PRK Kota Seputeh jika diadakan akan mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negera, sudah pasti ianya akan meninggalkan kesan yang cukup tidak baik untuk UMNO / BN, itu adalah hujah Peguam Kanan Persekutuan En. Kamaluddin bin Mohd. Nor. Hujah ini untuk mempertahankan agar Kota Seputeh terus menjadi hak milik UMNO / BN.
Cuba kita huraikan apakah " keadaan tak menentu " yang dinyatakan oleh Peguam Kanan Persekutuan tersebut? Andaikan UMNO Kalah
1- Ianya adalah kekalahan yang ke 7 dari 9 PRK yang diadakan.
2- Sudah pasti apa yang terjadi di Bagan Pinang - N9, dimana UMNO / BN menang bukanlah kemenangan yang sejati, tapi ianya berbekalkan dengan undi POS yang mana semua ATM di paksa mengundi UMNO / BN.
3- Kewangan yang menyalahi dan tidak mengikut undang-undang pilihanraya akan digunakan oleh pihak UMNO / BN kerana kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan mereka.
4- Projek Mee Maggi akan dilaksanakan dengan sesegera yang mungkin, dan rakyat akan gelisah melihat pelaksanaan projek tersebut.
5- UMNO / BN sudah pasti " Mengepow " taukeh-taukeh untuk mendapatkan peruntukan bagi membiayaai projek yang diperlukan.
6- kepimpinan UMNO / BN akan terus mendapat malu
7- Menambahkan kegelisahan pemimpin UMNO / BN untuk menghadapi PRU13 nanti.
8- Kerusi PR akan bertambah di Negeri Kedah.
9- Siri ceramah dan kempen oleh PR sudah pasti akan membuka pekong kepimpinan UMNO / BN secara lebih jelas, korupsi seperti PKFZ, pembelian kapal selam, pembinaan dan terlibatnya bekas kepimpinan tertinggi dalam kes PKFZ, landasan berkembar. Kes tragedi malang Altantuya pasti menjadi lebih dramatik, apatah lagi di mana Mr. Bala telah kembali ke tanah air.
10- PR juga akan memberikan penjelasan tentang keterbukaan pemerintahan pemimpin PR, sebagai contoh, dimana Ketua Audit Negera juga telah mengitiraf kerajaan PR telah menggunakan wang rakyat dengan penoh berhemah termasuk negeri Kedah di man PRK yang akan diadakan.
11- Kemenangan hujah peguam Speaker DUN Kedah, sudah pasti memberikan impak kepada apa yang terjadi di Perak.
Kesimpulan, dari sudut guaman dan kesahan dan peranan speaker di DUN dan Parlimen kini sudah di kuasai oleh SPR. SPR kini jelas menjadi agen paling popular untuk memastikan UMNO / BN sentiasa dalam keadaan selesan. Apakah ini peranan mereka, dan apakah ahli guaman pula juga sudah memutar belitkan fakta dan menodai undang-undang tubuh setiap kerajaan negeri terutama kerajaan negeri di Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat kini terus terhimpit dengan gelagat peguam-peguam yang sudah tidak mengindahkan undang-undang tubuh kerajaan sebaliknya memutar belitkan sehingga dapat memastikan UMNO / BN selesan. Selesa dengan rasuah, penipuan, salah guna kuasa dan rakyat terus di tipu. Kenapa Kepimpinan UMNO berani bertindak demikian, mungkin agaknya mereka sudah disediakankan dengan peguam yang boleh di cucuk hidungnya.
No comments:
Post a Comment