Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 6, 2009

UDIAN CARA POS MASIH ADA KELEMAHAN

Negara telah mengadakan PRU sejumlah 12 kali dan yang terakhir ialah pada 2008, disamping PRK entah dah berapa kali, walaubagaimana pun, sejak akhir-akhir ini, pengundian cara pos telah dipertikaikan, tak kira terutama pihak pembangkang, undian cara pos boleh dikatakan sentiasa di anggap tidak mengikut kreteria yang sepatutnya.

Kenapa jadi sedemikian rupa, apa tak kenanya, dan mengapa pilihan cara ini masih diperlukan dalam keadaan dunia sudah dihujung jari? Serta sebenarnya kepada siapakah undian cara pos ini diperlukan, atau tidakkah SPR mengkaji dan membuat " reaserch " untuk penambaikan pilihan cara ini.

UNDIAN CARA POS - ianya diperlukan kepada setiap pemilih yang tidak ada di kawasan dimana mereka mendaftar sebagai pemilih. Tapi teori ini hanya untuk pasukan keselamatan ( polis dan tentera ) apakah pula ianya melibatkan isteri dan anak-anak mereka pula ( yang layak )Kalau isteri dan anak-anak pula layak menerima undian cara pos, bagaimana pula orang awam yang berkeadaan yang sama, mendaftar di tempat lain dan menetap di tempat lain. Alamat masih belum ditukarkan.

Kepada pegawai keselamatan, tak semestinya mereka mengundi ditempat mereka berada ketika itu, contoh; kalau mereka sudah mendaftar di Kem Terendak dan pada PRU atau PRK mereka berada pula di Kem Sungai Besi, berlaku PRK di kawasan Kem Sungai Besi, apakah mereka juga boleh mengundi di Kawasan Kem Sungai Besi, bukankah pemilih mengundi mengikut alamat terakhir mereka, kecuali mereka telah menukar alamat dari Kem Terendak ke Kem Sungai Besi.

Cuba fikirkan permasalahan ini:

1- suami isteri berdaftar di Kawasan A - si suami seorang ATM dan isteri suri rumah, berlaku satu PRK di kawasan A: kedua-kedua mereka berada di kawasan lain, sudah pasti kedua-duanya tak dapat menunaikan tanggongjawab, tapi tidak pada suami, kerana suami layak menggunakan peruntkan undian pos, tapi bagaimana dengan isteri. Isteri tidak layak menerima kemudahan ini. Maklumat dari Nazri perkara ini boleh dilakukan, kalau boleh kenapa perlu pemilih balik kampong yang berada di perantuan, bagilah saja kertas undi pos.

2- Bagaimana pula kalau berlaku PRK di kawasan A, kedua-dua suami isteri tadi ada di kawasan tersebut, apakah mereka perlu menggunakan undian pos? sudah pasti tidak kerana mereka ada di kawasan yang sama di mana mereka mendaftar, sepatutnya mereka mengundi seperti pemilih yang lain, tapi ini tidak berlaku di Bagan Pinang, inilah yang menjadi masalah. Undi pos diperlukan tapi cuba kaji semula cara yagn terbaik untuk pelaksanaannya.

Kesimpulannya kenapa pihak BN tidak mengadu kesalahan dan kelemahan tersebut, mungkin kesalahan tersebut boleh memihak kepada mereka, dan BN tidak akan protes setiap kali kekalahan kerana mereka ada kuasa untuk digunakan untuk memastikan pihak lawan terperangkap dengan cara yang ada. Untuk itu undian cara pos, memang patut di kaji dan difikirkan cara yang terbaik untuknya.

Kekahalan PR bukan keraja Undi pos tapi kerana mainan yang digunakan untuk memastikan undian pos memihak kepada BN.

h mereka berhak hanya kerena berada di kem
Semenjak lahirnya negara dan negera mengamalkan sistem pemerintahan " ala demokrasi " dengan mengadakan pilihanraya dan sistem piliharaya berpandukan apa yang dilaksanakan " Ala British ". kenapa British mungkin kerana dari negara penjajahan telah berjaya menerapkan cara kepimpinan mereka. Negara dijajah oleh British dengan mempelbagai cara mereka, pecah perintah, ujudnya Negeri-Negeri Selat, Negeri Bersekutu dan Tak Bersekutu, pecah perintah dalam penempatan penduduk, Melayu di kampong, India di ladang dan cina di kawasan yang membangun. kesannya kini negara terus bermasalah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA