Mukaddimah - NEGARA BERKEBAJIKAN.
PAS - melalui ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS ke 57, baru-baru ini telah menggemparkan ramai pihak, sama dari kalangan pro dan sudah tentu dari gulongan kontra. PAS membawa tema " Membangun Negara Berkebajikan " dan tidak lagi menekan kepada " Pembinaan Negara Islam " Semua pihak hiruk pikuk dengan perubahan tersebut. Masing-masing dengan penafsiran sendiri. Ada juga yang menyamakan Negara Berkebajikan ini seperti Negara Kebajikan ( Walfare State ) atau " liberal welfare State " seperti di Britain, Sweden dan Amerika Syarikat.
Antara Berkebajikan & Kebajikan, ianya tidak sama, Bagi PAS, negara Berkebajikan ianya perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaan dengan berlandaskan ajaran Islam, iaitu Alquran dan al-Sunnah yang menjadi pegangan ahli-ahli PAS. Juga antara keduanya cukup jauh perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya. Walaupun ada sadikit persamaan dari aspek fizikal tapi ianya berbeza dari semangat rohnya. Barat meninggalkan aspek pembangunan rohani atau jiwa. Tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentabir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti sebenarnya.
Islam mengajar orang yang beriman, bukan sahaja menerima yang terbaik dari Quran dan sunnah, tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaanya walau dari mana sekali pun. Untuk itu kebanyakan mereka yang membuat ulasan kaitan dengan Negara Berkebajikan ini berjaya menonjolkan kejahilan berkenaan dengan feqah politik Islam dan terpengaruh dengan sistem yang melahirkan bebagai ideologi dan pendekantan.
Penjelasan kaitan dengan Negara Berkebajikan ini di rujuk kepada Al Quran dan Al sunnah, yang di syarahkan oleh para ulama muktabar, serta pengelaman sejarah keemasan umat Islam, bukan penyelewengan pemimpin yang mencalarkan kemaurniaan agama yang mulia ini. Untuk itu adalah tanggongjawab semua pihak untuk memanjangkan dengan kajiaan yang mendalam dan menyeluruh kaitan dengan negara berkebajikan tersebut.

insyallah - apa ciri-ciri negara berkebajikan
No comments:
Post a Comment