DSAI kini dalam proses penghakiman kali ke2 kes liwat, dan kali ini melibatkan seorang pemuda yang cukup muda usianya dan mampu menjauhkan diri jika kejadian liwat itu dibuat dengan cara paksa pemuda tersebut ialah Saiful Bahri. Wataknya dan wajahnya memang "jambu" istilah di asrama jika pelajar lelaki yang boleh menggoda.
DSAI adalah orang yang kena tuduh, dah ada pengalaman, dah tahu selok belok apa perancangan mereka yang mendakwa, dah tahu semua pelakon, pembantu dan penulis skrip kes ini, kerana apa yang terjadi 10 tahun cuba di hidupkan semula. Gelanggang yang dibuka banyak memberikan pengajaran dan dengan itu DSAI telah tahu sepak terajang dan membeli dan menjual langkah untuk mempertahan diri.
Apatah lagi, doktor dari PUSWARI dan pakar dari HUKL mengesahkan " laluan sulit " Shaiful langsung tidak terjejas, malahan di sahkan tidak ada apa-apa barang yang menerjah kedalamnya. pengesahan dan kesahihan kenyataan ini disahkan. Tapi ada pihak tertentu dari kalangan pendakwa masih mahu meneruskan perbicaraaan, ini membuktikan ada yang tak kena. DSAI dah dapat menghidu mainan jahat ini.
DSAI tidak mengelak untuk dibicarakan, tidak juga ingin melengah-lengahkan perbicaraan dan memang cukup meloyakan, penat kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan tambahan pula DSAI adalah Ketua Pembangkang, DSAI juga icon kepada rakyat Malaysia, ideanya sentiasa memberikan pengharapan baru kepada bangsa, agama dan negera.
DSAI juga inginkan setiap hakim menghakimkan secara yang telus, setiap pertuduhan seperti rakaman CCTV perlu diserahkan, kerana memang sudah diketahui " perbicaraan " adalah satu konspirasi untuk mengaibkan buat kali kedua. Untuk itu semua tipu helah yang dirancang oleh Ghani Patail sudah diketahui, mainan dari ibu pejabat polis juga dalam poket DSAI, kerana mereka kedua adalah antara kalangan yang terlibat sama semasa DSAI dilibagkan dengan penghakiman yang pertama dulu.
Jadi- tohmahan yang mengatakan DSAI sengaja melewat-lewatkan perbicaraan adalah satu andaian semata-mata dan mereka inginkan cepata agar DSAI di penjarakan semula. Negara ketika ini diperintah oleh pemimpin UMNO yang zalim dan lebih mementingkan diri dan kelompok tertentu sahaja.
Untuk Shaiful, fikirkanlah masa depan, dengan wang ringgit yang telah diterima sddr. telah memerangkap diri dalam penghidupan yang penoh dengan tipu nusta dan akan tiba masanya sdr. juga akan dibicarakan. tunggu dan lihatlah shaiful
No comments:
Post a Comment