Setelah DSAI dilantik secara rasmi oleh Kerajaan Selangor sebagai Penasihat Ekonominya, dan DSAI pula menerima hanya RM1 sebulan sebagai imbuhan kepada jawatan tersebut maka yang ramai berkokok ialah kalangan pemimpin UMNO. Boleh dikatakan semua mereka menyanggah perlantikan tersebut dengan berbagai-bagai vesi.
Kita lihat saja pendapat Noh Omar, ini adalah tektik Kerajaan Selangor untuk merendah dan menjatuhkan mertabat Ketua Pembangkang, apakah jawatan sedemikian hanya cukup dan berbaloi dengan RM1 sahaja. Sedangkan elaun sebagai YB sama ada di parlimen mau pun di Dewan undangan Negeri, imbuhan cukup lumayan bermaksud ribuan kali gandaan dengan RM1. Tambahan pula sebagai ADUN / AP sudah tentu ianhya diiringi dengan tender-tender projek yang lumayan, maka sudah tentulah hidup seorang ADUN / AP menjadi lebih mewah ( kelakuan ini hanya pada ADUN / AP UMNO / BN ) sahaja, kerana mereka yang pandai melahapkan wang rakyat.
Rais Yatim pula menyatakan ini hanyalah helah politik DSAI sahaja. Kerana atau pun mungkin DSAI cuba memperli rakan-rakan dari UMNO/ BN yang cukup pelahab dan sentiasa berusaha untuk menambahkan kekayaan sahaja. jadi pandangan Rais ini ada benarnnya.
Terakhir bakal Menteri Kanan Malaysia - cadangan Rahim Tambi Chik untuk DR M. beliau menyatakan DSAI bukanlah seorang ahli ekonomi dan langsung tidak ada kekuatan untuk mengedali uruskan kewangan. ini bukannya menguruskan kewangan sebuah kelab belia mau pun JKK tapi mengandali uruskan kewangan sebuah negeri yang terkaya di Malaysia. Mahathir masih terus memarahkan DSAI - tapi DSAI dengan tenang membalas kritikan DR M, hanya dengan menyatakan semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu, DR M adalah PM dan setiap kali bajet dibentangkan oleh DSAI pasti DR M memberikan pujian amat sangat. Jadi kemampuan DSAI untuk mengendali uruskan ekonomi telah terbukti lama dulu dah.
Kini, terkini adalah pula kalangan kepimpinan UMNO yang mendesak SPRM untuk menyiasat bagaimana Kerajaan Selangor boleh meluluskan imbuhan RM1 ini, kerana ianya cukup memalukan, kenapa tak laksanakan seperti mana Khir Toyo rompak wang Selangor, kenapa tak seperti mana komisyen membeli " scorpion " banyak lagi contoh yang boleh dikemukakan. Dengan itu SPRM patut meletakan isu ini sebagai berprofile tinggi dan terus di siasat. Carilah kebenaran wahat SPRM.
No comments:
Post a Comment