Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 17, 2009

BENCINYA UMNO KEPADA DSAI

Setiap hari ada saja report berkaitan dengan pemilikan wang negera oleh DSAI. Semua pelapor dengan penoh yakin dan rasa bertanggongjawab melaporkan pemilikan tersebut. Yang sudah disahkan tidak ada pun di ungkit-ungkit - seperti pemilikan 3billion, di sahkan tidak ada, tapi di ungkit semula oleh Ketua Pemuda, mohon di siasat dan teruskan siasatan. Apa yang nak di siasat kita pun tak tau.

Apakah mereka cuba menipu rakyat, menipu kalangan pengundi, atau adakah dengan cara ini saja cara dapat memastikan setiap rakyat di Malaysia penoh yakin dan percaya bahawa DSAI adalah seorang yang tidak amanah? Kini Sdr. Anuar Shaari bekas setiausaha DSAI pula membuat laporan di mana DSAI ada menyimpan saham bernilai 2 juta.

DSAI telah di tendang, terajang dan di sepak serta dilebamkan matanya puluh tahun yang lepas, penghakiman yang berjaya memenjarakan beliau memang di ragui oleh semua pihak, tapi aneh pada masa itu tidak timbul kes saham 2 juta. Nampaknya perancangan yang dimainkan seolah-olah mereka tahu apa akan jadi masa depan DSAI.

Musuh DSAI tahu, beliau akan di tangkap, beliau akan dipenjarakan beliau akan dilebamkan, dan akhirnya akan dibebaskan untuk bersama-sama dengan rakyat jelata. perancangan Musuh tidak begitu hebat rupanya DSAI akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke parlimen dan menjadi ketua Pembangkang.

PRU12 telah menjadikan saksi di mana mulanya drama " kearah kemusnahan umno " kekalahan di PRU 12, dengan kehilangan 5 negeri ( tapi Perak dirampas semula )dan setakat ini sudah 8 PRK diadakan, di mana PR telah memenangi 6 darinya, ini menjadikan kepimpinan UMNO / BN menjadi haru biru, tak tentu hala, hilang arah tuju dan akhirnya mereka menggunakan semua kemudahan yang ada PDRM, SPRM, SPR, Mahkamah dan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Segala usaha gagal, malahan ramai kalangan kepimpinan UMNO / BN yang terperangkap dengan mainan mereka sendiri. kekelamkabutan dari parti komponan MCA, MIC, PPP, Gerakan, seolah-olah BN dalam proses kehancuran dan kemusnahan. Apakah ini akan menjadi realiti seperti apa yang terjadi di Jepun dengan LDP hanjur setelah selama lebih 50 tahun dalam pemerintahan.

Mereka ( Kepimpinan UMNO ) menjadi lebih haru hijau dengan perlantikan DSAI sebagai penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan cuma elaun hanya RM1. Malahan mereka ( UMNO ) pula membuat tohmahan yang bukan-bukan.

" THE TEST OF LEADERSHIP: TURN AROUND AND SEE IF ANYONE IS FOLLOWING YOU "Cebisan dari " The Power of Leadership "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA