Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

D'WARIS INAP DESA (HOMESTAY)

UNDILAH...

Saturday, December 31, 2011

CORETAN - FENOMENA DI MALAM AWAL TAHUN

Satu kenangan yang terdapat dalam buku " SAAT CINTA BERTASBIH - Tribut untuk Tuan guru ". Apakah kisah dan catatan ini akan berulang lagi pada malam ini? Atau apakah sudah dijadikan satu " trend " kepada generasi muda Malaysia, dengan pemerintah yang ada masa kini lebih mementingkan hiburan untuk melalaikan pembangunan mental generasi muda, atau apakah memang perancangan sabagini mendapat khidmat nasihat dari pihak tertentu.

Pekerja berpakaian seragam lusuh itu mengutip tin-tin kosong yang beselerakan di tanah lapang. Baunya menusuk hidung. Bagi pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) yang sudah terbiasa dengan kerja seperti tu tidak menimpulkan rasa jijik yang ketara. Tin-tin kosong itu kemudiannya dimasukan ke dalam beg warna hitam sebelum di campak ke dalam lori yang menunggu di tepi jalan.

Bagi pekerja DBKL, aktiviti sabagini lumrah, kerana mereka tahu - setiap pagi, satu Januari setiap tahun, ada kerja tambahan, mengutip tin-tin arak kosong yang dibuang remaja selepas semalaman berpestas pora. Selain tin kosong, juga terdapat kondom terpakai.

Acara sambutan tahun baru, bagi anak-anak muda kota yang gemarkan hiburan merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Mereka berkumpul di Dataran Merdeka, Menara Berkembar KLCC, Bukit Bintang Stadium Merdeka, Bangsar / Telawi, Sri Hartanamas, Mid Valley. KL Senteral, Taman Titiwangsa dan Putra sejak jam 10 malam. Bercampur lelaki perempuan. Kehadiran mereka mencecah puluhan ribuan. jangan hairan, penghuni teramai ialah dari remaja Melayu, hampir 70%. Sementara menunggu detik 12 malam, mereka berhibur dengan konsert muzik berima keras ( hard rock ) minum-minum dan menari mengikut rentak irama yang di mainkan oleh kumpulan muzik tajaan syarikat-syarikat gergasi.

Cendikiawan dan bijak pandai Melayu ramai yang tidak setuju cara kerajaan membenarkan rakyatnya menyambut tahun baru seperti itu. Berhimpun di lokasi tertentu sambil menghitung jarum jam, " tidak sesuai " kata tokoh pendidikan, Prof. Emaritus Datuk Nik Safiah Karim, " Acara sambutan seperti itu mengikut budaya Barat, sedangkan kita orang Timur yang punya budaya dan adat resam sendiri yang lebih baik dan satun. Bagitu juga pendapat Khoo Kay Kim.

Sebahagian besar negara-negara di belahan dunia menyambut tibanya tahun baru dengan pelbagai pesta. Tidak hairan kerana agama anutan rakyatnya ialah Kristian. Memang wajar mereka meyambut permulaan tahun kiraan Masehi itu. Ironisnya, perayaan tersebut juga dirayakan oleh sebahagian umat Islam termasuk di Malaysia. Hal ini agak aneh, walau pun tujuannya sekadar bersuka-suka.

Hakikatnya itulah " hadiah tahun baru " dari syarikat-syarikat penaja untuk remaja Malaysia dengan izin pemerintah. Untuk orang tua, suri rumah atau mereka yang uzur masing-masing ada bahagian. Duduk saja dirumah, dalam situasi santai, televisyen, menghidangkan persembahan konsert secara langsung- hiburan di ambang tahun baru, dari jam 9 - 12 tgh malam. Cara sambutan ini seolah-olah sudah di budayakan sekian lama.

Teringat tahun 70an dan 80an, ketika itu lokasi menjadi tumpuan remaja berpelesiran dan menyambut perayaan tahun baru dan bersantai di waktu malam tidak banyak seperti sekarang cuma di Dataran Merdeka, Taman Bunga dan Teman Tunku Abdul rahman, berhampiran dengan stadium Merdeka. Walaubagaimana pun Taman Bunga ( Lake garden ) menjadi pilihan paling utama mungkin kawasan ini penaromanya cantik dan kawasanya pula luas serta " gelap " Suasana bagini menjadi idaman remaja untuk melakukan gurau senda, bak kata pepatah dari gulongan agama " jika ada dua orang lelaki dan perempuan mesti ada orang ketiga - syaitan "

Juga bagi mereka yang suka menyedut udara pagi yang nyaman dan ingin melonggarkan sendi-sendi melakukan riadah seperti berjongging. Kawasan malam yang di huni oleh pasangan remaja tapi meninggalkan kesan yang menyedihkan pada waktu pagi. Udara pagi yang segar menjadi " celaru " dengan pemandangan yang " mencederakan " mata dan hati. Kerana kelihatan disana sini ketemui dengan " kondom " bersepah di atas rumput. Siapa punya ya, benih orang Melayu ke, Cina ke atau pun India, tak pasti, tapi apa yang akan berlaku ianya akan dikutip oleh pekerja bandaraya kelak.

Perlakuan makziat di kalangan remaja amat meruncing dan ianya seolah-olah " gagal " untuk dibendung. Pertumbuhan pusat-pusat hiburan juga bagaikan " cendawan lepas hujan " sama ada yang sah mau pun yang haram, sama ada permit atau sebaliknya, sama ada berlesen atau pun tidak. Yang pasti pengunjungnya majoriti dari orang kita ( Melayu ).

Kenapa fenomena seperti ini boleh belaku terutama kepada Malaysia yang meletakan Islam sebagai agama rasminya. Juga kenapa penglibatan dalam masalah sosial ini lebih melibatkan genarasi remaja Melayu? Pemimpin dari Perdana Menteri hingga dan ramai kalangan menteri-menteri orang Melayu, ketua-ketua jabatan hampir semua orang Melayu. Tapi persoalan yang diambil mudah oleh kepimpinan terutama dari orang politik, " Pemerintah tidak ada keupayaan untuk melakukan perubahan terlalu banyak isu yang melanda negara terutama kaitan dengan sosial dan keagamaan, kegagalan untuk pengendalian pengurusan kedua-dua aspek ( sosial & agama ) ini menyebabkan gejala sosial berterus dan gagal untuk di bendung "

Pada waktu yang sama kepada pihak oposisi " berilah peluang kepada oposisi untuk memerintah pada PRU13 nanti " masa masih belum terlambat, insyallah keadaan negara akan berubah.

idea asal dari:
Umat Islam Sambut Tahun Baru Mahesi -
siapa Mahu di salahkn
" SAAT CINTA BERTASBIH - Tribut untuk Tuan guru ".

" SHIT " MEMUDAHKAN LALUAN PR

Pernah satu ketika dulu Shahnom ( sastarawan negara ) menulis sebuah nobel " shit ", dan Mahathir juga pernah memaklumkan yang UMNO sudah pun busuk sebusuk-busuknya hingga ke penghujung dubur, apakah benar ungkapan tersebut, apakah benar UMNO sudah rosak, rosak dari daya berfikir, rosak dari personaliti, rosak dari aqidah, sudah tidak mengenal yang baik dan yang buruk, sudah tidak tahu adap resam dan kini hanya main hemtam " kromo " saja. Yang paling jelik dan langsung tidak " berakalnya " ialah kepimpinan UMNO di Pulau Mutiarai, bagi sumbangan kata wang judi, bagi hadiah, hadiah replika najis, di mana letak adat sopan dan tata susila " Melayu " yang penoh dengan peribadi ketimurannya?



Ole-ole " shit " ulang tahun ke4 pemerintahan
PR ( DAP ) di Pulau Pinang.


Kita lihat sahaja bagaimana kepimpinan Pulau Pinang pada masa kini telah meletakkan Agama Islam di tempat yang sewajarnya tidak seperti zaman Gerakan menerajui negeri tersebut. dalam masa 4 tahun pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang telah meningkatkan peruntukan untuk program Agama Islam berganda-ganda. Sekolah Agama Rakyat di berikan pembelaan seperti sekolah yang lain. Tapi sedih dan amat mendukacitakan bila mana ada kalangan " orang UMNO " yang tidak boleh menerima perubahan ini.



Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Reezal Merican Naina Merican

UMNO Pulau Pinang yang majoritinya di pimpin oleh mereka dari gulongan DKK termasuk gambar di atas, telah mengambil jalan yang merugikan diri sendiri, mereka melaksanakan aktiviti yang cara tak langsong boleh memberikan " kredit " kepada Lim Guan Eng. Mereka mengkritik pemberian RM100 untuk keluarga miskin, UMNO kutip balik dan sedihnya belum ada berita yang memaklumkan kutipan wang itu diserahkan kepada Kerajaan negeri. UMNO juga lupa, wang kerajaan pusat adalah di campur adukkan dengan wang judi tapi tidak dengan wang kerajaan Pulau Pinang, di mana tabungan kedua-dua sumber itu di asingkan.



Replika " shit "

UMNO seolah-olah sudah hilang pedoman dalam perjuangan, semua yang dibuat serba tak kena, apa saja tindakan yang diambil memakan diri sendiri, kini agendanya dengan memainkan "politik lucah" dan "politik selak kain", "politik taik". Apakah dengan budaya politik menjijikkan ini akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat?

Tindakan UMNO menyerahkan replika " shit " ini jelas memperlihatkan ketidakwarasan mereka, mereka mungkin terlupa dengan tindakan ini menyebabkan rasa kurang senang rakyat marhain terus tidak bersama UMNO lagi.
Tapi apa yang menyedihkan bagaimana pihak TV3 memberikan laluan kepada program ini di tayangkan keseluruh negara, apakah pihak TV merasakan penyerahan " shit " ini satu peristiwa penting dalam negara? Mungkin juga pihak TV merasakan hanya dengan cara ini dapat memaklumkan kepada rakyat betapa rendahnya darjat sekutu UMNO khasnya di Pulau Pinang dan amnya ahli UMNO seluruh negara. Yang suka main dengan " shit " ialah gulongan tua yang sudah di tahap " Nyanyok ". Apakah dengan " show " ini memperlihatkan usia UMNO sudah 57 tahun dan sudah mula menampakan sikap " Nyanyoknya ". Allah sahaja yang tahu. Apa tidaknya kegagalan menghantar replika " shit " untuk KM akhirnya mereka sendiri yang memotong dan memakannya sendiri. ( gambar bawah )



Apakah UMNO kini sudah mengelabah di tahap yang paling maksima terutama di negeri-negeri bawah pemerintahan PR. ( Kelantan, Kedah, Pulau Pinang & Selangor ) Di doakan moga-moga pada PRU13 nanti bertambah negeri yang akan mengikut jejak negeri yang dinyatakan tadi. Serta PR dapat menaklok Putra Jaya.

Friday, December 30, 2011

JUDI - KENALI INDIVIDU TERBABIT.



Senarai wajah-wajah korporat Melayu UMNO dalam industri ARAK & JUDI negara Islam Malaysia :http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/korang-nak-tau-harta-anak-tun-det-ada.html



Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Mirzan Miguel (anak lelaki Tun Dr Mahathir)

San Miguel Corp
Mirzan Miguel anak lelaki Tun Dr Mahathir
Ahli Lembaga Pengarah Syarikat bir San Miguel.

Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Gunness Anchor Berhad
Tan Sri Dato’ Alwi Jantan, Guinness Anchor Berhad

Dato’ Jaffar Indot Gunness Anchor Berhad
Dato’ Jaffar Indot Guinness Anchor Berhad

Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman
Tun Mohammed Hanif bin Omar Genting Deputy Chairman

TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director
TAN SRI ALWI JANTAN Resorts World Bhd Executive Director

Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent  Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff  Member/Independent Non-Executive Director
Tan Sri Wan Sidek bin Hj Wan Abdul Rahman. Member/Independent Non-Executive Director Dato’ Paduka Nik Hashim bin Nik Yusoff Member/Independent Non-Executive Director

Tan Sri Dato’  Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Tan Sri Dato’ Jaffar bin Abdul Non -Executive DirectorBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Mohamed Saleh Bin  Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD
Mohamed Saleh Bin Gomu Independent Non-Executive DirectorsBERJAYA SPORTS TOTO BERHAD

Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku  Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin  Kamaludin
Ahli Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia. Y.A.M. Tunku Naquiyuddin, Jen (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin

copy from: http://siasahkini.blogspot.com

Thursday, December 29, 2011

DSAI KE PENJARA DSN PENING KEPALA

Sinar mentari 9 Januari akan memberi atau menidakkan harapan kepada PM Najib. Walaupun apa keputusan mahkamah terhadap DSAI yang paling takut dan terasa kecut dan mungkin kehilangan " telor " ialah PM Najib sendiri. Bebas atau ke Penjara Sungai Buluh Najib yang akan sengsara.


PRU13, selepas 9 Januari nanti.

Sudah tentu Najib masih teringat bagaimana kesan yang diterima oleh Mahathir semasa Mahathir memasukan Anwar ke Sungai Buloh tempoh hari, kesan yang amat ketara ujudnya gulongan " reformasi ", keadaan negara " kucar-kacir " politik meninggalkan kesan yang cukup menyakitkan dan akhirnya pada PRU12 pertama kali UMNO / BN gagal untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kehilangan 5 negeri termasuk WP.

Kini Najib mengulang lagi langkah yang dibuat oleh Mahathir, tapi " kepandainan " Najib tidak seperti apa yang ada pada Mahathir, ini kerana Najib sendiri penoh dengan liku-liku perjalanan penghidupan politiknya.

DSAI sudah membuka gelanggan pada konvensyen PKR ke 8 di Johor dengan memastikan gerakan reformasi untuk membebaskan Malaysia dari cengkaman UMNO / BN perlu diteruskan walaupun dirinya sendiri ke Sungai Buloh.

Apa kata kalau DSAI tidak ke penjara, ia akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal. Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai ‘adegan’ samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan ‘skuad’ trio Datuk ‘T’.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi. Juga impak besarnya ianya dapat mengesahkah perancangan untuk menjatuhkan DSAI adalah ternyata fitnah dan sengaja diada-adakan oleh pemerintah dengan di ketui oleh Najib. Sudah pasti penunjuk kesalahan adalah pada Najib.

Dilema Najib

Najib juga amat takut dengan pembebasan DSAI, kerana selama ini amat sukar untuk menyatu padukan antara " orang kafir dengan orang Islam " tapi dengan daya usaha DSAI ini dapat dilakukan dan sudah ada kalangan mereka " non muslim " yang boleh membaca al-quran, sudah mampu mengetahui hukum hudud, sudah mampu untuk menyebut sistem pemerintahan Omar bin Abdul Aziz.

Perubahan ini amat di takui oleh Najib serta apakah perubahan ini memberikan kesan positif kepada PRU13 nanti? dengan itu apakah Najib akan dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.

Kesilapan Tun dollah pada PRU 12 akan menjadi igauan kepada Najib, untuk itu kesilapan yang di lakukan oleh Tun Dollah seboleh-bolehnya tidak di ulangi semula. Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Wednesday, December 28, 2011

PAS - NEGARA BERKEBAJIKAN

Mukaddimah - NEGARA BERKEBAJIKAN.

PAS - melalui ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke 57, baru-baru ini telah menggemparkan ramai pihak, sama dari kalangan pro dan sudah tentu dari gulongan kontra. PAS membawa tema " Membangun Negara Berkebajikan " dan tidak lagi menekan kepada " Pembinaan Negara Islam " Semua pihak hiruk pikuk dengan perubahan tersebut. Masing-masing dengan penafsiran sendiri. Ada juga yang menyamakan Negara Berkebajikan ini seperti Negara Kebajikan ( Walfare State ) atau " liberal welfare State " seperti di Britain, Sweden dan Amerika Syarikat.

Antara Berkebajikan & Kebajikan, ianya tidak sama, Bagi PAS, negara Berkebajikan ianya perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaan dengan berlandaskan ajaran Islam, iaitu Alquran dan al-Sunnah yang menjadi pegangan ahli-ahli PAS. Juga antara keduanya cukup jauh perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya. Walaupun ada sadikit persamaan dari aspek fizikal tapi ianya berbeza dari semangat rohnya. Barat meninggalkan aspek pembangunan rohani atau jiwa. Tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentabir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti sebenarnya.

Islam mengajar orang yang beriman, bukan sahaja menerima yang terbaik dari Quran dan sunnah, tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaanya walau dari mana sekali pun. Untuk itu kebanyakan mereka yang membuat ulasan kaitan dengan Negara Berkebajikan ini berjaya menonjolkan kejahilan berkenaan dengan feqah politik Islam dan terpengaruh dengan sistem yang melahirkan bebagai ideologi dan pendekantan.

Penjelasan kaitan dengan Negara Berkebajikan ini di rujuk kepada Al Quran dan Al sunnah, yang di syarahkan oleh para ulama muktabar, serta pengelaman sejarah keemasan umat Islam, bukan penyelewengan pemimpin yang mencalarkan kemaurniaan agama yang mulia ini. Untuk itu adalah tanggongjawab semua pihak untuk memanjangkan dengan kajiaan yang mendalam dan menyeluruh kaitan dengan negara berkebajikan tersebut.

insyallah - apa ciri-ciri negara berkebajikan

JOM - PRU13 DAH MENAMPAKKAN TARIKHNYA

Parlimen dijangka dibubarkan pada pertengahan Februari bagi membolehkan Piliharaya Umum Ke-13 (PRU) diadakan di negara ini.

Demikian menurut ramalan terbaru yang disiarkan pelbagai blog tempatan sejak beberapa jam lalu. Ramalan ini kini menjadi antara topik hangat di Internet yang mendapat perhatian ramai blogger tempatan.

Ramalan itu adalah berdasarkan beberapa petunjuk, termasuk cuti pasukan polis yang dibeku sekitar tarikh berkenaan.

Imej dari bp.blogspot.com

Antara blog awal yang dikesan menyiarkan maklumat itu ialah abgshah.com, mynewshub.my dan wargamarhaen.blogspot.com.

Bagaimanapun kebanyakan blog yang menyiarkan maklumat itu hanya menyalin dan menampal (copy and paste) artikel asal dari suarapakatanrakyat.com.

Tinjauan inimajalah.com.my mendapati ramalan ini turut disebarkan di Facebook dan mendapat perhatian pengguna laman sosial itu.

Menurut suarapakatanrakyat.com, ramalan tarikh pilihanraya itu adalah berdasarkan pemerhatian penulisnya terhadap laporan akhbar Cina, iaitu Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan China Press.

Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau meramalkan Parlimen dibubarkan pada 15 Februari 2011, manakala proses pengundian ialah 11 Mac 2012.

“Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh berkenaan yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum,” catat web terbabit memetik sumber laporan akhbar berbahasa Cina.

Selain maklumat berkaitan pembekuan cuti anggota polis, ramalan itu turut dikaitkan dengan info daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun menurut laporan web terbabit, tarikh yang lebih logik untuk pembubaran Parlimen ialah 17 Februari 2012 kerana ia disifatkan “lebih afdal” dan menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia setakat ini. – inimajalah.co

Tuesday, December 27, 2011

MALAYASIA KINI - NEGARA BERKEBAJIKAN

Selepas bajet 2012, jelas Malaysia kini memasuki dunia " berkebajikan ", bajet 2012 juga adalah bajet menjelangnya PRU13, dan bajet ini juga untuk memastikan UMNO / BN dapat meneruskan kepimpinan dan penguasan parti di Putra Jaya. Kalau kita perhatikan bajet masih dalam perbahasan di peringkat Parlimen tapi wang sudah di keluarkan, agihan untuk pelajar / murid sejumlah RM100 diedarkan sebelum cuti persekolahan lagi. Hebat UMNO.


RM100 untuk setiap murid / pelajar di sekolah, " setiap murid " apakah sumbangan ini memberikan kesan kepada semua mereka?. Sudah tentu tidak kerana pada mereka keluarga yang berpendapatan tinggi ia seperti " mencurah garam ke laut " kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian Pelajaran bagitu tergesa-gesa dalam memberikan bancian untuk tujuan tersebut? mengapa tidak di ambil kira kepada keluarga yang benar-benar mengharapkan sumbangan tersebut? Murid / pelajar di Putra Jaya contohnya mungin agihan ini tidak memberikan kesan kepada mereka tapi bagaimana pula mereka yang di pendalaman dan keluarga yang ramai pula anak-anak ke sekolah sudah tentu sumbangan ini hanya melekat di " celah-celah " gigi sahaja.

Bagitu juga dengan BR1M - iklan-iklan di RTM jelas seperti memperlekehkan sumbangan ini dengan kata-kata " lihat kerajaan cukup prihatin, dan memahami keadaan rakyat, sudah lama kita tunggu sumbangan seperti ini " ungkapan ini menunjukkan betapa selama hampir 60 tahun UMNO / BN menerajui negara baru kini kerajaan dapat dan sanggup memberikan bantuan untuk rakyatnya.

Tapi sebaliknya untuk kaum kerabat dan kroni mereka, contohnya, terbongkar cerita seorang menteri kabinate di anugerahkan sumlah RM250 juta untuk projek feedlod. Kalau wang ini di agih-agihkan kepada hanya 30% rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan pasti cara hidup mereka berubah dari susah ke senang.

Borang BR1M pada dasarnya amat mudah, hanya diambil di pejabat LHDN dan bolah di perbanyakkan tapi kepimpinan bahagian pula " memandai " untuk mencetak borang lain dan bernombor siri dan kesahan oleh Ketua Bahagian. Perlakuan ini menyebabkan ujudnya bertengkaran dan perbalahan antara mereka.



sumber dari lianglahad.blospot.com

Paparan diatas jelas memperlihatkan kepada kita, apakah benar-benar pihak kerajaan kini sedang berusaha untuk memastikan " kebajikan " rakyatnya terjamin? kita kunjungi pula ke KFC, hidangan yang di kecapi sudah termasuk GST ( Goverment Service Tax ). Bukan setakat itu sahaja, cerita untuk memberikan khidmat " kebajikan " ini hanya indah khabar dari rupa, yang penting kepimpinan hanya mementingkan diri sendiri, kaum keluarga dan sahabat handai dalam kalangan mereka sendiri sahaj.

Satu lagi kes, pecah amanah dari kepimpinan, lihat sendiri bagimana YB Jamil Khir sanggup menggunakan wang zakat untuk kepentingan peribadinya, sedangkan wang ini adalah bertujuan untuk membantu " kedaifan " warga miskin. Apa kata, jika penyalahgunaan kuasa ini di di bangkitkan oleh mana-mana pihak sudah tentu, wang zakat ini akan mengalir tidak mengikut asnaf yang ditetapkan.

Untuk itu masa untuk kita meninggalkan dan terus tidak menerima UMNO / BN sudah sampai masanya.

Monday, December 26, 2011

RASUAH - MALAYSIA SUDAH TEROK






http://2.bp.blogspot.com/-eU0VuDanwvc/TcYj5veDIaI/AAAAAAAAAb0/ivJ3F_6q8Lo/s400/rasuah.jpg

Kg. Gajah 26 Disember - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah ( CPI ) di tangga ke 60 di peringkat antarabangsa cukup membimbang dan mengaibkan, dalam keadaan meletakkan Islam sebagai Agama rasmi dan hampir 90% kepimpinan adalah dari mereka yang beragama Islam tapi langsung tidak mengamal dan melaksanakan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Mengikut laporan tersebut Malaysia yang pernah satu ketika sebaris dengan negara seperti Korea Selatan, Singapore dan Taiwan tapi kini ianya sudah jauh merodum, sudah tenat sudah terok keadaan rasuah yang di " amalkan " oleh kepimpinan yang ada. Sebagai contoh pada 2001 Malaysia berada di tangga ke 36 dan penurunan ini dari tahun ke tahun amat mendukacitakan dan sehinggalah pada 2011 Malaysia di tangga ke 60, bagaimanakah agaknya di tahun 2020 nanti?
Apakah ini yang dikatakan satu " transformasi " tak kiralah sama ada transformasi untuk ekonomi, untuk pembangunan, untuk daya fikir. Dengan kedudukan yang bagitu " kritikal " jelas sekali rakyat Malaysia meletakkan budaya " rasuah " di tempat yang boleh dibanggakan. Tapi gulongan mana kah yang paling ramai terlibat ? pemimpin atau rakyat?

Siapa Pengerusi Felda, Siapa Pengerusi Risda, siapa Pengerusi Felcra - semua mereka terbabit dengan masalah kewangan - semua rakyat Malaysia mengenali mereka. Ada yang salah laku seks dan sudah pasti ada yang tertangkap dengan rasuah terutama rasuah dalam parti. Apakah ini satu transfomarsi oleh PM - Najib.

Dengan bersalahnya Khir Toyo, dan pengakuan rasmi Awang Adik dan tersenarainya beberapa pemimpin UMNO sama ada rasuah di peringkat kerajaan atau pun di peringkat parti sendiri, ini jelas menujukkan pemimpin yang dilahirkan oleh UMNO meletakkan rasuah itu sebagai satu keperluan. Lihat sahaja bagaimana wang yang diperuntukan untuk pertanian di hulurkan terus kepada seorang menteri dengan jumlah yang gak masuk di akal. RM250 juta sekadar untuk memternak lembu tapi yang digukanakan ialah membeli kondo dan kemudahan lain. Perutukan itu diluluskan oleh kabinate untuk orang kabinate dan akhirya ia disalah gunakan.

Ikan senohong, gelama dan ikan duri
cakap bohong, mencuri lama-lama jadi menteri.

Sunday, December 25, 2011

NAK KAYA DAN MEWAH JADILAH PEMIMPIM UMNO


DS Shahrizat yang di ungkit oleh pihak Odit negara khusus kaitan dengan " projek lembunya " terdapat banyak kelemahan dan kelemahan pengururusan pula di anggap satu " penyelewengan ", kemudian setiap kelemahan di hidu pula oleh pihak pembangkan dan terus di jadikan isu, serta pendedahan demi pendedahan apa yang telah dibuat syarikat ini terus di bangkitkan - khususnya PKR.

Sudah sekiah lama, desakan dan ungkitan di bangkitkan sehingga satu ketika semasa berucap di perhimpunan agung UMNO beliau sanggup menyinsing lengan dan bersedia untuk menyelek kain, akhirnya beliau bangkit dan bersuara apa yang sebenarnya berlaku dalam kepimpinan UMNO. Beliau sendiri mengesahkan amat sukar untuk " mencari " pemimpin yang " bersih ", pemimpin yang tidak ambil duit rakyat, pemimpin yang " cakap tapi tak bikin " serta beliau menyatakan apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO.
"

" Cuba nyatakan siapa dalam UMNO yang tiada masalah dalam pengurusan kewangan ? " cabar beliau. Apakah ini bermulahnya era semua kepimpinan UMNO akan " terselak " kain mereka. Khir Toyo sudah pun didapati bersalah. Bagaimana pula dengan Awang Adik, pengakuan Mahathir dengan IMF, Isa Samad, Rahim Tamby Cik dan entah berapa ramai lagi ahli UMNO yang perlu disenaraikan. Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan akan datang.


Hakikatnya sindirin Shahrizat ini, untuk memastikan pemimpin UMNO supaya jangan berlagak yang mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam UMNO, tambah beliau. Siapa di Ceras, Siapa di Kinabatangan?

Sebenarnya, pendedahan DS Shahrizat tidak mengejutkan, kerana memang " rasuah " itu dijadikan budaya oleh UMNO. Rasuah itu sinonim dengan UMNO. Cuma tidak ada siapa yang ingin melaporkan, kerana setiap laporan tidak kemana-mana, kerana pihak berkuasa sentiasa " tidur sebantal " dengan mereka yang bersalah. Walaubagaimana pun sekali-sekala mereka tunjukkan kepada rakyat yang undang-undang masih terpakai di negara ini, lihat kes Khir Toyo, tapi hukuman seolah-olah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sepatutnya peimpin apabila melakukan sesuatu salah laku disiplin hukuman tak sama dengan individu yang di pimpin.

DI MANA KINI " PEMIMPIN MELALUI TELADAN ? "

Kerenah projek lembu kelolaan Shahrizat ini mungkin kah menjadi " bench mark " kepada b
udaya yang ada pada kepimpinan UMNO itu sendiri - kita tunggu dah lihat. Sejarah membuktikan, bukat setakat " rasuah " wang rakyat tapi mereka juga bersedia dan berupaya melakukan kepada ahli-ahli parti, ini jelas bagaimana ada kepimpinan bahagian yang di gelar " six million dollarman " ada juga kalangan kepimpinan yang di gantong jawatan ada yang tidak dibenarkan bertanding dalam parti apabila didapati sah mereka menggunakan wang untuk mendapatkan undian.

Laporan Ketua Audit Negara 2010, telah berjaya membuka " pekong "
sebenar apa yang berlaku.

Apakah rakyat masih menaruh harapan kepada UMNO lagi? ini satu persoalan yang amat sukar di jawab, ahli UMNO memang sudah sebati dengan " pemberian " wang ringgit, selain mereka di bawa melancong. Rakyat di jamu dengan Wang Persekolahan RM100, dan wang saku BR1M untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan.

Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13. Malaysia perlu diselamatkan dari tangan-tangan hitam yang mengotorkan negara dengan rasuah dan skandal yang memalukan negara.

Saturday, December 24, 2011

LAWATAN KE CINA

Kepada semua pengunjung blog ini, terlebih dahulu kemaafan di pohonkan kerana sepanjang berada di Guangzhou dan Shenzhen pada 19 - 23 Disember yang lepas penulis berada di kedua-dua bandar di Cina tersebut. Penulis juga tidak dapat melaporkan apa yang terjadi sepanjang berada di Cina kerana Kerajaan Kominis Cina " melarang " penggunaan FB dan Blog. Memang rasa " frust " kerana tidak dapat melaporkan apa yang berlaku di Cina.

Walaubagaimana pun, untuk tidak menghampakan pengunjung di paparkan sedikit gambar-gambar yang diambil semasa di kedua-dua kota tersebut.



Ahli rombongan bergambar ramai di depan " window of the world " Monument ini seperti ada di Langkawi di mana semua perkara ajaib di dunia di bina semula dalam bentuk " replika ". Penulis sempat juga bergambar dengan pengawal keselamatan. Dan di Cina pegawal keselamatan berada di semua lokasi termasuk kawasan membeli belah, pusat perdagangan, pusat rekreasi.



Salah satu pemandangan di " Window of the world "





Pemandangan " kepesatan" pembangunan di kedua-dua bandaraya tersebut, dan penghuninya pula melebihi 10 juta orang di setiap bandaraya. ( gambar ini di ambil dalam perjalanan )



Kesibokan di Dongmen Shopping Street.



Keadaan sebuah masjid dan ianya terletak di tingkat 7 sebuah bangunan yang terdiri dari hotel muslim dan kedai-kedai, dan sebuah restaurant yang menyediakan masakan halal, boleh di katakan pengunjung ke bandar ini menjadi satu " kemestian " untuk hadir di bangunan ini semasa ada untuk sembahyang mau pun membeli belah.


Pada 23 Dis. hari jumaat penulis juga sempat menunaikan fardhu Jumaat di masjid di mana terletak nya perbukuran Saad bin Abi Waqas's grave, kelewatan untuk sampai ke masjid dapat melihatkan bagaimana jemaat juga menggunakan semua kawasan lapang untuk tujuan sembayang, dan penulis juga dapat bergambar dengan saudara Islam " cina " selepas menunaikan sembahyang tersebut.





Gambar-gambar penulis dan keluarga yang turut sama di lawatan tersebut.



" papan tanda " petunukan arah perjalanan



Semasa menunaikan waktu zohor di Masjid Guang Ta,
kebetulan Ustas Ismi - pengurus Mubarak juga berada di Guangzhou.

Sunday, December 18, 2011

BR1M - AWANG ADEK & AHMAD HUSNI BERTELAGAH

Rakyat Malaysia kini masih kecoh dengan " one-off " sama ada RM100 untuk murid dan pelajar sekolah mau pun kepada Rm500 untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM3000. Mulai pertengahan Disember borang diedarkan, tapi malang bagi sebahagian mereka kerana ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut.

Rasa marah " rakyat " terhadap pengurusan pemberian bantuan persekolahan RM100 masih belum reda, masih marah tiba-tiba datang pula isu BR1M pula. Pihak " orang kampong " terus di putar belitkan dengan cara yang berkuasa mengagihkan borang-borang tersebut. Ada antara borang yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dan ada pula pihak parti juga mengedarkan borang dengan cop parti dan bernombor siri.

Seeloknya danemudahkan rakyat, pengedaran dan penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang. Mungkin ada penduduk dari luar Bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM 500. Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Pemberian " one - off " seolah-olah ada kaitan dengan kepentingan politik khususnya untuk menghadapi PRU13 nanti. Memang tidak ujud keikhlasan kepada projek tersebut. Atau pihak kerajaan memang merancang agar rakyat terpaut dengan sumbangan itu untuk meneruskan kekuasaan BN di persada Putra Jaya? Apa tidaknya. Macam mana boleh ujud " perselisihan " faham antara kedua-dua timbalan Menteri kewangan.

Bachok: Bagi Awang Adek, hanya borang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja yang sah untuk menerima peruntukan tersebut. Fotostat tidak di layan.

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Siapa benar dan siapa berbohong?

Disinilah jelas menunjukkan kepada kita bahawa pemberian yang di war-warkan ini bukan untuk meringankan beban rakyat tapi mempunyai niat yang tersembunyi. Apakah dengan " one - off " RM500 ini dapat meringankan beban untuk 5 tahun akan datang? Cara pemberian boleh di pertikaikan, ianya lansung tidak mencerminkan " mendahulukan rakyat " kerana rakyat terus di bebankan dengan kerenah dan birokrasi yang sengaja dicipta untuk kepentingan pihak tertentu.

Sepatutkan dengan kemudahan pentadbiran yang terkini adanya pegawai daerah, adanya penghulu mukim dan akhirnya ada pula Ketua Kampong dan diujudkan pula JKKK, sudah pasti untuk mendapatkan jumlah penduduk, bilangan warga emas, bilangan pelajar sekolah, bilangan ibutunggal, dan bilangan keluarga yang berpendapatan bawah kemiskinan, bilangan kakitangan kerajaan hatta kita boleh mencari data kaitan dengan mereka yang juga terlibat dengan gejala sosial seperti dadah dan lain-lain. Tapi malang pihak memerintah hanya mengumpul maklumat kaitan dengan penglibatan dalam parti sahaja.

Bagi bantuan RM100, pihak kerajaan seolah-oleh tidak mau berfikir, apakah dengan sumbangan sejumlah itu yang diberikan pada bulan November dulu dapat di gunakan untuk persekolahan yang hanya di buka pada Januari. Mengapa pihak kementerian " memaksa " pemberian mesti diselesikan serta mereta. Jika wang tersebut di agihkan pada sesi persekolahan dengan " memotong " anggaran belanja yang akan dikeluarkan olehj pihak sekolah sudah tentu ibubapa dapat merasa sumbangan tersebut. tapi kini sumbangan telah diterima, musim persekolahan pula entah bila-bila lagi.

Kenapa Wang Rm100 ini diberikan kepada semua pelajar, mengapa pula RM500 tidak kepada semua rakyat? RM 100 kepada semua rakyat jelas bak kata pepatah " seperti mencurah garam ke laut " ada kalangan yang menerima langsung tidak meninggalkan " kudis ", sebaliknya jika di buatkan bancian seperti RM500 berkemungkinan besar ada kalangan penerima akan menerima lebih dari RM100.

Kenapa Kerajaan bertindak tergesa-gesa?
Apakah benar kerajaan dengan slogannya Rakyat di dahulukan?

Hanya kerajaan yang benar-benar iklas dan prihatin saja yang akan memberikan bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja. Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Saturday, December 17, 2011

BELIA KINI - KEMANA ARAH MEREKA

Pada 16 - 17 Disember, GM dapat peluang bersama-sama di majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan MAYC ke 51 di D' Village Resort, Melaka. Sudah hampir 10 tahun tidak menghadirikan diri di majlis-majlis anjuran belia, kali terakhir melibatkan diri secara lansung dengan pergerakan belia pada usia di penghujung usia 40an.

Pemimpin MAYC di zaman itu seperti Sanusi Junid, Ismail Hasbullah, Johar Rusi dan ramai lagi adalah antara penggerak persatuan / kelab-kelab belia yang bergabung dengan MAYC / PKBM ( Malaysia Assosiaton of Youth Clubs / Persatuan kelab -kelab Belia Malaysia ). Satelah hampir ke usia 60, MAYC di Mesyuarat perwakilan ke 51 baru MAYC terlintas untuk menganugerahkan JC. Walaubagaimana pun terima kasih.



YAB KM bersama-sama di barisan EXCO MAYC

Memang tidak dinafikan pergerakan belia zaman ini lebih " kritikal " dari zaman itu, kini belia sudah memasuki " dunia akhir zaman " mereka seolah-olah sudah hilang arah tujuan hidup, daya hidup mereka lebih mementingkan " dunia " dari mengingati tuhan. Cabaran mereka di tahap yang sungguh menakutkan, kita boleh lihat pada masa ini gejala sosialnya seperti buang bayi, bersekedudukan, dadah, dan lain-lain.



Sebahagian dari perwakilan / pemerhati di persidangan tersebut.
Kenapa mereka tidak " berdisiplin " di majlis tersebut?


Remaja / belia adalah " generasi penerus " tapi kalau diperhatikan gelagat mereka pada persidangan tersebut ianya memungkinkan keadaan generasi belia masa masa ini sudah ditahap yang amat kritikal, sudah tidak dapat membezakan suasana, mereka hadir di majlis perasmian dengan mendengar ucapan YAB KM, lansung tidak mencerminkan mereka sebagai " generasi penerus " untuk negera di satu masa nanti.

Malahan semasa YAB KM menyampaikan ucapan, walaupun ucapan beliau memang tidak dinafikan banyaknya menjurus kepada kepentingan parti, semua serba tak kena dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, tapi para belia yang hadir sanggup memberikan " pekikan " seolah-olah memperli ucapan beliau. Mungkin juga YAB KM terlupa kehadairan para belia di majlis tersebut di wakili oleh semua beliau dari seluruh negera, jadi sudah pasti ada antara mereka dari negeri-negeri yang bukan di bawah naungan BN.
Align Center

Gambar hiasan - tidak kena mengena dengan para belia tersebut, tapi apa yang penting mereka dalam gambar ini adalah dari kalangan belia

Memang berasa pelik, di mana YAB KM, juga sepanjang ucapan tidak langsung memberikan satu " inspirasi " kepada gulongan belia untuk " menjana " masa depan mereka, tidak memberi ransangan untuk meneruskan karier dalam penghidupan, tidak memberi kekuatan jasmani dan pembentuk rohani dalam meneruskan perjuangan hidup masa depan bangsa, agama dan negara. Sudah pasti YAB KM tahu para belia yang hadir pada malam itu adalah antara mereka yang bakal meneruskan pejuangan emi bangsa, agama dan negara.

Kekosongan jiwa mereka terus di kosongkan, kekuatan rohani lansung tidak di indahkah, malahan mungkin YAB KM terlupa salah satu elemen untuk memastikan pembentukan Masyarkat Madani adalah dari kalangan remaja itu sendiri. Kita perlu ada kalangan belia yang rajin beribadat, sudah pasti cara tak langsung gulongan ini sebagai peneraju masa depan dapat memastikan mereka akan meninggalkan perkara hiburan dan perkara maksiat. Semakin ramai gulongan belia & remaja kearah " beribadat " sudah pasti meninggalkan kesan kepada majlis pesta hiburan dan maksiat akan beralih kepada majlis zikir dan munajat. Generasi Belia di latih untuk tahan lazak dan bermental perjuangan, bukan dibiasakan dengan hiburan, kemanjaan dan pesta-pesta maksiat.



Para pelajar main kompang -
apa kah belianya nanti tanpa bimbingan?


Adalah diharapkan agar generasi penerus ini dapat di " bedah " dengan pengisian yang benar-benar boleh memberikan keinsafan dan rasa sedar untuk terus memperjuangkan Islam. Mereka dari kanak-kakan, ke bangku sekolah dan remaja amat perlu sekali diberikan bimbingan yang jelas ke arah keredhaan Illahi.

Friday, December 16, 2011

MAYC - PERSIDANGAN AGUNG KE 51

16 Dis. 2011, D' Village Air Kroh, MAYC Kebangsaan telah menghimpunan para perwakilan dan pemerhati kelab gabungan dari seluruh negera di Mesyuarat Agung ke 51 yang di adakan di Melaka dan di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka itu sendiri. Penglibatan mereka dari kelab belia peringkat cawangan, kawasan, daerah, negeri dan di kebangsaan. Sejumlah hampir 300 perwakilan hadir di mesyuarat tersebut.



Barisan EXCO MAYC Kebangsaan bersama YAB Ketua Menteri
di majlis perasmian tersebut. Beliau di api oleh Presiden dan Timbalan Presiden.

Dalam ucapan YAB, memang jelas kepimpinan yang sedang memerintah pada masa ini masih tidak kelihatan untuk membawa generasi belia kini kearah memahami " jiwa keislaman ", beliau lebih mementingkan semangat hidup yang lebih kearah " ala kebaratan ". Suasana negara yang hampir dengan PRU13 memberikan YAB tidak dapat lari dari mengkritik dan melebalkan kerajaan PR yang memerintah gagal dalam memastikan kebajikan rakyatnya. " Semua gejala sosial para belia masa kini yang memonopoli kejadian terletak di negeri di bawah pemerintahan PR, buang bayi, mat rempit, dadah, tidak demokratik, sabagai contoh di Sekolah Harapan, 6 yang termengandung adalah dari Kelantang " ucapan beliau di sambut dengan pekekitan oleh hadirin. Mungkin perwakilan Kelantan dan negeri-negeri PR yang lain terusik sanubari mereka.



YAB memukul gong tanda Mesyuarat Agung Tahunan ke 51 MAYC

Kebangsaan selamat di rasmikan.

MAYC Kebangsaan juga mengambil inisiatif untuk memberikan penganugerahan kepada mereka yang telah mencurahkan khidmat bakti dalam memperjuangkan " arena pembangunan belia " di semua peringkat ( cawangan, kawasan, daerah, negeri & kebangsaan ) penglibatan mereka tidak mengenal erti penat, juga turut menghabiskan wang ringgit dan tidak mengira masa. Atas keprihatinan tersebut bintang peringatan JC ( Jasa Cemerlang ) ini di lahirkan.




Barisan " Mantan " kepimpinan belia yang menerima anugerah



GM sedang di sematkan JC oleh YAB KM



Penulis bersama rakan seangkatan Tn. Hj. Nuri ( mantan Exco MAYC Perak )
merakankan gambar kenangan bersama YAB KM.

Thursday, December 15, 2011

7 GULONGAN MANUSIA - PEMBENTUKAN MASYARAKAT MADANI




Masjid Lama, ( Jaiziah ) kini menjadi " Pusat Ilmu " untuk penduduk Kampong Gajah dan kampong-kampong sekitarnya. kepada pengunjung blog ini di jemput hadir sama.


Ini adala jadual pengajian bulanan masjid ini, pada 14 Dis. 2011 para jemaah di dedahkan dengan isu kaitan dengan Masyarakat Madani.
" Kitab Empat Puluh Hadiths Akhlak Mulia " di jadikan buku rujukan.

Tujuh golongan manusia yang di naungai oleh Allah dan tiada naungan kecuali naunganNya. Siapakah golongan manusia tersebut:

1- Pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil sudah pasti melaksanakan pemerintahan yang adil dan sudah pasti ianya di senangai oleh rakyat. Dengan itu sudah pasti wujud kesefahaman dan kejersama antara pemimpin dan yang di pimpin. Tapi sebalik jika pemimpin itu zalim sudah tentu rakyat tidak senang dengan cara pemerintahannya. Kesannya kerjasama tidak diperolehi dan susah untuk mencapai kejayaan.

2- Pemuda yang rajin beribadat
Apabila dalam mana negeri terbina anak-anak muda yang rajin beribadat sudah tentu gulongan peneraju masa depan ini pasti akan meninggalkan perkara hiburan dan perkara maksiat. Majlis pesta hiburan dan maksiat sudah tentu beralih kepada majlis zikir dan munajat. Generasi Belia di latih untuk tahan lazak dan bermental perjuangan, bukan dibiasakan dengan hiburan, kemanjaan dan pesta-pesta maksiat.

3- Lelaki yang hatinya sentiasa terkait dengan masjid.
Sudah pasti lelaki sabagini menjadikan masjid sebagai syiar masjid, sentiasa berjemaah dan sentiasa memberikan perhatian kepada kegiatan dan memainkan peranan untuk pembentukan generasi beragama, sentiasa ingatkan waktu untuk berjemaah. Sudah pasti syiar agama kelihatan, hati mereka tertaut kepada masjid dan Masjid telah menjadi jantung mamsyarakat.

4- 2 lelaki yang saling kasih mengasihi dan mencitai Allah
Masyarakat Madani dalah masyarakat yang di dasari dengan kecintaan yang iklha diatasa para penduduknya. Semua kegiatan dan aktiviti di lakukan secara " usahasama ". Aktiviti seperti perniagaan, pertanian, pertukangan dan sebagainya dilaksanakan atas dasar cinta dan bukan atas dasar untuk mengaut untung dan kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh kalau dalam urusan perniagaan - penjual lebih mementingkan pembeli dan tidak menipu pembeli. Kalau pegawai cintakan rakyat dan kesannya pegawai tidak rasuah, tidak pecah amanah, tidak menyalahguna kuasa .

5- Lelaki yang kuat keimanannya
Lelaki sabagini amat sukar untuk di pengaruhi oleh godaan, hatta godaan yang datang dalam keadaan yang sangat mengiur, memberahi, memberansangkan, tapi penderian tetap dan teguh seraya berkata " saya takut akan Allah "

6- Penderma yang ikhlas
Mereka menyumbang untuk kesejahteraan ummat. Setiap sumbangan di sembunyikan. Juga tidak mengharapkan apa-apa pujian atau pun sanjungan. Hanya pahala dari Allah sahaja yang diharapkan. Gulongan yang lemah, kurang bernasib baik dan mereka tidak mempunyai tujuan selain daripada mencari keredhaan Allah taala.

7- Ketaqwaan dan Ikhlas kepada Allah
Gulongan ini dalah antara gulongan yang banyak bermunajat kepada Allah, banyak berzikir ( bersendirian / berkumpulan ) Sentiasa bertaubah, hati mereka merasa gementar, hiba dan khusuk serta takutkan seksa Allah.

Ketujuh-tujuh gulongan ini jika wujud dalam sesebuah masyarakat maka itulah yang dinamakan Masyarakat Madani yang sebenar, masyarakat yang bertaqwa, berakhlak mulia, penghidupan yang penoh dengan nilai-nilai Rabbani, masyarakat yang mendepat redha dan menghfirah dari Allah taala.

Wednesday, December 14, 2011

SKANDAR PKFZ - LEONG SIK DI " BLACK GOATKAN "

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.

“Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ.

“Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB,” katanya.

Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama.

Katanya, anak guamnnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.

“Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Tun Dr Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu,” katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan.

Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar.

Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH.

Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan.

Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Penggulungan hujah di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok.

ehsan: sharpshooterblogger.

UMNO - PUJI DEPAN TIKAM BELAKANG

Dalam UMNO memang tidak habis-habis dengan rebutan kuasa dan saling tidak mempercayaai antara satu sama lain, " buruk laku " ini bukan saja di peringkat tertinggi iaitu Presiden dan Timbalan malahan ianya menular ke peringkat sampai ke peringkat kepimpinan cawangan. Presiden dengan Presiden, Ketua dengan naib ketua di semua peringkat ( pemuda, wanita & puteri ) ketua dan timbalan ketua di peringkat bahagian hatta di peringkat ketua dan naib ketua cawangan.

Pertembongan ini lebih kelihatan apabila sampai " musim " pemilihan peringkat parti ( peringkat cawangan, bahagian mau pun MKT itu sendiri ) atau pun musim penamaan calun-calun untuk pencalunan pengisian kerusi di peringkat DUN dan Parlimen.

Agak menggerunkan setiap kali perhimpunan sudah menjadi kebiasaan dalam ucapan Presiden akan memuji Timbalannya sebagai "setia". Manakala Timbalan Presiden akan membalasnya dengan memuji memuja Presiden. Kalau kita imbas kembali zaman " setia &
taat " ini bermula sejak zaman Mahathir.

Rakyat khususnya ahli UMNO amat banggakan sekali zaman " 2M " Mahathir dan Musa. Keakbraban keduanya cukup " mengiorkan " sekali mereka cukup intin, mersa dan erat. Antara mereka saling puji memuji, Mahathir memuji Musa sebagai Timbalan yang setia dan Musa membalas pujian itu dengan senyum-senyum kambing. Dalam hati keduanya dengan cebik berbisik,
"Gua talak percaya sama lu".

Tapi persefahaman ini berakhir dengan cukup strategik, Musa perlu melarikan diri dan tempat beliau diambil oleh Ghaffar, apa yang berlaku antara Mahathir dan Ghaffar sama juga dengan apa yang berlaku antara 2M. Juga berakhir dengan Ghaffar perlu meletakkan jawatan dan kembali ke pangkuan asal dengan menggalas bag plastik.
NONETapi Ghaffar di pohon meninggalkan jawatan Timbalan dengan alasan kedatangan Anwar. Mungkin Mahathir memikirkan Anwar lebih layak dari Ghaffar untuk jawatan Timbalan Presiden yang juga Timbalan PM.

Selepas Musa, Ghaffar dan yang ketiga Anwar pula dijemput oleh Mahathir ke pangkuan UMNO dan Anwar perlu " mentiadakan " Ghaffar. Giliran Anwar pula jadi Timbalan. Anwar anggap Mahathir sebagai bapa angkatnya dan Mahathir pula mengangkat Anwar jadi anak emasnya.
"Kalimat cinta" diucapkan lagi bahkan beribu kali, kata Mahathir, "Anwar setia pada saya" dan balas Anwar,"Mahathir percaya pada saya". Tapi benarkan istilah yang diguna pakai itu boleh di jadikan ukuran " keakbaran " antara kedua-dua mereka, hanya Allah yang mengetahui. Mungkin juga ayat yang sama bermain di ketiga-tiga timbalan Mahathir. "Gua talak percaya sama lu"

Memang benar sebagaimana yang diduga, Anwar bukanlah dipercayaai sangat oleh Mahathir dan Anwar perlu disingkirkan dari UMNO dan penyingkiran Anwar adalah yang paling dahsyat sekali. Sehinggankan seluruh keluarga di aibkan, seluruh anggota UMNO amat perlu memberikan kepercayaan 100% kepada Mahathir dan akhirnya Anwar di simpan di Sungia Buluh selama 6 tahun. Ketiadaan Anwar, Abdullah Bawadi di berikan kepercayaan oleh Mahathir untuk menduduk kerusi no. 2 itu.

Pak Lah adalah pengganti yang dicari dan akhirnya Mahathir menarik diri dari kepimpinan UMNO dan kerajaan. Jawatan Perdana Menteri diserahkan kepada beliau. Tapi Pak Lah melalui sejarah kepimpinan UMNO yang gelap dan amat memalukan dengan PRU12 UMNO/BN gagal menguasai 2/3 majoriti di Parlimen. Tapi Mahathir memerlukan pemimpin yang boleh dan mampu meneruskan cara kepimpinan yang beliau tinggalkan. Lantas tersilap langkap Pak Lah juga di cucuk dari belakang dan akhirnya menyerahkan kepimpinan kepada Najib.

Najib dalah Perdana Menteri ke6 Malahysia, tapi Najib cerdik dan belajar melalui apa yang di lakukan oleh Mahathir zaman pemerintahannya. Jika patukan ular boleh diubati dengan bisa ular sendiri, begitulah cara Najib menangani permainanan Mahathir. Bisa Mahathir hanya boleh ditawarkan dengan meniru caran Mahathir itu sendiri. Akhirnya permainan Mahathir di teruskan semul oleh Najib.

Najib mulakannya dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO. Iaitu memuji Muhyiddin sebagai Timbalan Paling Setia. Mengulangi taktik Mahathir ke atas Musa, Ghafar dan Anwar. Muhyiddin juga tahu nasibnya bakal menjelma seperti Musa, Ghafar dan Anwar. Tapi dia agak gelojoh. Cepat-cepat dia menjawab pujian Najib, "Saya Timbalan Paling Setia". Ini kalimat cinta yang pernah memusnahkan Musa, Ghafar dan Anwar!

Apakah dengan menggunakan kalimah seperti apa yang digunakan oleh semua timbalan semasa pemerintahan Mahathir, Mahyuddin akan terselamat? Bagi Mahyuddin pula terus menjawab kalimah cinta Najib dengan " Saya Timbalan Paling Setia " Kenapa Mahyuuddin tak diam sahja atau berkata dalam hati " gua tak caya sama lu ". Kita lihat apa yang bakan berlaku kapada Mahyuddin, apakah badi ucapan kalimah syahdu ini akan berulang kembali, hanya masa yang menentukan.

Entri Terdahulu...

Powered by Blogger Widgets

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA