Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 26, 2009

BAJET - UMNO TERUS MENINDAS ORANG MELAYU

Saban tahun apakala satu-satu bajet yang dibentangkan mesti respon ahli, masyarakat khususnya masyarakat yang tidak tahu tentang ekonomi, tidak tahu dimana sumber kewangan negera,tidak tahu bagaimana agihan wang tersebut, menteri mana yang banyak diperuntukan dan entah apa-apa lagi menyatakan yang bajet itu cukup baik, cukup relevan, yang terbaik dan yang " mesra rakyat " dan tahun ini bajet juga mengikut apa yang laung-laungkan oleh pihak PM - bajet 1M rakyat di dahulukan dan Pencapaian diutamakan.

Kini - mengikut Harakah keluaran 10-12 Zulhijjah / 27 - 29 November edisi 1492, YB Dato Mahfuz Omar dengan penoh yakin dan berkemampuan menyatakan bagaimana pihak Kerajaan yang di tunjangai oleh UMNO menganiyaai orang Melayu, ( Melayu terdiri dari orang PAS, PKR, DAP serta yang paling ramai dari gulongan orang UMNO ), jelas bagaimana mereka menjatuhkan hukuman kepada bangsa sendiri.

MARA - Majlis Amanah Rakyat adalah agensi yang paling kanan dalam memastikan kebangkitan Melayu di Tanah Airnya, di bawah MARA itu sendiri terdiri dari badan-badan yang dikhususkan untuk mendidik, melahir, malahan ditugas untuk memastikan kesenambungan kepimpinan negera juga dilahirkan dari institusi ini.

Tapi malang selepas PRU12, dengan kehilangan kepercayaan dari gulongan CINA dan INDIA, ( MCA DAN MIC serta GERAKAN ) kepimpinan UMNO mula mengorak langkah dan mencari formula di mana untuk memastikan gulongan pemilih dari MCA, MIC Gerakan kembali bersama-sama dengan UMNO dalam BN. Setalah berfikir dan meneliti perancangan yang sesuai, maka bajet 2010 telah digunaka pakai dalam hal ini. dan Agensi MARA yang 100% untuk orang Melayu perlu digunaka pakai.

IKM RM403 juta ( 2009 ) RM143juta ( 2010 )
Giat MARA RM28 juta ( 2009 ) RM28 juta ( 2010 )
MRSM & Kolej Mara RM254 juta (2009 ) RM115 juta ( 2010 )
MARA RM883,785 juta ( 2009 ) RM374,537 juta ( 2010 )

Perkembangan dan kemajuan sesebuah negera adalah melalui perkembangan pendidikan rakyatnya, dan oleh Kerana Malaysia di domisi oleh Melayu tambahan pula adanya akta 153 untuk kepentingan Melayu, kenapa agak nya kepimpinan UMNO sanggup menodai keperluan dan kepentingan bangsanya sendiri. Apakah ini yang dikatakan meletak dan memastikan Melayu tidak hilang di buma Malaysia.

Apa yang menyedihkan ialah, apa yang dilaungkan tidak menjadi kenyataan, malahan orang Melayu yang masih lagi ramai di perkampongan terus di tipu oleh kepimpinan UMNO yang mendapat kepercayaan orang kampong. Sebagai balasan orang kampong ditipu dengan penoh tanggongjawab oleh mereka.

Kenapa agaknya tidak ada orang Melayu ( UMNO ) yang terasa dengan tipu helah ini, kepada AP dan ADUN tidak bersuara dengan penoh rasa tanggongjawab untuk membetulkan kecelaruan ini? Sampai bila orang UMNO perlu di perbodohkan. Janganlah sampai cucu cicit kita hidup melarat di buminya sendiri, malahan KEPIMPINAN MELAYU BOLEH BERCAKAP TAPI MALANG TIDAK BOLEH BERTINDAK.

Masyarakat Malaysia kini sanggup menerima setiap kesalahan dan membantah setiap yang benar. Mahkamah juga tidak lagi berlandaskan undang-undang tubuh kerajaan negeri, sentiasa menyebelahi kepimpinan yang rosak. APA NAK JADI DENGAN KEPIMPINAN UMNO UNTUK MALAYSIA.

SUMBER HARAKAH EDISI 1492

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA