Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 10, 2009

PAKATAN SULIT - DIMANA PERLUNYA

Selepas PRU12, UMNO / BN ( khususnya UMNO ) telah mula kehilangan kerusi yang disumbangkan oleh rakan kongsi mereka, MCA, MIC dan Gerakan ( 3 parti gabungan yang kuat ) hatta 2 daripada presiden parti kompenan ini hilangan teraju pemerintah. Samy Vellu dan Koh Soo Koon. Walau pun UMNO banyak dapat kerusi tapi " undi popular " memihak kepada pembangkang. UMNO terus mengelabah. Tambahan pula rakan MCA, MIC dan Gerakan sebagai rakan rapat juga kehilangan banyak kerusi tambahan pula ada kalangannya kehilangan presiden parti. Kesan dari PRU 12 amat memeritkan UMNO khususnya.

Untuk itu angin bertiup untuk mengadakan UG ( united goverment - kerajaan perpaduan ) bagi gabungan PKR, DAP dan PAS tambahan pula dengan kemenangan 6 dari 8 PRK menambahkan kekuatan untuk mereka merapatkan lagi saliturahim untuk menerajui negera dengan berasaskan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Desas desus perlu adanya gabungan dan pakatan sulit amat diperlukan oleh UMNO khususnya dengan kepimpinan PAS.

Urutan peristiwa " gabungan " antara PAS dengan UMNO ini dapat kita intai semula pada tahun 1969 dengan kejadian Mei 13, dengan kemenangan bergaya DAP di beberapa buah negeri, dan akhirnya ujudlah BARISAN NASIONAL dimana PAS juga bersama-sama dalam gagasan ini. Akhirnya apabila UMNO dah pulih dan mampu hidup senang dengan senang pula mereka menerajang PAS keluar dari pakatan BN tersebut.

Apakah tragedi PRU12 ini juga menjadi landasan kepada UMNO untuk mengadakan " pakatan sulit " dengan PAS, kenapa sekarang, kenapa pakatan ini tidak berterusan, seperti mana pakatan di kalangan orang Cina dengan menggunakan satu " mentor " untuk mengarahkan hala tuju masyarakat Cina. Bagaimana mereka menolak dasar sistem pendidikan satu Aliran, pelaksanaan Sekolah Wawasan, penentangan mereka kepada pelaksanaan PPSMI semua berjaya, tapi tidak di kalangan " melayu " .

Kita lihat bagaimana Kerajaan Persekutuan menidakan hak Terengganu dengan royaliti pada mana PAS memerintah Terengganu tempoh hari, bagaimana ianya juga dilakukan di Kelantan, bagaimana Kerajaan Kelantan dinafikan hak sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, jadi faktor ini jelas menunjukan keiklasan kepimpinan UMNO untuk bersatu padu di kalangan orang melayu itu sendiri memang samar-samar, mereka lebih mementingkan kelompok mereka sendiri.

Untuk itu, adalah di sarankan agar PAS berwaspada dengan perancangan sulit UMNO untuk mengadakan " pakatan sulit " ini. Jika tidak berhati-hati ianya akan menjadi senjata untuk mereka menghadapi PRU13. Pada masa ini UMNO akan menggunakan apa saja cara untuk menghalalkan setiap perancangan agar berjaya.

2 comments:

  1. Jgn bagi saranan kepada PAS sahaja, tetapi kepada semua parti dalam pakatan iaitu PKR dan DAP.

    Ini seolah-olah PAS yang selalu memberi masalah kepada PR. sedangkan yang realitinya lain.

    PAS sudah terbukti akan kesetiaannya kepada kawan sekutunya.

    Serangan bertalu-talu diarahkan kepada PAS pasal hubungan dengan Umno tapi orang lain pulak yang mendekati Umno. Hinggakan DS Anwar sendiri terpaksa memberi amaran kpd ahli pkr dan pimpinannya akan kesetiaan kpd PR.

    Sekarang bukan masa kita menuding jari kepada sesiapa tetapi cari satu cara bagaimana membina satu pakatan yang kukuh tanpa pengkhianat yang hanya pentingkan jawatan semata-mata tetapi bila berkhidmat dengan rakyat, ditinggalkan.

    Sekarang perlulah kita sama-sama membuktikan kpd rakyat di luar sana, kita ini (PR) adalah alternatif dan berkualiti dalam gerak kerja.

    Bersiap sedia sebelum PRU 13 yang akan datang.

    ReplyDelete
  2. Memang itu adalah sepatutnya yang belaku, gagasan PR perlu berjaga-jaga dalam hal mainan UMNO, sebenarnya mereka ( UMNO ) sedang memporakperandakan semua parti dalamm PR, tapi yang lebih nyata mereka inginkan PAS, kerena PAS adalah di anggotai oleh orang Melahyu dan mereka cukup dendam dengan DSAI. UMNO sentiasa merancang untuk MENTIADAKAN DSAI di muka bumi Malaysia ini. Walaubagaimana pun saranan sdr. amat tepat sekali, terima kasih.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA