabat Ketua Pembangkang, apakah jawatan sedemikian hanya cukup dan berbaloi dengan RM1 sahaja. Sedangkan elaun sebagai YB sama ada di parlimen mau pun di Dewan undangan Negeri, imbuhan cukup lumayan bermaksud ribuan kali gandaan dengan RM1. Tambahan pula sebagai ADUN / AP sudah tentu ianhya diiringi dengan tender-tender projek yang lumayan, maka sudah tentulah hidup seorang ADUN / AP menjadi lebih mewah ( kelakuan ini hanya pada ADUN / AP UMNO / BN ) sahaja, kerana mereka yang pandai melahapkan wang rakyat.

Rais Yatim pula menyatakan ini hanyalah helah politik DSAI sahaja. Kerana atau pun mungkin DSAI cuba memperli rakan-rakan dari UMNO/ BN yang cukup pelahab dan sentiasa berusaha untuk menambahkan kekayaan sahaja. jadi pandangan Rais ini ada benarnnya.

Terakhir bakal Menteri Kanan Malaysia - cadangan Rahim Tambi Chik untuk DR M. beliau menyatakan DSAI bukanlah seorang ahli ekonomi dan langsung tidak ada kekuatan untuk mengedali uruskan kewangan. ini bukannya menguruskan kewangan sebuah kelab belia mau pun JKK tapi mengandali uruskan kewangan sebuah negeri yang terkaya di Malaysia. Mahathir masih terus memarahkan DSAI - tapi DSAI dengan tenang membalas kritikan DR M, hanya dengan menyatakan semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu, DR M adalah PM dan setiap kali bajet dibentangkan oleh DSAI pasti DR M memberikan pujian amat sangat. Jadi kemampuan DSAI untuk mengendali uruskan ekonomi telah terbukti lama dulu dah.

Kini, terkini adalah pula kalangan kepimpinan UMNO yang mendesak SPRM untuk menyiasat bagaimana Kerajaan Selangor boleh meluluskan imbuhan RM1 ini, kerana ianya cukup memalukan, kenapa tak laksanakan seperti mana Khir Toyo rompak wang Selangor, kenapa tak seperti mana komisyen membeli " scorpion " banyak lagi contoh yang boleh dikemukakan. Dengan itu SPRM patut meletakan isu ini sebagai berprofile tinggi dan terus di siasat. Carilah kebenaran wahat SPRM.

Tuesday, November 17, 2009

BENCINYA UMNO KEPADA DSAI

Setiap hari ada saja report berkaitan dengan pemilikan wang negera oleh DSAI. Semua pelapor dengan penoh yakin dan rasa bertanggongjawab melaporkan pemilikan tersebut. Yang sudah disahkan tidak ada pun di ungkit-ungkit - seperti pemilikan 3billion, di sahkan tidak ada, tapi di ungkit semula oleh Ketua Pemuda, mohon di siasat dan teruskan siasatan. Apa yang nak di siasat kita pun tak tau.

Apakah mereka cuba menipu rakyat, menipu kalangan pengundi, atau adakah dengan cara ini saja cara dapat memastikan setiap rakyat di Malaysia penoh yakin dan percaya bahawa DSAI adalah seorang yang tidak amanah? Kini Sdr. Anuar Shaari bekas setiausaha DSAI pula membuat laporan di mana DSAI ada menyimpan saham bernilai 2 juta.

DSAI telah di tendang, terajang dan di sepak serta dilebamkan matanya puluh tahun yang lepas, penghakiman yang berjaya memenjarakan beliau memang di ragui oleh semua pihak, tapi aneh pada masa itu tidak timbul kes saham 2 juta. Nampaknya perancangan yang dimainkan seolah-olah mereka tahu apa akan jadi masa depan DSAI.

Musuh DSAI tahu, beliau akan di tangkap, beliau akan dipenjarakan beliau akan dilebamkan, dan akhirnya akan dibebaskan untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. perancangan Musuh tidak begitu hebat rupanya DSAI akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke parlimen dan menjadi ketua Pembangkang.

PRU12 telah menjadikan saksi di mana mulanya drama " kearah kemusnahan umno " kekalahan di PRU 12, dengan kehilangan 5 negeri ( tapi Perak dirampas semula )dan setakat ini sudah 8 PRK diadakan, di mana PR telah memenangi 6 darinya, ini menjadikan kepimpinan UMNO / BN menjadi haru biru, tak tentu hala, hilang arah tuju dan akhirnya mereka menggunakan semua kemudahan yang ada PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Segala usaha gagal, malahan ramai kalangan kepimpinan UMNO / BN yang terperangkap dengan mainan mereka sendiri. kekelamkabutan dari parti komponan MCA, MIC, PPP, Gerakan, seolah-olah BN dalam proses kehancuran dan kemusnahan. Apakah ini akan menjadi realiti seperti apa yang terjadi di Jepun dengan LDP hanjur setelah selama lebih 50 tahun dalam pemerintahan.

Mereka ( Kepimpinan UMNO ) menjadi lebih haru hijau dengan perlantikan DSAI sebagai penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan cuma elaun hanya RM1. Malahan mereka ( UMNO ) pula membuat tohmahan yang bukan-bukan.

" THE TEST OF LEADERSHIP: TURN AROUND AND SEE IF ANYONE IS FOLLOWING YOU "Cebisan dari " The Power of Leadership "

SPR - SEPERTI "CHIPMORE"

PRK Kota Seputeh akan ditentukan oleh pihak SPR. Kini PRK ke 9 akan berlaku tak lama lagi, jelas mahkamah di Malaysia juga membicara dan menghakimkan penghakiman yang berpilih-pilih. Kenapa ini perlu dilakukan, siapa pengarah dan siapa yang diarah untuk memastikan perlakuan yang tak sepatutnya berlaku dalam dunia penghakiman.

Kita lihat dan perhatikan kepada beberapa insiden, contoh Kota Seputeh, kenapa SPR tidak menggunakan hak dan peruntukan dalam undang-undang tubuh sesebuah kerajaan negeri, kenapa SPR perlu mendengar arahan tangan ghaib untuk membuat keputusan, kini kredibiliti SPR itu di sangsikan, ia bertambah sangsi. Semua maklumat, semua bacaan berlandaskan undang-undang tubuh tapi SPR membaca undang-undang tubuh mengikut dan menari bersama kepentingan UMNO / BN.

Kita lihat pula apa yang berlaku di Perak. Bagaimana SPR menidakan hak PR yang perlu mengosongkan 3 kerusi ( Changkat jering, Behrang dan Jelapang ) kerana melompatnya ketiga-tiga ahli tersebut. Permohonan dibuat atas dasar kesemua ADUN tersebut gelah menandatangi surat " kesepakatan " dalam Pakatan Rakyat. Jika berlaku " lompatan " kerusi mereka di istiharkan kosong, tapi SRP tidak mengindahkan perjanjian tersebut. Sebalinya memberikan laluan kepada Najid untuk memastikan mereka bertindak sebagai calon bebas tapi " mesra " dengan BN.

Boleh dikatakan, SPR menyebelahi BN, semua tindakan dan penghakiman mereka di rancang bersama-sama dengan kepimpinan BN. kadang-kadang tindakan mereka seperti "chipsmore" kejap ada kejab tak ada.

Monday, November 16, 2009

YAB TGNA terus di tekan dan henyak oleh Pemuda UMNO Negeri Kelantan, hanya disebabkan YAB sedia menerima satu "offer" dari kalangan tertentu yang benazar untuk menyumbangkan rm65K untuk YAB tuan guru pergi ke Mekah menunaikan haji.

Sunday, November 15, 2009

1M. 1Negara, 1RM

Isu terkini ialah berkaitan dengan perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan ganjaran cuma RM1. Puak UMNO mengandaikan berbagai-bagai tohmahan terhadap imbuhan tersebut.

Apakah dengan imbuhan cuma RM1 ianya sebagai satu penghinaan, merendahkan mertabat atau individu berkenaan tidak berkualiti ?

Kalau kita imbas kembali, siapakah individu yang bertanggongjawab melahirkan " pembangunan perbankan Islam " di Malaysia. Mungkin orang UMNO dah lupa, semasa menjawat jawatan Menteri kewangan tempoh hari DSAI adalah individu yang bertanggongjawab, kini perbankan islam - ( Bank Islam ) berkembang begitu pesat sekali, malahan ianya setanding dengan bank-bank komersial yang lain, dan bank komersial yang lain juga kini mengikut jejak langkah apa yang ada di " bank islam "

Cuba kita perhatikan apakah kepimpinan UMNO sanggup menerima upah sedimikian rupa? bagaimana mereka sanggup merompak, memungkiri janji, menyalahgunakan kuasa serta lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan masyarakat. kita lihat saja isu yang kini sedang bermain di kepala seluruh rakyat PKFZ ( Port kelang free Zon ), siapa dalang mereka, kini terpali kedua-dua bekas pucuk pimpinan negera, kita lihat pula bagaimana penyelewangan projek Lintasan Berkembar - Rawang - Ipoh, nama ketua hakim negara juga tersenarai sama.

Kalau kita nak cari lagi, ramai lagi kalangan kepimpinan UMNO / BN yang tidak sanggup bertindak seperti DSAI. Ada kalangan anak menteri dalam usia yang semuda itu sudah ada simpanan jutaan ringgit. Kerana bagi mereka hidup mewah adalah satu cara hidup yang perlu dimiliki.

Rakyat Malaysia bisa hidup mewah dan selesa jika pemimpinnya ada perasaan ingin membantu dan tahu bagaimana untuk menguruskan dana negera. Tapi bagi Malaysia kini amat mendukacitakan kerana, pemimpin lebih mementingkan diri, keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja.

Dengan itu, kini kita kenal dan dapat menilai keberkesanan hidup seseorang pemimpin, seperti Tuan Guru Nik Aziz, sejak mengetuai kerajaan Kelantan beliau terus dan menetap di Pulau Melaka, tidak seperti pemimpin UMNO/BN hidup sentiasa rakus dan boros.

Saturday, November 14, 2009

HADARI - HARAPAN BARU DARUL RIDZUAN

Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak yang telah berjaya dengan jayanya menganjurkan Konvensyen semperna 10 tahun keujudan parti tersebut di negera ini. Sejak ditubuhkan pada 1999 - setahun selepas DSAI di hukum, di dera, di fitnah dan akhirnya di sumbatkan ke penjara Sungai Buloh. Perayaan kali ini juga di kendali uruskan oleh Majlis Pimpinan Baru.

Bertemakan " Menggilap Harapan Rakyat ", konvensyen telah menggariskan pergerakan yang belandaskan HADARI "HARAPAN BARU DARUL RIDZUAN " serta 5 Misi Utama Strategik Keadilan Perak ( MUST ). Pengisian konvensyen ucapan Pengerusi Pimpinan Negeri - Sdr. Mustaffa Kamil bin Ayub, dan majlis foram dengan 4 orang penal terdiri dari Pensyarah Politik dari USM, Setiausaha Agung PKR Pusat, Ahli Parlimen Gopeng dan ADUN Kawasan Hutan Melintang.

Majlis di akhiri dengan satu ucap utama oleh DSAI - Ketua Umum PKR sendiri.

5 Strategi tersebut ialah:

1- Memperkasa organisasi dan mengigilap imej KEADILAN Perak.
2- Memantapkan kerjasama Pakatan Rakyat Perak
3- Meningkatkan sokongan pengundi Melayu terutama perdesaan dengan mengekalkan
sokongan pengundi Cina, India dan lain-lain
4- Memperjuangkan keadilan dan kebajikan bagi seluruh rakyat Perak
5- Mengembalikan demokrasi yang lebih adil bagi rakyat perak.

Kepada kepimpinan negeri, adalah diharapkan agar dapat meneruskan perjuangan demi kesajteraan rakyat Malaysia.

Friday, November 13, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP 20

58 - The most important thing about having goals is have one. - Geoffery F. Abert.

Simply possessing a goal will put you in a hingher league than most of your peers. I remember. J.C.Penney once said " Show me a stockclerk with a goal. and I'll show you a man who"ll make history. Show me a man without a goal, an I"ll show you a sotckclerk". Goals make the difference between dreaming and doing.

59 - Dreams are the touchstones of our character - Henry David Thoreau

All across the country, as I meet leaders, one question I enjoy asking them is " What is your dream?" You can tell a lot about a man's character by the substance and size of his dreams. They speak volumes about his motives, priorities, values, purposes, and goals.

60 - The highest compliment leaders can recierive is the one that is given by the people who work for them - Harvey S. Fireston

To me, success is being respected by those who are closest to me. I want to display integrity to those who see all my warts and wrinkles. I want to have the admiration of my family and my colleagues, the poeple who see me day in and day out. It's easy to be honored and esteemed by those who are far away and seldom seen, I want to be hero at home.


The Power of Leadership - John C. Maxwell

Tuesday, November 10, 2009

PAKATAN SULIT - DIMANA PERLUNYA

Selepas PRU12, UMNO / BN ( khususnya UMNO ) telah mula kehilangan kerusi yang disumbangkan oleh rakan kongsi mereka, MCA, MIC dan Gerakan ( 3 parti gabungan yang kuat ) hatta 2 daripada presiden parti kompenan ini hilangan teraju pemerintah. Samy Vellu dan Koh Soo Koon. Walau pun UMNO banyak dapat kerusi tapi " undi popular " memihak kepada pembangkang. UMNO terus mengelabah. Tambahan pula rakan MCA, MIC dan Gerakan sebagai rakan rapat juga kehilangan banyak kerusi tambahan pula ada kalangannya kehilangan presiden parti. Kesan dari PRU 12 amat memeritkan UMNO khususnya.

Untuk itu angin bertiup untuk mengadakan UG ( united goverment - kerajaan perpaduan ) bagi gabungan PKR, DAP dan PAS tambahan pula dengan kemenangan 6 dari 8 PRK menambahkan kekuatan untuk mereka merapatkan lagi saliturahim untuk menerajui negera dengan berasaskan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Desas desus perlu adanya gabungan dan pakatan sulit amat diperlukan oleh UMNO khususnya dengan kepimpinan PAS.

Urutan peristiwa " gabungan " antara PAS dengan UMNO ini dapat kita intai semula pada tahun 1969 dengan kejadian Mei 13, dengan kemenangan bergaya DAP di beberapa buah negeri, dan akhirnya ujudlah BARISAN NASIONAL dimana PAS juga bersama-sama dalam gagasan ini. Akhirnya apabila UMNO dah pulih dan mampu hidup senang dengan senang pula mereka menerajang PAS keluar dari pakatan BN tersebut.

Apakah tragedi PRU12 ini juga menjadi landasan kepada UMNO untuk mengadakan " pakatan sulit " dengan PAS, kenapa sekarang, kenapa pakatan ini tidak berterusan, seperti mana pakatan di kalangan orang Cina dengan menggunakan satu " mentor " untuk mengarahkan hala tuju masyarakat Cina. Bagaimana mereka menolak dasar sistem pendidikan satu Aliran, pelaksanaan Sekolah Wawasan, penentangan mereka kepada pelaksanaan PPSMI semua berjaya, tapi tidak di kalangan " melayu " .

Kita lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan menidakan hak Terengganu dengan royaliti pada mana PAS memerintah Terengganu tempoh hari, bagaimana ianya juga dilakukan di Kelantan, bagaimana Kerajaan Kelantan dinafikan hak sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, jadi faktor ini jelas menunjukan keiklasan kepimpinan UMNO untuk bersatu padu di kalangan orang melayu itu sendiri memang samar-samar, mereka lebih mementingkan kelompok mereka sendiri.

Untuk itu, adalah di sarankan agar PAS berwaspada dengan perancangan sulit UMNO untuk mengadakan " pakatan sulit " ini. Jika tidak berhati-hati ianya akan menjadi senjata untuk mereka menghadapi PRU13. Pada masa ini UMNO akan menggunakan apa saja cara untuk menghalalkan setiap perancangan agar berjaya.

Monday, November 9, 2009

KERAJAAN GALAK KAKITANGAN AWAM RASUAH

" It is morally wrong to ask for bonus as the couantry is still struggling to sail out of the economic downtrun and people in the private sector a being retrenched " Najib said today - Harakah Edisi Isnin Bil. 1487

Kata-kata Najib ini boleh di anggap sesuatu yang cukup banyak kelainan dan dapat juga di anggapkan seperti " cakap tak serupa bikin " " ketam nak ajar anak jalan betul ". Dan tahukan beliau apakah peranan dan tanggongjawab kepimpinan dalam setiap organisasi, bukankan kepimpinan untuk menentukan hala tuju organisasi dan menjaga kepentingan ahli-ahli di bawah jagaannya.

Cuba kita lihat dan berikan sedikit pemerhatian dalam bajet 2010, Najib sanggup meluluskan berjuta ringgit khusus untuk program " Permata ". Tahukah kita siapa yang mengepali Permata tersebut? kelulusan bajet untuk Permata jelas menujukkan kepada rakyat bagaimana Menteri Kewangan lebih atau pun menumpukan perhatian kepada organisasi di bawah kelolaan orang tertentu. Sedangkan siapakan yang akan melaksanakan Permata itu nanti. Bukankah mereka dari kakitangan awam juga?

Tak usahlah kita bincangkan " tidak bermoralnya " beberapa tindakan yang telah diambil oleh PM dalam menangani beberapa permasalahan dalam negara. Bagaimana perancangan tidak bermoral untuk merampas Kerajaan Negeri Perak oleh UMNO / BN yang diketuai oleh Najib.

Bagaimana kepimpinan di semua negeri kecuali negeri yang diperintah oleh PR, banyak sangat salah laku urus tadbir kewangan negeri, contoh di Pahang kereta kerajaan negeri boleh mengisi minyak RM100 dalam tampoh 1minit. Bagai mana kerajaan Pahang di denda kerana mungkir janji dengan syarikat pembalakan, habis wang rakyat digunakan untuk membayar salah laku tersebut. Semua kesalahan dan " morally wrong " ini tidak diambil tindakan, bagaimana buruk lakunya kepimpinan dalam usaha mengurus dan mentadbir PKFZ dan kini terbabit pula Ketua Hakim Negara dalam isu Landasan Berkembar dari Rawang ke Ipoh. Di mana agaknya " moral " meraka yang menjadi hakim pun sanggup melakukan kesalahan sedemikian.

Cuepecs cuma minta bonus untuk satu setengah bulan sahaja, belum pun dapat lagi, dah dilebalkan " morallay wrong " Agaknya minta cara rasmi salah tapi curi atau pun tipu di benarkan. Apakah " morally wrong " ini menggalakan kakitangan awam untuk bergiat aktif dalam salah laku rasuah seperti apa yang berlaku dalam kepimpinan pemerintah masa kini?

Apa nak jadi dengan negera kita, " 1 Malaysia " terus di sangsikan pelaksanaannya.

Sunday, November 8, 2009

SYARAHAN PERDANA DSAI

BERITA KEADILAN PERAK.

PKR PERAK akan mengadakan PROGRAM semperna SAMBUTAN 10 Tahun Keadilan Perak pada 13,14 dan 21 Nov. ini. Semuanya bertempat di Perkarangan Wisma KEADILAN Perak. Disamping itu juga, Sdr. DSAI akan menyampaikan syarahan seterusnya merasmikan Wisma Keadilan Perak. kebetulan Wisma Keadilan Perak ini juga terletak berhampiran dengan parti pakatan yang lain - DAP dan PAS.

Cara tak langsung ikatan " persaudaraan " pakatan dapat dijelmakan.
" HIDUP PAKATAN RAKYAT "

13 Nov. 2009 - Muzkarah Perdana bersama tokoh gerakan Sudan
- Masjid Bandar Baru Putra Hulu, Kinta
- Mulai jam 7.00 - 11.00 malam

14 Nov. 2009 - Konvensyen 10 Tahun Keadilan Perak
- Dewan Chung Woo
- 02.00 - 06.30 petang

- Syarahan Perdana
- Pemidato Utama YB DSAI
- 9 Malam
- Perkarangan Wisma KEADILAN Perak
Medan Istana Ipoh Raya
( dekat SUK )

21 Nov. 2009 - Program Mengakar & Merimbun
- Dun Alor Pongsu
- 09.00 pagi - 12.00 malam

Semua dijemput hadir

Saturday, November 7, 2009

SELAMAT BERANGKAT KE MEKAH

Puisi Ke Tanah Suci:

Kalau Pergi Ke Tanah Suci
Bawalah niat yang besih murni
buang segala busuk dihati
jauhkan perbualan jahat keji.

Bersihkan semua rohani jasmani
hindarklan perasaan benci membeci
tabah menahan segala uji
perbanyakan kesabaran daslam diri.

Tanamkan keinssafan takwa yang tinggi
usah khayal berleka lagi
kerana apalah guna naik haji
jika masih tidak sedar diri.

Mengerjakan haji bukannya mudah
Tambang haji bukannya murah
kita pergi menghadap kaabah
membuang segala sifat mazmumah

Bukan setakat nak melaram jubah
Bukan untuk bermegah-megah
Tingkah laku dan hati mesti berubah
Iman dan takwa hendaklah bertambah

Untuk mendapat haji mabrud dan berkah
perbanyakan membuat amal ibadah
kekalkan sifat terpuji mahmudah
iklas semata kerana Allah.

Sedutan dari Majallah i -
nukilan Ehsan Jamili,
Taman Desa Baru, Melaka.

Selamat menunaikan haji kepada semua "pengunjung" yang ke mekan
Moga-moga dapat beramal dan dikurniakan dengan haji yang mabrur.

Friday, November 6, 2009

UDIAN CARA POS MASIH ADA KELEMAHAN

Negara telah mengadakan PRU sejumlah 12 kali dan yang terakhir ialah pada 2008, disamping PRK entah dah berapa kali, walaubagaimana pun, sejak akhir-akhir ini, pengundian cara pos telah dipertikaikan, tak kira terutama pihak pembangkang, undian cara pos boleh dikatakan sentiasa di anggap tidak mengikut kreteria yang sepatutnya.

Kenapa jadi sedemikian rupa, apa tak kenanya, dan mengapa pilihan cara ini masih diperlukan dalam keadaan dunia sudah dihujung jari? Serta sebenarnya kepada siapakah undian cara pos ini diperlukan, atau tidakkah SPR mengkaji dan membuat " reaserch " untuk penambaikan pilihan cara ini.

UNDIAN CARA POS - ianya diperlukan kepada setiap pemilih yang tidak ada di kawasan dimana mereka mendaftar sebagai pemilih. Tapi teori ini hanya untuk pasukan keselamatan ( polis dan tentera ) apakah pula ianya melibatkan isteri dan anak-anak mereka pula ( yang layak )Kalau isteri dan anak-anak pula layak menerima undian cara pos, bagaimana pula orang awam yang berkeadaan yang sama, mendaftar di tempat lain dan menetap di tempat lain. Alamat masih belum ditukarkan.

Kepada pegawai keselamatan, tak semestinya mereka mengundi ditempat mereka berada ketika itu, contoh; kalau mereka sudah mendaftar di Kem Terendak dan pada PRU atau PRK mereka berada pula di Kem Sungai Besi, berlaku PRK di kawasan Kem Sungai Besi, apakah mereka juga boleh mengundi di Kawasan Kem Sungai Besi, bukankah pemilih mengundi mengikut alamat terakhir mereka, kecuali mereka telah menukar alamat dari Kem Terendak ke Kem Sungai Besi.

Cuba fikirkan permasalahan ini:

1- suami isteri berdaftar di Kawasan A - si suami seorang ATM dan isteri suri rumah, berlaku satu PRK di kawasan A: kedua-kedua mereka berada di kawasan lain, sudah pasti kedua-duanya tak dapat menunaikan tanggongjawab, tapi tidak pada suami, kerana suami layak menggunakan peruntkan undian pos, tapi bagaimana dengan isteri. Isteri tidak layak menerima kemudahan ini. Maklumat dari Nazri perkara ini boleh dilakukan, kalau boleh kenapa perlu pemilih balik kampong yang berada di perantuan, bagilah saja kertas undi pos.

2- Bagaimana pula kalau berlaku PRK di kawasan A, kedua-dua suami isteri tadi ada di kawasan tersebut, apakah mereka perlu menggunakan undian pos? sudah pasti tidak kerana mereka ada di kawasan yang sama di mana mereka mendaftar, sepatutnya mereka mengundi seperti pemilih yang lain, tapi ini tidak berlaku di Bagan Pinang, inilah yang menjadi masalah. Undi pos diperlukan tapi cuba kaji semula cara yagn terbaik untuk pelaksanaannya.

Kesimpulannya kenapa pihak BN tidak mengadu kesalahan dan kelemahan tersebut, mungkin kesalahan tersebut boleh memihak kepada mereka, dan BN tidak akan protes setiap kali kekalahan kerana mereka ada kuasa untuk digunakan untuk memastikan pihak lawan terperangkap dengan cara yang ada. Untuk itu undian cara pos, memang patut di kaji dan difikirkan cara yang terbaik untuknya.

Kekahalan PR bukan keraja Undi pos tapi kerana mainan yang digunakan untuk memastikan undian pos memihak kepada BN.

h mereka berhak hanya kerena berada di kem
Semenjak lahirnya negara dan negera mengamalkan sistem pemerintahan " ala demokrasi " dengan mengadakan pilihanraya dan sistem piliharaya berpandukan apa yang dilaksanakan " Ala British ". kenapa British mungkin kerana dari negara penjajahan telah berjaya menerapkan cara kepimpinan mereka. Negara dijajah oleh British dengan mempelbagai cara mereka, pecah perintah, ujudnya Negeri-Negeri Selat, Negeri Bersekutu dan Tak Bersekutu, pecah perintah dalam penempatan penduduk, Melayu di kampong, India di ladang dan cina di kawasan yang membangun. kesannya kini negara terus bermasalah.

Thursday, November 5, 2009

DSAI TIDAK MENGELAK TAPI BERHATI-HATI

DSAI kini dalam proses penghakiman kali ke2 kes liwat, dan kali ini melibatkan seorang pemuda yang cukup muda usianya dan mampu menjauhkan diri jika kejadian liwat itu dibuat dengan cara paksa pemuda tersebut ialah Saiful Bahri. Wataknya dan wajahnya memang "jambu" istilah di asrama jika pelajar lelaki yang boleh menggoda.

DSAI adalah orang yang kena tuduh, dah ada pengalaman, dah tahu selok belok apa perancangan mereka yang mendakwa, dah tahu semua pelakon, pembantu dan penulis skrip kes ini, kerana apa yang terjadi 10 tahun cuba di hidupkan semula. Gelanggang yang dibuka banyak memberikan pengajaran dan dengan itu DSAI telah tahu sepak terajang dan membeli dan menjual langkah untuk mempertahan diri.

Apatah lagi, doktor dari PUSWARI dan pakar dari HUKL mengesahkan " laluan sulit " Shaiful langsung tidak terjejas, malahan di sahkan tidak ada apa-apa barang yang menerjah kedalamnya. pengesahan dan kesahihan kenyataan ini disahkan. Tapi ada pihak tertentu dari kalangan pendakwa masih mahu meneruskan perbicaraaan, ini membuktikan ada yang tak kena. DSAI dah dapat menghidu mainan jahat ini.

DSAI tidak mengelak untuk dibicarakan, tidak juga ingin melengah-lengahkan perbicaraan dan memang cukup meloyakan, penat kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan tambahan pula DSAI adalah Ketua Pembangkang, DSAI juga icon kepada rakyat Malaysia, ideanya sentiasa memberikan pengharapan baru kepada bangsa, agama dan negera.

DSAI juga inginkan setiap hakim menghakimkan secara yang telus, setiap pertuduhan seperti rakaman CCTV perlu diserahkan, kerana memang sudah diketahui " perbicaraan " adalah satu konspirasi untuk mengaibkan buat kali kedua. Untuk itu semua tipu helah yang dirancang oleh Ghani Patail sudah diketahui, mainan dari ibu pejabat polis juga dalam poket DSAI, kerana mereka kedua adalah antara kalangan yang terlibat sama semasa DSAI dilibagkan dengan penghakiman yang pertama dulu.

Jadi- tohmahan yang mengatakan DSAI sengaja melewat-lewatkan perbicaraan adalah satu andaian semata-mata dan mereka inginkan cepata agar DSAI di penjarakan semula. Negara ketika ini diperintah oleh pemimpin UMNO yang zalim dan lebih mementingkan diri dan kelompok tertentu sahaja.

Untuk Shaiful, fikirkanlah masa depan, dengan wang ringgit yang telah diterima sddr. telah memerangkap diri dalam penghidupan yang penoh dengan tipu nusta dan akan tiba masanya sdr. juga akan dibicarakan. tunggu dan lihatlah shaiful

Wednesday, November 4, 2009

THE POWER OF LEADERSHIP 19

55- You can't build a reputation on what you're going to do - Henry Ford

Our reputation is obviously constructed from our track record, not our intentions. As I travel,I meet pastors and businessmen form all over the country. Many of them know the right principles, talk the correct language, and lay the proper plans. Unfortunately, it takes more than that to build dynamic church or a porfitable buisness. Success is about what ve've produced, not what we've planned.

56 - If you want to succeed, you should strike out on new paths rather than travel the worn paths of accepted success. - Jon. D. Rockefller Jr.

It's amazing to me that the levels of Olympic competition at the turn of the twentieth century are now the levels at which junior high schoool student compete. Why is that? During the last one-hundred years, athletes have invariably discovered new ways to run faster, jump higher, and throw farther. Success, therefore, has meant not merely doing what previous champions have done but pioneering new methods.

57 - People support what they help create - Andrew Carnegie

No one can succeed for you. Success isn't a gift to be given away. Believe me, I have tried many times to " jumps start " one of my staff, just to help them make it beyond where they might have gone alone. Some responded and rose to challenge. Others despite my optimism, were unable of unwilling to climb a step up the ladder.

from The Power of Leadership - John C. Maxwell.

Tuesday, November 3, 2009

KERABAT BARU UMNO / BN - JAKIM

Kini UMNO/BN terus mencari rakan untuk memastikan hala tuju perjuangan mereka mencapai cita-cita jahanya. Satelah puas dengan mempergunakan SPRM, SPR, PDRM, ATM, agendi kerajaan ini kini mereka beralih pula ke JAKIM, dengan memperalatkan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor ).

JAIS telah mengejudkan negera dengan penangkapan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, mantan mufti Kerajaan Negeri Perlis. Dr. Mohd. Asri memang terkenal dengan kelantangan dan idea yang bernas dalam memperkatakan khususnya dalam pembangunan Islam. Beliau tak mengambil kira dari mana gulongan tersebut, bagi beliau salah tetap salah. Hatta kempimpinan dari PAS juga pernah ditegurnya. Akhirnya beliau meninggalkan jawatan Mufti di Perlis.

Satelah menjadi penceramah bebas, dengan kelulusan Bahasa dan Sastera Arab serta Syariah islamah kelulusan beliau dinafikan oleh pihak JAKIM, hingga sanggup pegawai dari JAIS En. Zamihan Mat Zain melaporkan sijil ( degree ) yang beliau terima adalah palsu dan sijil yang tak releven dengan kursus yang dihadiri. Akhirnya beliua mendedahkan keadaan yang sebenar dan JAKIM dan JAIS sudah pasti menerima tamparan yang memalukan dari peristiwa ini.

Kenapa agaknya JAIS menangkap beliau, bagi JAIS mendapat laporan bahawa Dr. Asri dalam ceramahnya mengelirukan rakyat, kerana beliau membawa fahaman "wahabi". Apakah selama ini rakyat di Perlis telah terpengaruh dengan ajaran Dr. Asri atau sebaliknya. Atau kenapa waktu ini baru dikenal pasti tentang penyelewangan ajaran beliau, Dimana JAKIM semasa beliau bertugas sebagai Mufti tempoh hari. Persoalan ini menimbulkan pelbagai persoalan untuk dijawab oleh semua pihak.?

Atau apakah kini JAKIM / JAIS juga telah bergabong dengan UMNO / BN dalam usaha untuk merobohkan kerajaan Pakatan Rakyat khususnya di Selangor?

Monday, November 2, 2009

NAJIB MUHYIDDIN BERMASALAH

Negara telah merdeka selama hampir 52 tahun, rakyat telah matang dan mampu memilih siapa bakal pemimpin mereka. Sebenarnya kempen pilihanraya hanya pelengkap kepada sistem demokrasi, tapi daya fikir generasi kini jelas tidak memihak kepada BN. Generasi di abad ini boleh berfikir cara kreatif, boleh mengandaikan apa maksud yang tersirat dalam setiap ucapan oleh pemimpin negera. kelahiran rakyat ketika ini adalah hasil dari sistem pelajaran yang berlandaskan " kurikulum Baru Sekolah Rendah " ( KBSR ).

Intro di atas ada kaitan dengan akhir-akhir ini PM - Najib terlalu kerap cuba mempelbagaikan keperluan pembangunan pendidikan. Malangnya, setiap cetusan yang lahirkan semua sudah dicuba 10 tahun yang lalu, tapi malangnya ianya tetap GAGAL, kita boleh sebut perancangan yang di cubakan, Sekolah Wawasan ( ianya berkonsepkan Satu Malaysia ) pengurUsan dan pentadbiran sistem persekolahan 1 aliran 10 tahun lepas telah dibincangkan tapi ianya tutup kes kerana masyarakat Cina dan India tidak berminat cara demikian, kedua-kedua rakan BN ini "rejet" program tersebut.

Semenjak lahirnya Gagasan 1Malaysia, PM Najib berusaha pula untuk menjual idea untuk membina Asrama berkonsepkan 1Malaysia, di mana masyarakat penghuni asramanyanya terdiri dari berbilang kaum. Konsep ini juga pernah di jaja kepada mahasiswa di ipt tapi akhirnya gagal juga. Banyak sangat jajaan Najib khusus berkaitan dengan pendidikan dewasa ini. Apakah ini ada motif tertentu untuk menguji kekuatan yang ada pada Timbalan PM yang juga Menteri Pelajaran.

Sebagai anak kelahiran sistem KBSR yang perpandangan jauh, dan ada daya kreatif ada semacam pengujian untuk timbalan pm ini. Apa tidaknya, semua permasalahan dalam pendidikan yang di jelmakan sudah di kuburkan, sudah tidak releven lagi untuk difikirkan sama ada, sekolah satu aliran, samaada sekolah wawasan, mau pun sistem sekolah satu sessi.

jadi adakah PM Najid kini sedang berusaha untuk memastikan TPM Muhyiddin sentiasa dalam delima untuk berfikir untuk mencari jalan bagaimana perkara tersebut dapat diselesaikan. Contoh sekolah satu aliran kalangan UMNO sendiri tidak setuju, dan dari MCA dan MIC dengan lantang menolak idea tersebut. Akhirnya Muhyiddin yang sengsara untuk penyelesian.

Apakah antara mereka ada titik tolak ketidak percayaan antara satu sama lain?

Sunday, November 1, 2009

UMNO ITU POLIS, POLIS ITU UMNO

Kini Malaysia, yang dipimpin oleh PM Ke 6, yang terkenal dengan bebagai-bagai masalah serta terus menggunakan kuasa untuk memastikan kuku pemerintahan terus berada di tangannya. Kita nampak cukup jelas kini, beliau telah menggunakan segenap keperluan, menggunakan setiap agensi kerajaan, menggunakan setiap wang yang ada dan terakhir beliau merancang untuk merampas keistemewan pengurusan DUN itu sendiri.

Negara telah dikejutkan dengan apa yang berlaku di DUN Perak. Bagaimana mereka bawah arahan Najib, rampasan kuasa di laksanakan. Bagaimana 3 orang ADUN di lakonkan dengan salah laku rasuah, dan akhirnya mereka meninggalkan parti asal dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas tapi mesra BN.

BEBAS - FREEDOM dlm kamus Dwi Bahasa terbitan Sasbadi - bermaksud - boleh berbuat apa saja.

Tapi kenapa agaknya para hakim di mahkamah boleh menerima "BEBAS" tapi menyokong pihak tertentu? ini boleh berlaku di zaman pemerintahan Najib. Akhirnya UMNO / BN berjaya merampas Kerajaan Perak. Selang 11 bulan PR memerintah akhirnya Perak kembali semula ketangan UMNO / BN. cara pengambilan amat mengecewakan sekali.

Rakyat dan pemerhati politik menunggu tarikh persidangan DUN yang dirancang oleh UMNO / BN pada 28 Okt. Kata mengata, tuduh menuduh antara BN / PR bagaikan Perak akan menghadapi satu peperangan besar. Semua orang tau mesti ada satu perancangan yang akan dibuat oleh pihak UMNO / BN bagi menyekat kemaraan wakil rakyat PR semasa persidangan itu nanti.

Jelas pada kali ini polis telah memainkan peranan untuk memastikan kegagalan YB PR untuk menghadirikan diri di mesyuarat meluluskan bajet 2010 itu. Kita lihat bagaimana polis bertindak, memang kasar, memang mereka tidak langsung menunjuikkan profesionalisme kepolisan semasa menjalankan tugas. lansung tidak amanah, mengheret, menumbuk menampar, merampas, meragut dan memukul semua dilakukan oleh mereka. Apakah mereka fikirkan yang masa depan mereka, mereka akan terus menjadi anggota polis, tidak kah mereka terfikir satu hari mereka akan meninggalkan uniform polis dan bertindak seperti rakyat biasa, pada ketika itu baru mereka tahu, dimana tinggi dan rendahnya langit pabila bersama dengan masyarakt awam.

Tahniah kepada UMNO / BN, Tahniah kepada najib, tanhniah kepada Zambry, tahniah kepada ketua Polis Perak kerana dapat menipu rakyat dalam tragedi mesyuarat DUN tempoh hari.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA