Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 9, 2009

KERAJAAN GALAK KAKITANGAN AWAM RASUAH

" It is morally wrong to ask for bonus as the couantry is still struggling to sail out of the economic downtrun and people in the private sector a being retrenched " Najib said today - Harakah Edisi Isnin Bil. 1487

Kata-kata Najib ini boleh di anggap sesuatu yang cukup banyak kelainan dan dapat juga di anggapkan seperti " cakap tak serupa bikin " " ketam nak ajar anak jalan betul ". Dan tahukan beliau apakah peranan dan tanggongjawab kepimpinan dalam setiap organisasi, bukankan kepimpinan untuk menentukan hala tuju organisasi dan menjaga kepentingan ahli-ahli di bawah jagaannya.

Cuba kita lihat dan berikan sedikit pemerhatian dalam bajet 2010, Najib sanggup meluluskan berjuta ringgit khusus untuk program " Permata ". Tahukah kita siapa yang mengepali Permata tersebut? kelulusan bajet untuk Permata jelas menujukkan kepada rakyat bagaimana Menteri Kewangan lebih atau pun menumpukan perhatian kepada organisasi di bawah kelolaan orang tertentu. Sedangkan siapakan yang akan melaksanakan Permata itu nanti. Bukankah mereka dari kakitangan awam juga?

Tak usahlah kita bincangkan " tidak bermoralnya " beberapa tindakan yang telah diambil oleh PM dalam menangani beberapa permasalahan dalam negara. Bagaimana perancangan tidak bermoral untuk merampas Kerajaan Negeri Perak oleh UMNO / BN yang diketuai oleh Najib.

Bagaimana kepimpinan di semua negeri kecuali negeri yang diperintah oleh PR, banyak sangat salah laku urus tadbir kewangan negeri, contoh di Pahang kereta kerajaan negeri boleh mengisi minyak RM100 dalam tampoh 1minit. Bagai mana kerajaan Pahang di denda kerana mungkir janji dengan syarikat pembalakan, habis wang rakyat digunakan untuk membayar salah laku tersebut. Semua kesalahan dan " morally wrong " ini tidak diambil tindakan, bagaimana buruk lakunya kepimpinan dalam usaha mengurus dan mentadbir PKFZ dan kini terbabit pula Ketua Hakim Negara dalam isu Landasan Berkembar dari Rawang ke Ipoh. Di mana agaknya " moral " meraka yang menjadi hakim pun sanggup melakukan kesalahan sedemikian.

Cuepecs cuma minta bonus untuk satu setengah bulan sahaja, belum pun dapat lagi, dah dilebalkan " morallay wrong " Agaknya minta cara rasmi salah tapi curi atau pun tipu di benarkan. Apakah " morally wrong " ini menggalakan kakitangan awam untuk bergiat aktif dalam salah laku rasuah seperti apa yang berlaku dalam kepimpinan pemerintah masa kini?

Apa nak jadi dengan negera kita, " 1 Malaysia " terus di sangsikan pelaksanaannya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA