Puisi Ke Tanah Suci:
Kalau Pergi Ke Tanah Suci
Bawalah niat yang besih murni
buang segala busuk dihati
jauhkan perbualan jahat keji.
Bersihkan semua rohani jasmani
hindarklan perasaan benci membeci
tabah menahan segala uji
perbanyakan kesabaran daslam diri.
Tanamkan keinssafan takwa yang tinggi
usah khayal berleka lagi
kerana apalah guna naik haji
jika masih tidak sedar diri.
Mengerjakan haji bukannya mudah
Tambang haji bukannya murah
kita pergi menghadap kaabah
membuang segala sifat mazmumah
Bukan setakat nak melaram jubah
Bukan untuk bermegah-megah
Tingkah laku dan hati mesti berubah
Iman dan takwa hendaklah bertambah
Untuk mendapat haji mabrud dan berkah
perbanyakan membuat amal ibadah
kekalkan sifat terpuji mahmudah
iklas semata kerana Allah.
Sedutan dari Majallah i -
nukilan Ehsan Jamili,
Taman Desa Baru, Melaka.
Selamat menunaikan haji kepada semua "pengunjung" yang ke mekan
Moga-moga dapat beramal dan dikurniakan dengan haji yang mabrur.
No comments:
Post a Comment