Parlimen dijangka dibubarkan pada pertengahan Februari bagi membolehkan Piliharaya Umum Ke-13 (PRU) diadakan di negara ini.
Demikian menurut ramalan terbaru yang disiarkan pelbagai blog tempatan sejak beberapa jam lalu. Ramalan ini kini menjadi antara topik hangat di Internet yang mendapat perhatian ramai blogger tempatan.
Ramalan itu adalah berdasarkan beberapa petunjuk, termasuk cuti pasukan polis yang dibeku sekitar tarikh berkenaan.
Imej dari bp.blogspot.com
Antara blog awal yang dikesan menyiarkan maklumat itu ialah abgshah.com, mynewshub.my dan wargamarhaen.blogspot.com.
Bagaimanapun kebanyakan blog yang menyiarkan maklumat itu hanya menyalin dan menampal (copy and paste) artikel asal dari suarapakatanrakyat.com.
Tinjauan inimajalah.com.my mendapati ramalan ini turut disebarkan di Facebook dan mendapat perhatian pengguna laman sosial itu.
Menurut suarapakatanrakyat.com, ramalan tarikh pilihanraya itu adalah berdasarkan pemerhatian penulisnya terhadap laporan akhbar Cina, iaitu Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau dan China Press.
Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pau meramalkan Parlimen dibubarkan pada 15 Februari 2011, manakala proses pengundian ialah 11 Mac 2012.
“Ramalan ini adalah berdasarkan maklumat dalaman masing-masing mengenai pembekuan cuti anggota polis pada tempoh berkenaan yang dikatakan ada kaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum,” catat web terbabit memetik sumber laporan akhbar berbahasa Cina.
Selain maklumat berkaitan pembekuan cuti anggota polis, ramalan itu turut dikaitkan dengan info daripada kumpulan pemikir (think tank) yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun menurut laporan web terbabit, tarikh yang lebih logik untuk pembubaran Parlimen ialah 17 Februari 2012 kerana ia disifatkan “lebih afdal” dan menjadi trend semua Perdana Menteri Malaysia setakat ini. – inimajalah.co

No comments:
Post a Comment