Kg. Gajah 26 Disember - Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah ( CPI ) di tangga ke 60 di peringkat antarabangsa cukup membimbang dan mengaibkan, dalam keadaan meletakkan Islam sebagai Agama rasmi dan hampir 90% kepimpinan adalah dari mereka yang beragama Islam tapi langsung tidak mengamal dan melaksanakan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah swt.
Mengikut laporan tersebut Malaysia yang pernah satu ketika sebaris dengan negara seperti Korea Selatan, Singapore dan Taiwan tapi kini ianya sudah jauh merodum, sudah tenat sudah terok keadaan rasuah yang di " amalkan " oleh kepimpinan yang ada. Sebagai contoh pada 2001 Malaysia berada di tangga ke 36 dan penurunan ini dari tahun ke tahun amat mendukacitakan dan sehinggalah pada 2011 Malaysia di tangga ke 60, bagaimanakah agaknya di tahun 2020 nanti?
Apakah ini yang dikatakan satu " transformasi " tak kiralah sama ada transformasi untuk ekonomi, untuk pembangunan, untuk daya fikir. Dengan kedudukan yang bagitu " kritikal " jelas sekali rakyat Malaysia meletakkan budaya " rasuah " di tempat yang boleh dibanggakan. Tapi gulongan mana kah yang paling ramai terlibat ? pemimpin atau rakyat?
Siapa Pengerusi Felda, Siapa Pengerusi Risda, siapa Pengerusi Felcra - semua mereka terbabit dengan masalah kewangan - semua rakyat Malaysia mengenali mereka. Ada yang salah laku seks dan sudah pasti ada yang tertangkap dengan rasuah terutama rasuah dalam parti. Apakah ini satu transfomarsi oleh PM - Najib.
Dengan bersalahnya Khir Toyo, dan pengakuan rasmi Awang Adik dan tersenarainya beberapa pemimpin UMNO sama ada rasuah di peringkat kerajaan atau pun di peringkat parti sendiri, ini jelas menujukkan pemimpin yang dilahirkan oleh UMNO meletakkan rasuah itu sebagai satu keperluan. Lihat sahaja bagaimana wang yang diperuntukan untuk pertanian di hulurkan terus kepada seorang menteri dengan jumlah yang gak masuk di akal. RM250 juta sekadar untuk memternak lembu tapi yang digukanakan ialah membeli kondo dan kemudahan lain. Perutukan itu diluluskan oleh kabinate untuk orang kabinate dan akhirya ia disalah gunakan.
Ikan senohong, gelama dan ikan duri
cakap bohong, mencuri lama-lama jadi menteri.
No comments:
Post a Comment