Ini adala jadual pengajian bulanan masjid ini, pada 14 Dis. 2011 para jemaah di dedahkan dengan isu kaitan dengan Masyarakat Madani.
" Kitab Empat Puluh Hadiths Akhlak Mulia " di jadikan buku rujukan.
" Kitab Empat Puluh Hadiths Akhlak Mulia " di jadikan buku rujukan.
Tujuh golongan manusia yang di naungai oleh Allah dan tiada naungan kecuali naunganNya. Siapakah golongan manusia tersebut:
1- Pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil sudah pasti melaksanakan pemerintahan yang adil dan sudah pasti ianya di senangai oleh rakyat. Dengan itu sudah pasti wujud kesefahaman dan kejersama antara pemimpin dan yang di pimpin. Tapi sebalik jika pemimpin itu zalim sudah tentu rakyat tidak senang dengan cara pemerintahannya. Kesannya kerjasama tidak diperolehi dan susah untuk mencapai kejayaan.
2- Pemuda yang rajin beribadat
Apabila dalam mana negeri terbina anak-anak muda yang rajin beribadat sudah tentu gulongan peneraju masa depan ini pasti akan meninggalkan perkara hiburan dan perkara maksiat. Majlis pesta hiburan dan maksiat sudah tentu beralih kepada majlis zikir dan munajat. Generasi Belia di latih untuk tahan lazak dan bermental perjuangan, bukan dibiasakan dengan hiburan, kemanjaan dan pesta-pesta maksiat.
3- Lelaki yang hatinya sentiasa terkait dengan masjid.
Sudah pasti lelaki sabagini menjadikan masjid sebagai syiar masjid, sentiasa berjemaah dan sentiasa memberikan perhatian kepada kegiatan dan memainkan peranan untuk pembentukan generasi beragama, sentiasa ingatkan waktu untuk berjemaah. Sudah pasti syiar agama kelihatan, hati mereka tertaut kepada masjid dan Masjid telah menjadi jantung mamsyarakat.
4- 2 lelaki yang saling kasih mengasihi dan mencitai Allah
Masyarakat Madani dalah masyarakat yang di dasari dengan kecintaan yang iklha diatasa para penduduknya. Semua kegiatan dan aktiviti di lakukan secara " usahasama ". Aktiviti seperti perniagaan, pertanian, pertukangan dan sebagainya dilaksanakan atas dasar cinta dan bukan atas dasar untuk mengaut untung dan kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh kalau dalam urusan perniagaan - penjual lebih mementingkan pembeli dan tidak menipu pembeli. Kalau pegawai cintakan rakyat dan kesannya pegawai tidak rasuah, tidak pecah amanah, tidak menyalahguna kuasa .
5- Lelaki yang kuat keimanannya
Lelaki sabagini amat sukar untuk di pengaruhi oleh godaan, hatta godaan yang datang dalam keadaan yang sangat mengiur, memberahi, memberansangkan, tapi penderian tetap dan teguh seraya berkata " saya takut akan Allah "
6- Penderma yang ikhlas
Mereka menyumbang untuk kesejahteraan ummat. Setiap sumbangan di sembunyikan. Juga tidak mengharapkan apa-apa pujian atau pun sanjungan. Hanya pahala dari Allah sahaja yang diharapkan. Gulongan yang lemah, kurang bernasib baik dan mereka tidak mempunyai tujuan selain daripada mencari keredhaan Allah taala.
7- Ketaqwaan dan Ikhlas kepada Allah
Gulongan ini dalah antara gulongan yang banyak bermunajat kepada Allah, banyak berzikir ( bersendirian / berkumpulan ) Sentiasa bertaubah, hati mereka merasa gementar, hiba dan khusuk serta takutkan seksa Allah.
Ketujuh-tujuh gulongan ini jika wujud dalam sesebuah masyarakat maka itulah yang dinamakan Masyarakat Madani yang sebenar, masyarakat yang bertaqwa, berakhlak mulia, penghidupan yang penoh dengan nilai-nilai Rabbani, masyarakat yang mendepat redha dan menghfirah dari Allah taala.
No comments:
Post a Comment