Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 25, 2011

NAK KAYA DAN MEWAH JADILAH PEMIMPIM UMNO


DS Shahrizat yang di ungkit oleh pihak Odit negara khusus kaitan dengan " projek lembunya " terdapat banyak kelemahan dan kelemahan pengururusan pula di anggap satu " penyelewengan ", kemudian setiap kelemahan di hidu pula oleh pihak pembangkan dan terus di jadikan isu, serta pendedahan demi pendedahan apa yang telah dibuat syarikat ini terus di bangkitkan - khususnya PKR.

Sudah sekiah lama, desakan dan ungkitan di bangkitkan sehingga satu ketika semasa berucap di perhimpunan agung UMNO beliau sanggup menyinsing lengan dan bersedia untuk menyelek kain, akhirnya beliau bangkit dan bersuara apa yang sebenarnya berlaku dalam kepimpinan UMNO. Beliau sendiri mengesahkan amat sukar untuk " mencari " pemimpin yang " bersih ", pemimpin yang tidak ambil duit rakyat, pemimpin yang " cakap tapi tak bikin " serta beliau menyatakan apa yang sebenarnya berlaku dalam UMNO.
"

" Cuba nyatakan siapa dalam UMNO yang tiada masalah dalam pengurusan kewangan ? " cabar beliau. Apakah ini bermulahnya era semua kepimpinan UMNO akan " terselak " kain mereka. Khir Toyo sudah pun didapati bersalah. Bagaimana pula dengan Awang Adik, pengakuan Mahathir dengan IMF, Isa Samad, Rahim Tamby Cik dan entah berapa ramai lagi ahli UMNO yang perlu disenaraikan. Kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan akan datang.


Hakikatnya sindirin Shahrizat ini, untuk memastikan pemimpin UMNO supaya jangan berlagak yang mereka tidak ada apa-apa masalah dan merasa selesa dengan keadaan mereka. Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam UMNO, tambah beliau. Siapa di Ceras, Siapa di Kinabatangan?

Sebenarnya, pendedahan DS Shahrizat tidak mengejutkan, kerana memang " rasuah " itu dijadikan budaya oleh UMNO. Rasuah itu sinonim dengan UMNO. Cuma tidak ada siapa yang ingin melaporkan, kerana setiap laporan tidak kemana-mana, kerana pihak berkuasa sentiasa " tidur sebantal " dengan mereka yang bersalah. Walaubagaimana pun sekali-sekala mereka tunjukkan kepada rakyat yang undang-undang masih terpakai di negara ini, lihat kes Khir Toyo, tapi hukuman seolah-olah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sepatutnya peimpin apabila melakukan sesuatu salah laku disiplin hukuman tak sama dengan individu yang di pimpin.

DI MANA KINI " PEMIMPIN MELALUI TELADAN ? "

Kerenah projek lembu kelolaan Shahrizat ini mungkin kah menjadi " bench mark " kepada b
udaya yang ada pada kepimpinan UMNO itu sendiri - kita tunggu dah lihat. Sejarah membuktikan, bukat setakat " rasuah " wang rakyat tapi mereka juga bersedia dan berupaya melakukan kepada ahli-ahli parti, ini jelas bagaimana ada kepimpinan bahagian yang di gelar " six million dollarman " ada juga kalangan kepimpinan yang di gantong jawatan ada yang tidak dibenarkan bertanding dalam parti apabila didapati sah mereka menggunakan wang untuk mendapatkan undian.

Laporan Ketua Audit Negara 2010, telah berjaya membuka " pekong "
sebenar apa yang berlaku.

Apakah rakyat masih menaruh harapan kepada UMNO lagi? ini satu persoalan yang amat sukar di jawab, ahli UMNO memang sudah sebati dengan " pemberian " wang ringgit, selain mereka di bawa melancong. Rakyat di jamu dengan Wang Persekolahan RM100, dan wang saku BR1M untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan.

Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13. Malaysia perlu diselamatkan dari tangan-tangan hitam yang mengotorkan negara dengan rasuah dan skandal yang memalukan negara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA