Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, December 27, 2011

MALAYASIA KINI - NEGARA BERKEBAJIKAN

Selepas bajet 2012, jelas Malaysia kini memasuki dunia " berkebajikan ", bajet 2012 juga adalah bajet menjelangnya PRU13, dan bajet ini juga untuk memastikan UMNO / BN dapat meneruskan kepimpinan dan penguasan parti di Putra Jaya. Kalau kita perhatikan bajet masih dalam perbahasan di peringkat Parlimen tapi wang sudah di keluarkan, agihan untuk pelajar / murid sejumlah RM100 diedarkan sebelum cuti persekolahan lagi. Hebat UMNO.


RM100 untuk setiap murid / pelajar di sekolah, " setiap murid " apakah sumbangan ini memberikan kesan kepada semua mereka?. Sudah tentu tidak kerana pada mereka keluarga yang berpendapatan tinggi ia seperti " mencurah garam ke laut " kenapa pihak kerajaan khususnya kementerian Pelajaran bagitu tergesa-gesa dalam memberikan bancian untuk tujuan tersebut? mengapa tidak di ambil kira kepada keluarga yang benar-benar mengharapkan sumbangan tersebut? Murid / pelajar di Putra Jaya contohnya mungin agihan ini tidak memberikan kesan kepada mereka tapi bagaimana pula mereka yang di pendalaman dan keluarga yang ramai pula anak-anak ke sekolah sudah tentu sumbangan ini hanya melekat di " celah-celah " gigi sahaja.

Bagitu juga dengan BR1M - iklan-iklan di RTM jelas seperti memperlekehkan sumbangan ini dengan kata-kata " lihat kerajaan cukup prihatin, dan memahami keadaan rakyat, sudah lama kita tunggu sumbangan seperti ini " ungkapan ini menunjukkan betapa selama hampir 60 tahun UMNO / BN menerajui negara baru kini kerajaan dapat dan sanggup memberikan bantuan untuk rakyatnya.

Tapi sebaliknya untuk kaum kerabat dan kroni mereka, contohnya, terbongkar cerita seorang menteri kabinate di anugerahkan sumlah RM250 juta untuk projek feedlod. Kalau wang ini di agih-agihkan kepada hanya 30% rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan pasti cara hidup mereka berubah dari susah ke senang.

Borang BR1M pada dasarnya amat mudah, hanya diambil di pejabat LHDN dan bolah di perbanyakkan tapi kepimpinan bahagian pula " memandai " untuk mencetak borang lain dan bernombor siri dan kesahan oleh Ketua Bahagian. Perlakuan ini menyebabkan ujudnya bertengkaran dan perbalahan antara mereka.



sumber dari lianglahad.blospot.com

Paparan diatas jelas memperlihatkan kepada kita, apakah benar-benar pihak kerajaan kini sedang berusaha untuk memastikan " kebajikan " rakyatnya terjamin? kita kunjungi pula ke KFC, hidangan yang di kecapi sudah termasuk GST ( Goverment Service Tax ). Bukan setakat itu sahaja, cerita untuk memberikan khidmat " kebajikan " ini hanya indah khabar dari rupa, yang penting kepimpinan hanya mementingkan diri sendiri, kaum keluarga dan sahabat handai dalam kalangan mereka sendiri sahaj.

Satu lagi kes, pecah amanah dari kepimpinan, lihat sendiri bagimana YB Jamil Khir sanggup menggunakan wang zakat untuk kepentingan peribadinya, sedangkan wang ini adalah bertujuan untuk membantu " kedaifan " warga miskin. Apa kata, jika penyalahgunaan kuasa ini di di bangkitkan oleh mana-mana pihak sudah tentu, wang zakat ini akan mengalir tidak mengikut asnaf yang ditetapkan.

Untuk itu masa untuk kita meninggalkan dan terus tidak menerima UMNO / BN sudah sampai masanya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA