Pada 16 - 17 Disember, GM dapat peluang bersama-sama di majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan MAYC ke 51 di D' Village Resort, Melaka. Sudah hampir 10 tahun tidak menghadirikan diri di majlis-majlis anjuran belia, kali terakhir melibatkan diri secara lansung dengan pergerakan belia pada usia di penghujung usia 40an.
Pemimpin MAYC di zaman itu seperti Sanusi Junid, Ismail Hasbullah, Johar Rusi dan ramai lagi adalah antara penggerak persatuan / kelab-kelab belia yang bergabung dengan MAYC / PKBM ( Malaysia Assosiaton of Youth Clubs / Persatuan kelab -kelab Belia Malaysia ). Satelah hampir ke usia 60, MAYC di Mesyuarat perwakilan ke 51 baru MAYC terlintas untuk menganugerahkan JC. Walaubagaimana pun terima kasih.
Pemimpin MAYC di zaman itu seperti Sanusi Junid, Ismail Hasbullah, Johar Rusi dan ramai lagi adalah antara penggerak persatuan / kelab-kelab belia yang bergabung dengan MAYC / PKBM ( Malaysia Assosiaton of Youth Clubs / Persatuan kelab -kelab Belia Malaysia ). Satelah hampir ke usia 60, MAYC di Mesyuarat perwakilan ke 51 baru MAYC terlintas untuk menganugerahkan JC. Walaubagaimana pun terima kasih.
YAB KM bersama-sama di barisan EXCO MAYC
Memang tidak dinafikan pergerakan belia zaman ini lebih " kritikal " dari zaman itu, kini belia sudah memasuki " dunia akhir zaman " mereka seolah-olah sudah hilang arah tujuan hidup, daya hidup mereka lebih mementingkan " dunia " dari mengingati tuhan. Cabaran mereka di tahap yang sungguh menakutkan, kita boleh lihat pada masa ini gejala sosialnya seperti buang bayi, bersekedudukan, dadah, dan lain-lain.
Sebahagian dari perwakilan / pemerhati di persidangan tersebut.
Kenapa mereka tidak " berdisiplin " di majlis tersebut?
Remaja / belia adalah " generasi penerus " tapi kalau diperhatikan gelagat mereka pada persidangan tersebut ianya memungkinkan keadaan generasi belia masa masa ini sudah ditahap yang amat kritikal, sudah tidak dapat membezakan suasana, mereka hadir di majlis perasmian dengan mendengar ucapan YAB KM, lansung tidak mencerminkan mereka sebagai " generasi penerus " untuk negera di satu masa nanti.
Malahan semasa YAB KM menyampaikan ucapan, walaupun ucapan beliau memang tidak dinafikan banyaknya menjurus kepada kepentingan parti, semua serba tak kena dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, tapi para belia yang hadir sanggup memberikan " pekikan " seolah-olah memperli ucapan beliau. Mungkin juga YAB KM terlupa kehadairan para belia di majlis tersebut di wakili oleh semua beliau dari seluruh negera, jadi sudah pasti ada antara mereka dari negeri-negeri yang bukan di bawah naungan BN.
Gambar hiasan - tidak kena mengena dengan para belia tersebut, tapi apa yang penting mereka dalam gambar ini adalah dari kalangan belia
Memang berasa pelik, di mana YAB KM, juga sepanjang ucapan tidak langsung memberikan satu " inspirasi " kepada gulongan belia untuk " menjana " masa depan mereka, tidak memberi ransangan untuk meneruskan karier dalam penghidupan, tidak memberi kekuatan jasmani dan pembentuk rohani dalam meneruskan perjuangan hidup masa depan bangsa, agama dan negara. Sudah pasti YAB KM tahu para belia yang hadir pada malam itu adalah antara mereka yang bakal meneruskan pejuangan emi bangsa, agama dan negara.
Kekosongan jiwa mereka terus di kosongkan, kekuatan rohani lansung tidak di indahkah, malahan mungkin YAB KM terlupa salah satu elemen untuk memastikan pembentukan Masyarkat Madani adalah dari kalangan remaja itu sendiri. Kita perlu ada kalangan belia yang rajin beribadat, sudah pasti cara tak langsung gulongan ini sebagai peneraju masa depan dapat memastikan mereka akan meninggalkan perkara hiburan dan perkara maksiat. Semakin ramai gulongan belia & remaja kearah " beribadat " sudah pasti meninggalkan kesan kepada majlis pesta hiburan dan maksiat akan beralih kepada majlis zikir dan munajat. Generasi Belia di latih untuk tahan lazak dan bermental perjuangan, bukan dibiasakan dengan hiburan, kemanjaan dan pesta-pesta maksiat.
Adalah diharapkan agar generasi penerus ini dapat di " bedah " dengan pengisian yang benar-benar boleh memberikan keinsafan dan rasa sedar untuk terus memperjuangkan Islam. Mereka dari kanak-kakan, ke bangku sekolah dan remaja amat perlu sekali diberikan bimbingan yang jelas ke arah keredhaan Illahi.
No comments:
Post a Comment