Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 18, 2011

BR1M - AWANG ADEK & AHMAD HUSNI BERTELAGAH

Rakyat Malaysia kini masih kecoh dengan " one-off " sama ada RM100 untuk murid dan pelajar sekolah mau pun kepada Rm500 untuk keluarga yang berpendapatan bawah RM3000. Mulai pertengahan Disember borang diedarkan, tapi malang bagi sebahagian mereka kerana ada yang datang seawal pagi lagi menunggu di hadapan pejabat kerajaan hanya untuk mendapatkan borang bantuan tersebut.

Rasa marah " rakyat " terhadap pengurusan pemberian bantuan persekolahan RM100 masih belum reda, masih marah tiba-tiba datang pula isu BR1M pula. Pihak " orang kampong " terus di putar belitkan dengan cara yang berkuasa mengagihkan borang-borang tersebut. Ada antara borang yang dikeluarkan oleh pihak LHDN dan ada pula pihak parti juga mengedarkan borang dengan cop parti dan bernombor siri.

Seeloknya danemudahkan rakyat, pengedaran dan penyerahan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500 diberi secara berkelompok kepada setiap daerah supaya penduduk yang sepatutnya layak menerima tidak perlu berebut-rebut untuk mendapat BR1M tersebut seperti yang berlaku sekarang. Mungkin ada penduduk dari luar Bandar dan juga dari pendalaman terpaksa berbelanja besar semata-mata untuk mendapat RM 500. Adalah tidak berbaloi hanya untuk mendapat BR1M terpaksa mengeluarkan lebih belanja dari mendapat BR1M tersebut.

Pemberian " one - off " seolah-olah ada kaitan dengan kepentingan politik khususnya untuk menghadapi PRU13 nanti. Memang tidak ujud keikhlasan kepada projek tersebut. Atau pihak kerajaan memang merancang agar rakyat terpaut dengan sumbangan itu untuk meneruskan kekuasaan BN di persada Putra Jaya? Apa tidaknya. Macam mana boleh ujud " perselisihan " faham antara kedua-dua timbalan Menteri kewangan.

Bachok: Bagi Awang Adek, hanya borang dari Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja yang sah untuk menerima peruntukan tersebut. Fotostat tidak di layan.

IPOH: Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.

Siapa benar dan siapa berbohong?

Disinilah jelas menunjukkan kepada kita bahawa pemberian yang di war-warkan ini bukan untuk meringankan beban rakyat tapi mempunyai niat yang tersembunyi. Apakah dengan " one - off " RM500 ini dapat meringankan beban untuk 5 tahun akan datang? Cara pemberian boleh di pertikaikan, ianya lansung tidak mencerminkan " mendahulukan rakyat " kerana rakyat terus di bebankan dengan kerenah dan birokrasi yang sengaja dicipta untuk kepentingan pihak tertentu.

Sepatutkan dengan kemudahan pentadbiran yang terkini adanya pegawai daerah, adanya penghulu mukim dan akhirnya ada pula Ketua Kampong dan diujudkan pula JKKK, sudah pasti untuk mendapatkan jumlah penduduk, bilangan warga emas, bilangan pelajar sekolah, bilangan ibutunggal, dan bilangan keluarga yang berpendapatan bawah kemiskinan, bilangan kakitangan kerajaan hatta kita boleh mencari data kaitan dengan mereka yang juga terlibat dengan gejala sosial seperti dadah dan lain-lain. Tapi malang pihak memerintah hanya mengumpul maklumat kaitan dengan penglibatan dalam parti sahaja.

Bagi bantuan RM100, pihak kerajaan seolah-oleh tidak mau berfikir, apakah dengan sumbangan sejumlah itu yang diberikan pada bulan November dulu dapat di gunakan untuk persekolahan yang hanya di buka pada Januari. Mengapa pihak kementerian " memaksa " pemberian mesti diselesikan serta mereta. Jika wang tersebut di agihkan pada sesi persekolahan dengan " memotong " anggaran belanja yang akan dikeluarkan olehj pihak sekolah sudah tentu ibubapa dapat merasa sumbangan tersebut. tapi kini sumbangan telah diterima, musim persekolahan pula entah bila-bila lagi.

Kenapa Wang Rm100 ini diberikan kepada semua pelajar, mengapa pula RM500 tidak kepada semua rakyat? RM 100 kepada semua rakyat jelas bak kata pepatah " seperti mencurah garam ke laut " ada kalangan yang menerima langsung tidak meninggalkan " kudis ", sebaliknya jika di buatkan bancian seperti RM500 berkemungkinan besar ada kalangan penerima akan menerima lebih dari RM100.

Kenapa Kerajaan bertindak tergesa-gesa?
Apakah benar kerajaan dengan slogannya Rakyat di dahulukan?

Hanya kerajaan yang benar-benar iklas dan prihatin saja yang akan memberikan bantuan kepada rakyat dalam jangka panjang bukan hanya bersifat sementara dengan agenda tertentu saja. Kepada kerajaan yang bakal memerintah dan memimpin pada masa hadapan perlu mengambil kira kebajikan rakyat secara menyeluruh tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA