Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 19, 2009

1M - TV SWASTA TIDAK MEMPROMOSIKANNYA

Kepada semua dan keseluruhan masyarakat Malaysia, memang telah diketahui pada masa zaman pemerintahan Najib, beliau telah berjaya mengtalkinkan " islam hadari " dan mengujudkan slogan " 1Malaysia " yang lebih konsepkan membudayakan masyarakat yang berbilang kaum, semua aktiviti, perancangan, tindakan dan rumusan perlu ada kaitan dengan kepentingan semua kaum. Dalam keghairahan melaksanakan aktiviti 1M, akhirnya dengan satu tragedi di Kuala Dipang, Perkhemahan 1M dengan penglibatan hampir 300 orang murid sekolah rendah seluruh daerah Kinta Selatan dan mengorbankan 3 nyawa yang tidak berdosa.

Dalam keghairahan tersebut, media elektronik adalah media yang cukup memainkan peranan dalam urusan ini, sama ada radio mau pun TV. " Salam 1 Malaysia " yang diungkapkan oleh DJ radio & TV telah menjadi isu satu ketika tapi akhirnya di diamkan sahaja oleh pihak berkuasa agama, dan salam yang tidak tahu kepada siapa ditujukan itu diteruskan juga.

Berbalik kepada penggunaan TV dalan kempen 1M ini, di dapati bukan semua stesyen TV bersama-sama untuk " menjual " idea program ini. kenapa agaknya ya!

Kalau diperhatikan secara terliti dan sila ambil peduli beberapa perkara berikut:

1- Di TV ( hanya RTM ) sahaja di mana pembaca berita mengenakan angka 1 pada kot mereka, sama ada lelaki mau pun perempuan. Kenapa stesyen lain tidak bertindakan mengikut RTM. Apakah ada sabotaj dari stesyen lain?

2- Kita juga perhatikan semasa berita, pada skrin TV ada lambang 1 di sudut kiri kaca TV, itu pun terdapat pada RTM sahaja, sedang TV3, TV9 dan yang lain tidak ada, dan apakah stesyen ini protes program ini? Bukankah TV3, TV9 juga di bawah naungan kerajaan dan bukankah mereka juga bertanggong jawab dalam pelaksanaan kempen tersebut.?

3- Pembaca berita TV selain dari berita perdana tayangan RTM, lansung tidak menyampaikan ucapan " salam 1 Malaysia " kenapa ini terjadi, apakah pihak pengurusan stesyen ini tidak merestui program yang di lancarkan oleh PM?

4- mengiklankan 1M, memang menjadi tanggongjawab RTM, walaubagaimana pun TV3 ada juga menyelitkan sekali sekala itu pun dalam jangka masa yang cukup singkat.

pada keseluruhannya, penglibatan semua pihak ( media elektronik )masih lagi disangsikan untuk kekuatan pelaksanaan 1M ini. Sejauh mana masyarakat khususnya kepada media elektrik dapat memainkan peranan masih boleh dipertikaikan lagi. Apakah ada kalangan terterntu juga berusaha untuk menggagalkan peranan dan hala tuju 1M cetusan PM DS Najib ini. Sama-samalah kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA