Negara telah merdeka selama hampir 52 tahun, rakyat telah matang dan mampu memilih siapa bakal pemimpin mereka. Sebenarnya kempen pilihanraya hanya pelengkap kepada sistem demokrasi, tapi daya fikir generasi kini jelas tidak memihak kepada BN. Generasi di abad ini boleh berfikir cara kreatif, boleh mengandaikan apa maksud yang tersirat dalam setiap ucapan oleh pemimpin negera. kelahiran rakyat ketika ini adalah hasil dari sistem pelajaran yang berlandaskan " kurikulum Baru Sekolah Rendah " ( KBSR ).
Intro di atas ada kaitan dengan akhir-akhir ini PM - Najib terlalu kerap cuba mempelbagaikan keperluan pembangunan pendidikan. Malangnya, setiap cetusan yang lahirkan semua sudah dicuba 10 tahun yang lalu, tapi malangnya ianya tetap GAGAL, kita boleh sebut perancangan yang di cubakan, Sekolah Wawasan ( ianya berkonsepkan Satu Malaysia ) pengurUsan dan pentadbiran sistem persekolahan 1 aliran 10 tahun lepas telah dibincangkan tapi ianya tutup kes kerana masyarakat Cina dan India tidak berminat cara demikian, kedua-kedua rakan BN ini "rejet" program tersebut.
Semenjak lahirnya Gagasan 1Malaysia, PM Najib berusaha pula untuk menjual idea untuk membina Asrama berkonsepkan 1Malaysia, di mana masyarakat penghuni asramanyanya terdiri dari berbilang kaum. Konsep ini juga pernah di jaja kepada mahasiswa di ipt tapi akhirnya gagal juga. Banyak sangat jajaan Najib khusus berkaitan dengan pendidikan dewasa ini. Apakah ini ada motif tertentu untuk menguji kekuatan yang ada pada Timbalan PM yang juga Menteri Pelajaran.
Sebagai anak kelahiran sistem KBSR yang perpandangan jauh, dan ada daya kreatif ada semacam pengujian untuk timbalan pm ini. Apa tidaknya, semua permasalahan dalam pendidikan yang di jelmakan sudah di kuburkan, sudah tidak releven lagi untuk difikirkan sama ada, sekolah satu aliran, samaada sekolah wawasan, mau pun sistem sekolah satu sessi.
jadi adakah PM Najid kini sedang berusaha untuk memastikan TPM Muhyiddin sentiasa dalam delima untuk berfikir untuk mencari jalan bagaimana perkara tersebut dapat diselesaikan. Contoh sekolah satu aliran kalangan UMNO sendiri tidak setuju, dan dari MCA dan MIC dengan lantang menolak idea tersebut. Akhirnya Muhyiddin yang sengsara untuk penyelesian.
Apakah antara mereka ada titik tolak ketidak percayaan antara satu sama lain?
No comments:
Post a Comment