Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 20, 2009

UPSR - PERAK MASIH TERTINGGAL

Sehari dua ini, isu yang bermain di kepala ialah berkaitan dengan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2009. Ujian ini telah menjadi hebat dan dihebatkan dengan pelbagai cara, kerana melalui ujian ini masa depan anak-anak sudah dinilai dan di rancang, kerana kemampuan mereka untuk ke asrama penoh ( Sekolah Berasrama Penoh ) SBP. Umum juga mengetahui SBP ini pula adalah yang bertaraf 5 bintang, 4 bintang, 3 bintang. Yang 5 bintang seperti Tun Fatimah, Tengku Kursiah, Maktab Melayu, Sekolah Tengku ABdul Rahman dan lain-lain. Disamping itu ada juga asrama yang ditaja oleh jabatan pelajaran negeri itu sendiri. Juga sekolah asrama harian dan rancangan khas.

Pada keseluruhannya, pencapaian tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas ianya mesti meningkat dan juga berjaya merapatkan jurang pencapaian antara pelajar bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Dengan pencapaian cemerlang pengucupan dari 4.22% ke 3.64% menampak pelajar luar bandar sudah bersedia untuk menandingi pelajar bandar. Bagi pencapaian baik pula, pengucupan cukup ketara dari 6.25 ke 5.55% Pencapaian semua A dari 9.19 ke 9.51% di mana perbedzaan 0.2%.

Walaubagaimana pun Negeri Perak pada tahun ini melihatkan sedikit penurunan dalam pencapaian 5A/7A, 0.27% dari 9.05% tahun 2008 ke 8.78 tahun ini, dari aspek pencapaian maksima mata pelajaran ada menunjukan peningkatan iaitu dari 60.70 ke 61.77peningkatan 1.07%.

Untuk itu Perak masih belum dapat menandingi Terengganu yang terus duduk di singgahsana " juara " dalam UPSR ini, tahniah pada Terengganu dan Perak pula perlu " mencuri " apa yang dibuat oleh terengganu.

Pada keseluruhanya, syabas dan tahniah kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang telah memberikan kerjasama yang jitu untuk memastikan kelangsungan pencapaian di tahap yang boleh dibanggakan dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA