Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 17, 2009

SPR - SEPERTI "CHIPMORE"

PRK Kota Seputeh akan ditentukan oleh pihak SPR. Kini PRK ke 9 akan berlaku tak lama lagi, jelas mahkamah di Malaysia juga membicara dan menghakimkan penghakiman yang berpilih-pilih. Kenapa ini perlu dilakukan, siapa pengarah dan siapa yang diarah untuk memastikan perlakuan yang tak sepatutnya berlaku dalam dunia penghakiman.

Kita lihat dan perhatikan kepada beberapa insiden, contoh Kota Seputeh, kenapa SPR tidak menggunakan hak dan peruntukan dalam undang-undang tubuh sesebuah kerajaan negeri, kenapa SPR perlu mendengar arahan tangan ghaib untuk membuat keputusan, kini kredibiliti SPR itu di sangsikan, ia bertambah sangsi. Semua maklumat, semua bacaan berlandaskan undang-undang tubuh tapi SPR membaca undang-undang tubuh mengikut dan menari bersama kepentingan UMNO / BN.

Kita lihat pula apa yang berlaku di Perak. Bagaimana SPR menidakan hak PR yang perlu mengosongkan 3 kerusi ( Changkat jering, Behrang dan Jelapang ) kerana melompatnya ketiga-tiga ahli tersebut. Permohonan dibuat atas dasar kesemua ADUN tersebut gelah menandatangi surat " kesepakatan " dalam Pakatan Rakyat. Jika berlaku " lompatan " kerusi mereka di istiharkan kosong, tapi SRP tidak mengindahkan perjanjian tersebut. Sebalinya memberikan laluan kepada Najid untuk memastikan mereka bertindak sebagai calon bebas tapi " mesra " dengan BN.

Boleh dikatakan, SPR menyebelahi BN, semua tindakan dan penghakiman mereka di rancang bersama-sama dengan kepimpinan BN. kadang-kadang tindakan mereka seperti "chipsmore" kejap ada kejab tak ada.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA