Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, November 15, 2009

1M. 1Negara, 1RM

Isu terkini ialah berkaitan dengan perlantikan DSAI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan ganjaran cuma RM1. Puak UMNO mengandaikan berbagai-bagai tohmahan terhadap imbuhan tersebut.

Apakah dengan imbuhan cuma RM1 ianya sebagai satu penghinaan, merendahkan mertabat atau individu berkenaan tidak berkualiti ?

Kalau kita imbas kembali, siapakah individu yang bertanggongjawab melahirkan " pembangunan perbankan Islam " di Malaysia. Mungkin orang UMNO dah lupa, semasa menjawat jawatan Menteri kewangan tempoh hari DSAI adalah individu yang bertanggongjawab, kini perbankan islam - ( Bank Islam ) berkembang begitu pesat sekali, malahan ianya setanding dengan bank-bank komersial yang lain, dan bank komersial yang lain juga kini mengikut jejak langkah apa yang ada di " bank islam "

Cuba kita perhatikan apakah kepimpinan UMNO sanggup menerima upah sedimikian rupa? bagaimana mereka sanggup merompak, memungkiri janji, menyalahgunakan kuasa serta lebih mementingkan diri sendiri dari kepentingan masyarakat. kita lihat saja isu yang kini sedang bermain di kepala seluruh rakyat PKFZ ( Port kelang free Zon ), siapa dalang mereka, kini terpali kedua-dua bekas pucuk pimpinan negera, kita lihat pula bagaimana penyelewangan projek Lintasan Berkembar - Rawang - Ipoh, nama ketua hakim negara juga tersenarai sama.

Kalau kita nak cari lagi, ramai lagi kalangan kepimpinan UMNO / BN yang tidak sanggup bertindak seperti DSAI. Ada kalangan anak menteri dalam usia yang semuda itu sudah ada simpanan jutaan ringgit. Kerana bagi mereka hidup mewah adalah satu cara hidup yang perlu dimiliki.

Rakyat Malaysia bisa hidup mewah dan selesa jika pemimpinnya ada perasaan ingin membantu dan tahu bagaimana untuk menguruskan dana negera. Tapi bagi Malaysia kini amat mendukacitakan kerana, pemimpin lebih mementingkan diri, keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja.

Dengan itu, kini kita kenal dan dapat menilai keberkesanan hidup seseorang pemimpin, seperti Tuan Guru Nik Aziz, sejak mengetuai kerajaan Kelantan beliau terus dan menetap di Pulau Melaka, tidak seperti pemimpin UMNO/BN hidup sentiasa rakus dan boros.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA